16 Dis 2012

[VIDEO] Tahniah SPRM - Malaysia Dikenali Juara Dunia Dalam Rasuah!


Kuala Lumpur 13 Dis: Badan pemantau rasuah, Transparency International (TI) berkata, Malaysia mendapat markah terburuk dalam Kajiselidik Pembayar Rasuah 2012, menurut laporan The Wall Street Journal 11 Disember lalu.

Mengikut laporan itu, 50 peratus syarikat di Malaysia pernah kehilangan kontrak ekoran syarikat pesaing yang membayar rasuah. Mexico pula mendapat peratusan kedua terendah dengan 48 peratus.

"Ia menggambarkan sikap syarikat swasta di Malaysia, menunjukkan rasuah dalam sektor awam boleh jadi sistemik dan pada satu sisi diinstitusikan.

"Syarikat luar yang ingin bekalkan (produk atau perkhidmatan) perlu waspada yang mereka mungkin akan diminta untuk beri rasuah," kata Presiden TI-Malaysia, Paul Low dalam laporan itu.

Memetik laporan itu, di sebalik perang anti-rasuah yang berprofil tinggi, separuh dari eksekutif korporat yang terlibat dalam kajiselidik TI itu percaya bahawa pesaing mereka mendapatkan perniagaan melalui rasuah.

Menurut Pengarah Pencegahan Rasuah Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU), Ravindran Devanugam dalam laporan itu, Datuk Seri Najib Razak sejak menjadi Perdana Menteri berikrar menghapuskan rasuah dan mendapatkan semula keyakinan umum.

"Beratus kes disiasat. Kerajaan menubuhkan mahkamah istimewa dan dalam langkah memperkenalkan hukuman yang lebih berat," kata Ravindran seperti dipetik.

Namun, markah keseluruhan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah TI merosot dalam tiga tahun berturut-turut, kata laporan itu lagi.

Pada 2011, Malaysia mendapat 4.3 markah, lebih rendah daripada 2012 (4.4 markah) dan jauh berbeza berbanding penanda aras kerajaan, iaitu 4.9 markah.

Dalam kajiselidik itu, Jepun mendapat markah terbaik dengan 2 peratus, Singapura di tangga kedua dengan 9 peratus, China dengan 27 peratus dan Indonesia, yang memiliki reputasi dalam soal rasuah, malah mendapat markah lebih baik dari Malaysia dengan 47 peratus, kata laporan itu.

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tahniah kpd PM Najib.... akhirnya selepas 55 tahun BN memerintah Malaysia berjaya menduduki tpt pertama... juara rasuah.

Merak Langit

Tanpa Nama berkata...

Beginilah jadinya bila ahli politik perasuah mencampuri urusan SPRM.

Tanpa Nama berkata...

Ini kes terpencil , tak perlu risau kerana Malaysia terkenal dengan sifat ke 'ter' nya dan setelah 3 tahun berturut2 indeks ini merundum akhirnya Malaysia dikenali juara rasuah seantaro dunia. Jom UBAH , ABU.

din berendoi berkata...

Beginilah jadinya bila pegawai penakut, nak jaga kedudukan, nak jaga periuk nasi ! Tak makan nasi pun boleh hidup apa, boleh makan gandum, makan roti, takut sesama manusia dan tak takut kepada Allah,...........haiyaaa !

Tanpa Nama berkata...

Tahniah dato najib kerana berjaya menonjol malaysia sebagai juara dunia..datuk najib dan bee end paling handal didunia dalam menjuarai rasuah..
kami rakyat marhean amat kagum dengan kepimpinan datok najib dan isteri..kami sentiasa doakan dato dimurahkan rezeki dan panjang umur untuk memimpin kami di dewan parlimen sebagai ketua pembangkang malaysia selepas pru13 nanti..amin

sizzly7761 berkata...

Punca utama pada persepsi ramai ialah sebab SPRM dan Pegawai yang diamanahkan tidak melaksanakan tugas dengan jujur,berani dan amanah! Semua jenis makan gaji dan takut kepada orang politik. Undang2 dan peraturan kerja yang melindungi kita dalam melaksanakan tugas ditolak tepi dulu kerana nak ampu,bodek dan beri keutamaan pada orang politik yang rasuah. Siasat beratus kes ikan bilis buat apa? Kes besar depan mata lepas! Scorpene, RM40juta Musa Aman dan banyak lagi! Sampai sekarang senyap! Sebab tu indeks rasuah meningkat.

Tanpa Nama berkata...

Pastinya kementerian yang paling teratas hebat rasuahnya ialah KDN, terutamanya PDRM yang dari dulu kini dan selamanya penuh semangat dalam melaksanakan urusan rasuah diikuti oleh penguatkuasa yang lain, syabas Malaysia dibawah kepimpinan BN.

Jurutera berkata...

Tolong sebarkan berita baik ni di facebook najib. Mayb dia tak tahu lg kot berita baik ni. Kat twotter dia pun harap u all tag. Mesti hajah rosmah akan buat kenduri besar bsran kat sri perdana bila tahu hal ni. No 1 beb dlm rasuah! Aku 3 tahun keje dgn jepun amat kagum dgn disiplin mereka. Amat tepati masa.. Rasuah jauh sekali. Ada jg la tp amat jarang. Yg desprete shj yg buat. If PM buat salah, dia ada rasa tanggjwb n trus letak jawatan. Kat malaysia, jgn kata letak jawatan, byr rasuah lg lebih utk kekal jawatan. Malu tu no 2. Yg penting jawatan PM. Perompak Malaysia! Bg peluang Pakatan jaga malaysia. Kita tgk apa akan jd. Mana tahu belik baik? 1-2 tahun mesti ada down sbb byk bangkai tinggalan BN nak kene bersihkan.

klmaster berkata...

aku pun nak ucap tahniah juga la kepada kerajaan kita nie.tapi setahu aku rasuah tu mcm duit kopi je kat malaysia,jdi tak hairan la klau ada pihak berkenaan tak tau dia amek rasuah atau jadi mcm kura2 dalam perahu......renung-renungkan