12 Nov 2012

Penulis Fesyen Dikecam, Persenda Pakaian Wanita Islam!


Seorang penulis fesyen dikecam oleh orang ramai kerana tulisannya yang mengutuk pakaian wanita Islam iaitu jubah dan burqa.

Annette Lamothe-Ramos dengan tulisannya yang berjudul “I Walked Around in a Burqa All Day (And I’m Not Muslim)” telah menceritakan pengalamannya memakai jubah dan burqa sewaktu bersiar-siar selama 6 jam di kota New York.

Annette yang bertugas sebagai fesyen editor diberikan tugas oleh orang atasannya untuk mendalami sendiri pengalaman menjadi orang ‘Muslim’ untuk seketika dengan memakai pakaian yang menutup aurat.

Dalam penulisannya, Annette telah mengambarkan pelbagai perkara dan perasaannya mengenai jubah dan burqa sewaktu berjalan-jalan.

Sebelum ini, dia tidak pernah mengetahui apa-apa tentang Islam apatah lagi mengenai pakaian wanita Islam.

Jadi, Annette ada melakukan sedikit kajian mengenai jubah dan burqa di Internet supaya dia tahu di mana untuk dia membeli pakaian-pakaian itu.

Annette dengan jelas menyatakan dia tidak suka memakai jubah dan burqa kerana berasa terlalu panas.

Malah, dia menyatakan pandangan umum terhadap dirinya ketika memakai jubah adalah seperti orang jahat. Bukan itu sahaja, anjing peliharaannya juga takut untuk memandang dirinya.

“My dog Bowie was really confused by my outfit. The only other time I’d seen her this freaked out by me was when I dressed up as a pregnant nun on Halloween.

“The final look. We hadn’t left my house but I was already bitching about how hot it was. I wanted to go naked under the abaya but since burqas are supposed to be outwear, I wore it over a crop top and the shortest shorts I could find in my closet.

“No one really paid much attention to me except the woman on the bench behind me who was sitting with her children. She dragged them to the other end of the platform when she saw me step onto the train. What a bitch!” tulis Annette.


Selain itu juga, Annette juga menggambarkan jubah yang dipakainya tidak ubah seperti watak Batman dan amat sesuai dipakai sewaktu hujan turun.

Setiap penceritaan Annette dalam penulisannya benar-benar telah mengguris hati semua wanita Islam di seluruh dunia.

Untuk membaca penulisan penuhnya, boleh layari di sini http://goo.gl/2qWEu. -mynewshub

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bodoh bodoh orang putih ini. Pakaian Burqa dan jubah ini bukan pakaian fesyen bodoh. Ini adalah ajaran daripada Rasullulah S.A.W tentang etika pakaian seorang wanita muslim dan kewajipan menutup aurat dikhalayak ramai yang diperintahkan oleh Allah S.W.T. Dah orang putih ini bodoh sangat pakai burqa di New York yang tiada ribut pasir buat apa. Islam fleksibel mengenai pakaian, wanita boleh pakai apa saja pakaian asalkan ia menutup aurat dan tidak menunjukkan rupa bentuk badan itu saja. So janganlah kita jadi bodoh macam orang putih ini.

Tanpa Nama berkata...

Allah buka hati dia nak pakai begitu..

Satu hari Allah buka hati dia nak peluk Islam pula...

Siapa tahu - orang UMNO masuk PAS ramai-ramai lepas kalah teruk PRU13?

Tanpa Nama berkata...

aku tak heran klau org kapiaq habaq mcm tu.tapi aku heran.apabila org yg dah mengaku islam kata pakai menutup kepala oksigen tak masuk n org islam yg tak reti2 nak menutup aurat.

Tanpa Nama berkata...

Satu aku puji mat2 & minah2 salih ni, dia berani mencuba.
Jgn salahkan dia, kan dia kata dia x tau (jahil) pasal Islam.

Mana tau dia akan menganut Islam setelah dia ade ilmu mengenainya. Kita yg Islam keturunan ni aje yg susah nah ubah2 , lebih utamakan adat & tradisi wlu bercanggah dgn Islam.

Dlm pembukaan Kota Mekah, ramai yg asalnya menentang Nabi saw menganut Islam (spr Abu Suffian wlu mungkin dlm keadaan terpaksa), tu lum lagi Khalid, Amru, Sy Umar dll yg mmg terang2 menentang & benci Islam.

Kita mesti positif. Mmg Islam akan ditentang smpai kiamat, tugas kita berdakwah & selebihnya serah pada ALLAH.

Tapi bila keadaan berperang (mengundi), masa tu tiada kompromi pada yg tak yakin pada undang2 Islam, yg tak amanah, rasuah dll .

Hj Din berkata...

Melakukan sesuatu dengan dengan tujuan mentaati Allah adalah sangat berbeza dengan melakukan sesuatu dengan tujuan bersuka-suka, membuat kajian dll. Namun Allah boleh beri hidayah kepada sesiapa yang disukai Nya.