9 Dis 2012

Wartawan TheStar Penipu - Tiada Tangkapan Khalwat Ke Atas Bukan Islam Di Kelantan


PAS pertimbangkan tindakan undang-undang atas laporan ‘khalwat’

PAS menafikan empat orang bukan Islam ditangkap kerana berkhalwat di Kelantan dan mengatakan bahawa kerajaan negeri mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap akhbar The Star kerana laporan yang tidak berasas untuk mewujudkan rasa takut di kalangan orang-orang bukan Islam.

Parti Islam itu turut berkata, akhbar milik MCA itu mengeluarkan laporan sedemikian untuk tuan politik mereka oleh kerana pilihan raya umum (PRU) yang bakal diadakan tahun hadapan.

Setiausaha agung PAS, Datuk Mustafa Ali mengecam keras laporan dalam The Star semalam sebagai “tidak berasas” dan “penipuan yang jelas” dengan mendakwa akhbar tersebut hanya bekerja demi tuan politiknya.

“Tanpa sebarang bukti, The Star melaporkan berita membuta tuli dan saya percaya kerajaan negeri Kelantan mempunyai asas untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas akhbar tersebut,” kata Mustafa kepada portal rasmi online PAS, Harakahdaily.

Beliau menjelaskan khalwat adalah kesalahan “yang hanya tertakluk dibawah pegawai penguatkuasa Islam dan perlu melalui mahkamah Syariah sebelum hukuman dijatuhkan”, sambil menambah laporan saman dikenakan ke atas orang bukan Islam kerana berkhalwat menunjukkan “kejahilan” pengarang akhbar tersebut mengenai undang-undang di negara ini.

Akhbar Bahasa Inggeris itu melaporkan bahawa empat orang bukan Islam – dua lelaki yang tengah melihat pesawat berangkat serta satu pasangan yang bersiar-siar di sebuah taman di Kelantan – ditahan kerana “berkhalwat”, satu jenayah di bawah undang-undang syariah.

PAS juga berkata mereka tidak menyokong amalan rasuah seperti didakwa dilakukan oleh pegawai penguatkuasa dengan menegaskan pesalah wajar dihukum.

Ahli parlimen Kuala Selangor Dr Dzukefly Ahmad menyifatkan kenyataan oleh pemuda MCA negeri Gan Han Chuan semalam sebagai “tuduhan tidak bertanggungjawab” kerana mengatakan PAS cuba untuk mengenakan undang-undang Islam kepada bukan Islam.

“Ini adalah kali pertama dalam sejarah apabila bukan Islam dikenakan saman kerana berkhalwat,” Gan dilaporkan berkata oleh The Star semalam.

“Kenyataan itu sangat biadap dan cuba mewujudkan kekeliruan bukan Islam terhadap agama Islam,” kata Dzulkefly.

“Saman ini adalah kerana kelakuan kurang sopan dan bukannya khalwat, persoalannya kenapa MCA mahu mengaitkan ia dengan undang-undang Islam?” soal beliau lagi.

Rakannya dari PAS, Dr Siti Mariah Mahmud juga berkongsi pandangan dengan berkata: “Ini adalah cubaan untuk menakutkan bukan Islam dengan menunjukkan undang-undang Syariah akan dikenakan kepada mereka.

” Beliau menerangkan bahawa kesalahan kelakuan kurang sopan dikuatkuasakan oleh semua pihak berkuasa tempatan (PBT), manakala khalwat pula hanya dikuatkuasakan ke atas orang Islam menerusi penguatkuasa agama.

“Kelakuan kurang sopan dikuatkuasakan oleh PBT dengan undang-undang. Malahan negara Barat juga mempunyai undang-undang ini. Ia adalah universal.

“Sila periksa semua undang-undang PBT di Malaysia. Semua ini mempunyai klausa melibatkan kelakuan kurang sopan.


“Khalwat adalah terma yang digunapakai ke atas muslim dan dikuatkuasakan oleh Jabatan Agama,” kata ahli parlimen Kota Raja (PAS) itu kepada The Malaysian Insider semalam.

“Tapi jangan takutkan orang bukan Islam dengan menggunakan terma khalwat kerana ia hanya digunapakai dalam undang-undang Syariah kepada orang Islam. Jangan kelirukan orang ramai dengan menggunakan terma yang tidak terguna ke atas mereka,” tambah beliau.

Menurut The Star, dua daripada mereka yang disaman mengadu pegawai penguatkuasa meminta RM500 daripada mereka “untuk menyelesaikan masalah”.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam satu kenyataan semalam menggesa PAS untuk mengambil tindakan segera ke atas penguatkuasa yang menyalahguna kuasa itu untuk membuktikan kerajaan negeri Kelantan tidak rasuah.

Dzulkefly berkata pengeluaran saman itu adalah dalam bidang kuasa PBT di bawah undang-undang, tetapi berkata adalah menjadi satu kesalahan untuk pegawai penguatkuasa meminta rasuah.

“Ia salah untuk penguatkuasa mengambil kesempatan meminta wang.

“Jadi, bagi memastikan keadilan kedua-dua belah pihak satu siasatan perlu dijalankan.

“Jika penguatkuasa itu bersalah, hukuman perlu dijalankan. Dan jika individu yang disaman itu bersalah, mereka juga perlu dihukum,” kata beliau apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider semalam.

Baru-baru ini, pendandan rambut bukan Islam di Kelantan dilaporkan disaman kerana mempunyai pelanggan jantina berlainan, melanggar undang-undang majlis tempatan pendandan rambut wanita daripada bekerja unruk lelaki dan sebaliknya - mencetuskan kekecohan berkenaan kedudukan undang-undang Islam itu.

Malaysia mengamalkan dua sistem mahkamah tetapi undang-undang syariah hanya boleh dikuatkuasakan ke atas orang Islam, bukan Islam dikecualikan.

Dengan pilihan raya umum ke-13 semakin hampir, gabungan Barisan Nasional (BN) cuba untuk menakut-nakutkan pengundi bukan Islam daripada mengundi PR dengan mengatakan bahawa PAS akan melaksanakan kod keseksaan Islam, hudud, dan mewujudkan sebuah negara Islam. -TMI

Non-muslims nabbed for 'khalwat' in Kelantan

KOTA BARU: Four non-Muslims two men on a plane spotting outing and a couple in a park have been issued with summonses for khalwat, a first in the country.

The summonses were for “indecent behaviour” but the four have denied any wrongdoing, claiming instead that the municipal council's enforcement officers “were merely abusing their position”.

State MCA Youth chief Gan Han Chuan said the officers “have gone crazy”, trying to enforce hudud laws on non-Muslims.

“This is a first in history where non-Muslims have been issued summonses for khalwat,” he said.

“It is unbelievable! What they do with their by-laws is now affecting the lives of even the non-Muslims,” Gan said of the two cases which occurred recently.

The incidents came in the wake of a nationwide uproar over the fines imposed on salon operators who allowed their stylists to cut the hair of a customer of a different gender regardless of whether they were Muslims or not.

Most, if not all, of the salons affected were owned by non-Muslims.

In the latest incident, the two men in their 30s were in a car parked beside the Sultan Ismail Petra Airport, watching aeroplanes land in the night, when they were issued with the summonses. The duo claimed that they were not doing anything indecent.

The other two were a 17-year-old male and a 15-year-old girl. They were at the Tengku Anis park in the town centre in the middle of the day when enforcement officers approached them and issued them with summonses for indecent behaviour.

The two incidents have riled up even the National PAS Supporters Congress chairman Hu Pang Chaw. Hu said the male victims had complained to him that the officers had even sought RM500 from the duo “to settle the matter”.

“As far as I know, the council has no right to issue summonses to non-Muslims for close contact with their girlfriends in the dark or out in the open,” he said.

“I believe this by-law only applies to Muslims. And, I cannot understand why the four were issued the summonses,” Hu said, adding that the council cannot impose “khalwat” laws on non-Muslims.

The men have written a letter to council president Fauzi Mat.

Hu said: “This is a serious allegations that needs immediate attention”
-thestar

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Boikot the Star sebagaimana kita boikot Utusan Malaysia. Ini sahaja paling baik untuk kita laksanakan. Jom kita boikot the STAR, NSTP dan Utusan M'sia. beli apa - apa news sajapun asalkan bukan newspapaer yang i nyatakan diatas.

Tanpa Nama berkata...

jangan cepat sangat nak perlekeh Islam bertenang dan siasat dakwaan itu untuk tindakan lanjut

Tanpa Nama berkata...

Boleh tak GB siarkan semula akuan bersumpah Bala yang pertama dan kedua serta kenyataan Deepak supaya kita boleh faham penglibatan Najib dan FLOM dalam kes Atantunya.

Tanpa Nama berkata...

AES depan mata The Star tak kecohkan pulak utk takut...cerita fitnah nak dijual pulak....kena boikot la macam ni..

Tanpa Nama berkata...

mcm ni la bila media dikuasai oleh org2 penipu. demi kepentingan duit poket diorg, ape2 pn sanggup buat.fitnah jd mainan je.
rakyat asyik nk ditipu aje...
kalau korang jujur, xmnipu pn org pandang ko. tp klu dh xjujur, mnipu mcm mn pn, lama2 org tau jg.

Tanpa Nama berkata...

Saman segera empat ekor tu atas kesalahan berkelakuan tidak sopan di tempat awam untuk membuktikan bukan atas kealahan berkhalwat.