9 Dis 2012

Regim Di Penghujung Usia: AES Sebagai Paku Terakhir Keranda BN


Fin de regime, dalam bahasa Perancis, mungkin boleh diterjemahkan sebagai “penghujung regim”. Sebagaimana penggunaannya dalam fin de siècle, iaitu “di penghujung alaf”, ia bermaksud zaman kemerosotan atau zaman penamat yang sukar dijelaskan.

Sudah sebanyak 250,000 saman AES dikeluarkan sejak bulan September dan ramai telah diheret ke mahkamah termasuk seorang wanita berusia 80 umur. Pelbagai drama melibatkan orang ramai.

Tertanyalah saya, adakah Kerajaan Barisan Nasional telah sampai hujung hayatnya sampai tidak terasa sentimen dan persepsi rakyat jelata?

Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) adalah manifestasi masalah struktur yang mendalam dan berjangka panjang, malah keruntuhan sesebuah sistem.

Saya melihat sekurang-kurangnya tiga persoalan timbul pada zaman penghujung regim ini, iaitu terasing dari realiti hidup rakyat, kekeliruan fungsi kerajaan dan aktiviti merentir (rent-seeking) atas nama dasar penswastaan.

Tanda-tanda keruntuhan sistem

Pada petang 21 November 2012, selepas bajet Kementerian Pengangkutan dan AES hangat diperbahaskan, Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat meminta diadakan “undi belah bahagi”, iaitu undi yang lebih sulit berbanding “undi suara” yang terbuka serta lumrah dilakukan.

Ketika Dewan berhenti bersidang tatkala undi dihitung, masing-masing mengambil gambar dengan kamera, termasuk Speaker. Untuk dua tahun kebelakangan ini, hampir setiap kali sebelum persidangan Dewan Rakyat ditangguh, masing-masing akan mengucapkan selamat tinggal, mengandaikan pilihan raya umum akan diadakan tidak lama lagi.

Situasi semestinya berbeza selepas PRU13. Ada yang menang, ada yang kalah. Barangkali tiada lagi persidangan selepas persidangan kali ini (walaupun kerajaan masih boleh mengadakan persidangan Parlimen pada Mac tahun depan.)

Ruang kekosongan semasa menunggu undi dihitung bagai upacara selamat tinggal. Tetapi pengundian belah bahagi lantaran pertikaian AES telah memahat istilah fin de regim dalam otak saya – sesebuah kerajaan yang telah sekian lama memerintah, tetapi melakukan kesilapan demi kesilapan pada penghujung zaman pemerintahannya, sehingga isu sekecil AES boleh menonjolkan kebobrokan regim tersebut.

AES zalim terhadap rakyat

Dalam tempoh sebulan ini, ketika bersua muka dengan Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional di kafe, koridor mahupun bilik air, mereka akan merungut bahawa hanya kerajaan yang “bodoh” dan “gila” akan melancarkan AES.

Antaranya, Ahli Parlimen Sri Gading Mohamad Aziz paling keras membantah, malah ponteng semasa pengundian. Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin (Rembau) yang sebelum ini secara terbuka membantah AES, juga tidak selesa dan senyap ketika mengundi.

Seandainya sejarah ditulis pada masa depan, barangkali AES adalah paku terakhir yang dipahat pada keranda atau final nail in the coffin untuk fin de regime ini.

Dari dahulu hinggalah sekarang, penguasa yang tidak mempedulikan keperitan rakyat, enggan mengambil tahu rintihan jelatanya, sehingga terasing dari realiti hidup rakyat – akhirnya bakal menjurus kepada keruntuhan sesebuah regim.

Ketika kerajaan mengagihkan BR1M bernilai RM500 kepada isi keluarga yang pendapatan bulanannya di bawah RM3,000, semestinya kerajaan ini sedar bahawa realiti hidup 60% isi keluarga yang serba kurang.

Bayangkan, sekeping saman berharga RM300 yang tiada ruang untuk rundingan diskaun, adalah 10% daripada pendapatan bulanan untuk 60% keluarga di Malaysia. Apakah ia tidak mencungkil kemarahan rakyat jelata?

Kerajaan BN makin keliru

Kekeliruan fungsi kerajaan adalah bibit zaman penghujung regim. Jawapan oleh seorang Menteri boleh dijadikan contoh kekeliruan, kekecohan dan tiada penyelarasan dalam kerajaan BN.

Ketika Menteri Pengangkutan Kong Cho Ha menjawab soalan di Parlimen – apabila isu Malaysia Airlines MAS) disentuh, maka dikatanya jawapan berada dalam lingkungan Kementerian Kewangan; ketika ditanya mengenai sistem pengangkutan awam, maka dikatakan pula ia adalah bidang kuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) di bawah Jabatan Perdana Menteri; operasi pelabuhan juga di bawah Kementerian Kewangan.

Apa yang beliau cuba katakan ialah Kementerian Pengangkutan sekadar berperanan sebagai pengawalselia atau regulator, kononnya. Begitu juga dengan lapangan kapal terbang yang dikatakannya dikendalikan oleh syarikat di bawah Kementerian Kewangan.

Tanggungjawab kerajaan diserah kepada kroni swasta

Keselamatan pengangkutan awam adalah tanggungjawab Kementerian Pengangkutan, tetapi tugas pelaksanaan undang-undang ini diserah kepada institusi swasta untuk mengaut keuntungan.

Lebih-lebih lagi, AES bukan sistem baru yang menggantikan saman ekor oleh polis. Maka polis terus menyaman, kamera perangkap had laju polis juga terus menyaman. Dengan kata lain, polis terus dengan saman mereka, Kementerian Pengangkutan pula telah beri “sub-kontrak” saman mereka. Semua gembira saman-menyaman.

Demikianlah pencukaian oleh kerajaan BN dengan kaedah yang berbeza, dan rakyat didahulukan untuk merasai penderitaannya.

Malah, Kong Cho Ha cuba menggunakan Perlembagaan untuk memujuk agar kita menerima AES, kononnya AES dilancarkan kerana Perlembagaan menuntut kerajaan untuk menjamin keselamatan nyawa rakyat.

Tetapi, dua pertiga daripada lebih 6,000 mangsa yang diragut nyawanya lantaran kemalangan jalan raya, adalah penunggang motosikal. Apakah yang dilakukan Kementerian Pengangkutan untuk penunggang motosikal?

Adakah Kementerian Pengangkutan memastikan lorong motorsikal yang lebih selamat di sepanjang lebuh raya? Tidak, Kong Cho Ha akan memberi alasan, ini tanggungjawab Kementerian Kerja Raya.

Adakah Kementerian Pengangkutan menjamin kelancaran dan keberkesanan sistem pengangkutan awam? Kerana hanya dengan ini, golongan miskin dalam masyarakat tidak perlu bergantung kepada motosikal, sebaliknya boleh menggunakan kemudahan pengangkutan awam.

Jawapan Menteri semestinya berbunyi, pengangkutan awam di bawah bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri. Negara manakah yang pengangkutan awamnya tidak di bawah bidang kuasa Kementerian Pengangkutan? Hanya Malaysia boleh.

Penyelewengan dasar

Akhirnya, hal sekecil AES juga menonjolkan penyelewengan dalam dasar penswastaan yang dilaksanakan Mahathir Mohamad sejak memegang tampuk kuasa pada awal tahun 1980-an.

Menteri Dalam Negeri berkata, polis telah membeli 124 buah kamera perangkap had laju sejak tahun 1995, dengan jumlah perbelanjaan RM23.5 juta. Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mendakwa harganya 10 kali ganda lebih mahal berbanding kamera yang hampir sama di bandar Amerika Syarikat; Timbalan Menteri pula membela bahawa perbelanjaan ini termasuk “kos perkhidmatan” seperti latihan.

Kamera perangkap had laju polis pula lebih murah harganya berbanding AES. Sejauh manakah pelaburan kamera AES? Tiada orang yang mengetahuinya memandangkan kerajaan enggan mengumumkan kontrak.

Kong Cho Ha menyenaraikan dengan panjang lebar perkara yang dipertanggungjawabkan kepada syarikat kontraktor, untuk menjelaskan mengapa harganya melangit tingginya. Persoalannya, bukankah kaedah Bina-Kendali-Serah (BOT) dalam dasar penswastaan sepanjang 30 tahun ini menjelaskan kepada kita, harganya ditentukan syarikat swasta, yang membayar adalah rakyat? Istilah “fin de regime” kekal berlegar-legar dalam otak saya.

– Roketkini

27 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Patut lancar sticker anti AES kepada pengguna jalanraya, majoriti pengguna akan pasang pada kenderaan masing-masing

Tanpa Nama berkata...

Setiap yang Gagah akan hancur reput dan mati juga, tiadalah dapat bertahan seribu tahun....itu termasok jugak mereka mereka yang mempertahankan sekim cepat kaya, kong ha kah jugak solah kah. Reput pasti datang dan Bijan adalah racun jika ia gagal sebagai makanan tikus dan lipas.... Sudah pasti Bijan jugak boleh dibuat makanan enak jika dibuat kueh, bukannya dicampor racun untuk membunuh tikus.

Kumpulan bahalol tak akan bertahan, ianya hukum adat alam, dulu kini dan selama nya.

Tanpa Nama berkata...

THE GRAND PLAN


Salam. Alhamdulillah saya dah lama hidup di negara kita ini. Sepanjang tempuh tersebut sekarang ini lah saya nampak berapa parahnya persaudaraan orang-orang Melayu/Islam sesame sendiri.

Bila nak PRU kali ini saya gerun sebab jika kita orang Melayu/Islam tidak insaf kita akan berbunuh sesame sendiri (Nauzubillah Hi Min Zalik).

Sebagai “orang tua” saya terpanggil untuk menulis beberapa perkara yang saya harap anak-anak muda dan saudara sekalian akan memikirkannya secara teliti dan mendalam. Tolak perasaan dan ketepikannya dahulu.

Dasar penjajah memanglah nak memecahbelahkan rakyat dinegara takluknya. Di negara kita yang didiami orang Melayu telah dibawa masuk Bangsa Cina dan India.

Orang Melayu (majoriti) serta Cina dan India telah bersatu untuk mendapatkan kemerdekaan. Alhamdulillah kita telah Merdeka pada tahun 1957. Oleh kerana Melayu majoriti, bangsa lain ikut setuju apa yang diutarakan oleh Orang Melayu. Tetapi tetap terpendam didalam hati mereka cita-cita untuk menguasai pemerintahan negara ini.

Berbagai strategi telah dirancang dan digunakan mereka. Umpamanya “strategi sokong dan hentam.” Di wujudkan dua kumpulan satu bersama dengan orang Melayu yang memerintah (menyokong) dah lagi satu yang menghentam. Strategi ini sungguh efektif. Sedikit demi sedikit kuasa Orang Melayu terhakis.

Apabila Singapura merdeka ia telah bersatu dengan Malaysia. Tetapi oleh kerana lain pendirian Perdana Menteri Lee Kuan Yew dengan Allahyarham Tunku Abdul Rahman maka Singapura telah menarik diri keluar daripada Malaysia.

Tindakan keluar Singapura merupakan satu kesalan yang amat sangat kepada Lee Kuan Yew. Kalaulah dia sabar sudah tentu Negara Singapura lebih besar lagi daripada sekarang. Alhamdulillah Allah telah selamatkan negara kita, Islam dan Orang Melayu daripada MEREMPAT DI NEGARA SENDIRI seperti orang Melayu disana sekarang ni. Tetapi cita-cita negara yang lebih besar ini masih terpendam dihati mereka.

Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan langkah pertama untuk mengambil kuasa negara ini. Alhamdulillah KERANA ORANG MELAYU BERSATU CUBAAN TERSEBUT GAGAL.

Mereka sedar kalau Orang Melayu bersatu mereka takkan dapat menguasai negara ini. Kalau nak berjaya PERPADUAN ORANG MELAYU MESTILAH DIHANCURKAN .

Sebab itulah mereka bersatu dengan PAS dan PKR. Mereka tahu PAS tak ngam dengan UMNO/BN. Saudara tanya diri sendiri - Kalau tiada UMNO/BN hendak ke DAP bersatu dengan PAS?

Sekarang mereka duduk tepi gelanggang dan tengok orang Melayu PAS dan UMNO bergaduh dan berbunuh sesame sendiri. Bila Orang Melayu/Islam BERPECAH senang mereka ambil alih pemerintahan negara ini sebab mereka majoriti dan Melayu/Islam minoriti.

Keadaan ini akan jadi lebih teruk lagi sebab mereka akan bersatu dengan negara jiran kita. Masa itu kitalah jadi minoritI dan mereka majoriti. ORANG MELAYU/ISLAM AKAN HIDUP MEREMPAT DINEGARA SENDIRI.

INI YANG HARUS KITA INGAT DAN HINDARI. SEBAB ITU SEMUA ORANG MELAYU/ISLAM MESTI BERSATU. JANGAN KIRA PARTI. KIRA KITA ORANG ISLAM/BANGSA MELAYU DAN BERSATU MENCEGAH DARIPADA TERLAKSANANYA “GRAND PLAN” TERSEBUT”

“Grand Plan” ini akan dapat digagalkan bila Bangsa Melayu/Islam bersatu. Jika tidak terkuburlah Orang Melayu PAS, UMNO dll.

KALAU TAK BERSATU SAYA ANGGARKAN PALING LAMA ORANG MELAYU/ISLAM DAPAT MEMERINTAH NEGARA INI IALAH 10 TAHUN LAGI.

Allah selamatkan kita daripada BALA TERSEBUT.

Tanpa Nama berkata...

Sedih Melihat Nasib Agama Islam, Masa Depan Orang-Orang Malayu dan Cucu Cicit Kita Dan Negara Kita Yang Kita Cintai Ini BINASA.

Apa yang saya nampak kita orang-orang Melayu akan membinasakan diri kita sendiri, agama Islam dan masa depan cucu cicit keterunan kita.

PUNCANYA ADALAH PERPECAHAN DIKALANGAN ORANG-ORANG MELAYU ISLAM ITU SENDIRI.

Kita perlu kaji sejarah negara jiran di selatan Semenanjung Malaysia. Asalnya Pulau itu milik Melayu. Melayu yang memerintahnya. Bila berlaku perpecahan dikalangan orang-orang Melayu di situ Bangsa Asing dapat menguasai negara tersebut. ORANG MELAYU DI NEGARA ITU HIDUP MEREMPAT DI NEGARA YANG PADA ASALNYA ADALAH MILIK MEREKA.

DIANTARA KESAN BURUKNYA ADALAH:

1) Tak mungkin orang Melayu boleh menjadi Perdana Menteri di negara tersebut.
2) Tiada juruterbang/pilot Melayu bagi pesawat pejuang tenteranya.
3) Azan tak bolek kuat dan speaker mesti menghala kedalam masjid
4) Saluran TV kegemaran orang Melayu tidak dibenarkan mengucap “Assalammualaikum” semasa memulakan apa jua rancangan
5) Dalam tentera kalau orang Melayu dapat jadi Sarjan sudah kira bernasib baik
6) Bila menghantar alatan-alatan tentera - tentera daripada Orang Melayu tunggu di gate sahaja dan tidak dibenarkan masuk kedalam pengkalan.
7) Penduduk-penduduk Melayu dipecah-pecahkan supaya tidak kuat.
8) Bangsa yang sama dengan pemerintah dibiarkan/digalakkan untuk menjadi rakyat negara tersebut. Ini terus menenggelamkan majoriti Melayu disana.

Apa yang menyebabkan berlaku keadaan tersebut ialah PERPECAHAN DIKALANGAN ORANG-ORANG MELAYU.

MAHUKAH KITA KEADAAN TERSEBUT BERLAKU DI NEGARA KITA???

Sebenarnya penindasan dan tekanan terhadap Orang-Orang Melayu secara halus telah pun mula berlaku di salah sebuah negeri di Negara kita ini.

Kalau kita tidak berkuasa dinegara kita ini jangan MIMPIKAN Orang Melayu menjadi:-

a) Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri (mungkin satu penggal saja)
b) Menteri di Kementerian yang penting seperti Kementerian Kewangan dll.
c) Menjadi Ketua Setiausaha Negara
d) Menjadi Ketua Polis Negara
e) Panglima Angkatan Bersenjata kita, Tentera Darat, Laut dan Udara
f) Pegawai-Pegawai Daerah
g) Dan lain-lain jawatan yang dipegang oleh Orang-Orang Melayu kini.

JANGAN BIARKAN KEADAAN TERSEBUT BERLAKU DI NEGARA KITA INI!!!

Kehancuran Agama Islam, Bangsa Melayu dan Negara ini boleh dielakkan!!! BAGAIMANA?

ORANG MELAYU MESTILAH BERSATU

Jangan kira Parti – PAS, UMNO atau PKR. KITA BERSATU ATAS DASAR KITA ORANG ISLAM DAN ORANG MELAYU.

Bila bersatu kita tidak perlu “MEMINTA SEDEKAH UNDI UNTUK MEMERINTAH NEGARA KITA INI”

Hukum apa pun boleh kita laksanakan – UNDANG-UNDANG ISLAM, HUDUD dan sebagainya boleh kita laksanakan sebab KITA BERSATU DAN KITA MAJORITI.

Sekarang ni baik parti apa pun PAS, UMNO, PKR tak mungkin dapat melaksanakan Undang-Undang Islam OLEH KERANA KITA BERPECAH. Ini memang di sukai oleh bangsa asing. JANGAN KITA MELUTUT KEPADA MEREKA.

Ingat perintah Allah dan Rasullullah saw. Kita ORANG ISLAM mestilah bersatu barulah kita kuat.

SAYA CABAR PEMIMPIN PAS, UMNO DAN MELAYU DALAM PKR SUPAYA SELAMATKAN ISLAM, ORANG MELAYU DAN KETURUNAN KITA.

KETEPIKAN KEPENTINGAN DIRI SENDIRI DAN BERJUANGLAH UNTUK ISLAM, BANGSA MELAYU/KETURUNAN KITA DAN NEGARA KITA.

“BERSATU TEGUH BERCERAI ROBOH”

Ingat “Mereka Berpecah” Untuk Menguatkan Kedudukan Mereka.

Jangan Perpecahan Kita Mengjahanamkan Agama Islam, Bangsa Melayu Dan Negara KITA.




INGAT “GRAND PLAN” MEREKA UNTUK MENYATUKAN NEGARA KITA DENGAN NEGARA DI SELATAN TANAH AIR. JIKA BERLAKU MEREMPATLAH ORANG MELAYU DI NEGARA SENDIRI

Saudara Ikhlas Memperjuangkan Islam, Bangsa Melayu Dan Negara Melayu ini ??? Tolong Sebarkan Nota Ini.

Sabuli berkata...

Jika rakyat merasa tidak berpuas hati dalam apa-apa perkara sekalipun maka inilah masanya peluang digunakan protes atau hindarkan kerajaan yang ada ganti yang lebih tidak baik itu sepatutnya, sebab yang ada juga menyusahkan Rakyat jelata. Guna peluang ini sekali sahaja dalam jarak masa yang panjang 5 tahun lagi baru ada peluang semula.

Sabuli berkata...

Protes kerajaan BN secara terhormat adalah dgn membuang undi anda sebagai pembangkang, guna hak secara saluran hak kita sebagai penentu kerajaan akan dtg. Buruk baik jgn kisah sbb yg ada ini pun tidak melayan kehendak rakyat yg memilih terdahulu. lepas ini kita ada lg peluang dlm tempuh semasa 5 tahun akan datang.

ank kecil bermain ipad berkata...

anon 8.48 dan 8.50 mungkin talibarut syaitan yg dikenali. tak payahlah nak rayu2 dgn faktu bodoh tu. perpecahan melayu berlaku dlm umno shj. dlm PAS tiada perpecahan, semakin hari semakin solid. melayu dlm PAS dan melayu dalam UMNO jauh berbeza. Melayu dalam PAS beriman (kami tolak rasuah, tolak sapu tanah rakyat, tolak kayakan kroni, tolak lindung pesalah. tolak politik gengster, tolak tipu peneroka, pokoknya semua penyelewengan melayu PAS tolak) melayu yang satu lagi tu macam mana, semua sapu ) beriman ke tidak mereka ni. spt yang saya kata kita mungkin sama melayu TAPI kita jauh berbeza. maka nya jgn jd bengong nak ajak melayu PAS bersatu dgn melayu yang itu. salam.

Tanpa Nama berkata...

Melayu tidak ramai....di malaysia ini. Cara terbaik Melayu oleh bersatu dalam politik ialah memilih Jacob Zuma penganti Mandela sebagai calon PM. Mesti boleh aman punya....

GEBU berkata...

anon 8.48 dan 8.50 tak payah lah gunakan idea yang lapok tentang perpaduan Melayu. Perpaduan yang berteraskan bangsa adalah rekaan hamba tetapi perpaduan yang berteraskan AGAMA adalah ciptaan PENCIPTA.
Jelas kepada kita yang anon 8.48 dan 8.50 mengutamakan bangsa dari AGAMA. Dimana letaknya kecintaan hamba kepada Pencipta kalau kita mengutamakan bangsa? ALLAH menciptakan berbagai bangsa dimuka bumi adalah sebagai tanda keatas sifatNya Yang Maha Kaya; tak lebih daripada itu. Oleh kerana hamba yang tidak mengenali Pencipta maka kita menjadikan bangsa sebagai keutamaan tapi tidak kepada AGAMA yang mencakupi Iman, Islam, Tauhid dan Makrifah untuk kita memuasabah diri sebagai hamba.

Tanpa Nama berkata...

Aku peduli apa. Kat mesir bukan ada org cina pun. kenapa x bersatu. kenapa berlaku penggulingan kerajaan, sbb krajaan sdia ada tu zalim. anon pencacai tu ingat rakyat bodo. pi suruh sharizat bg balik duit lombu.

Tanpa Nama berkata...

Aku peduli apa. Kat mesir bukan ada org cina pun. kenapa x bersatu. kenapa berlaku penggulingan kerajaan, sbb krajaan sdia ada tu zalim. anon pencacai tu ingat rakyat bodo. pi suruh sharizat bg balik duit lombu.

Tanpa Nama berkata...

Memey la.. selagi boleh kontrak kan kontrak kan.. w/pun nak tuka lampu kalimantan sebijik. kalau boleh kontrak dikontrakkan jer..
senang. perangai..
semua malas. semua sama, semua bosan... ikhlas?

Tanpa Nama berkata...

Saya sokong melayu bersatu... "UMNO" perlu bubar dan baramai2 isi borang pas. Melayu akan lebih kuat dgn "ISLAM", baru syaitan yg dikenali menjadi bisu.

Tanpa Nama berkata...

Anon 8:48, 8:50 tak payahlah wat cerpen bodoh tu. Ingat orang lain bodoh ke macam UMNO?

Tanpa Nama berkata...

Anon 8:48, 8:50 tak payah lah buat Cerpen bodoh tu. Jangan jadi bodoh macam UMNO..

Tanpa Nama berkata...

Hoii syaitan anon 8:48 8:50..g mampus la ngn idea ko tu..lagi2 cite psl perkauman..

Tanpa Nama berkata...

kami sokong bubar UMNO semua sokong PAS, syaitan yang dikenali pun menangis...

Tanpa Nama berkata...

orang Melayu tak berpecah belah kalau semua menyokong PAS

Tanpa Nama berkata...

Dah lama orang Melayu bersatu sokong UMNO, Melayu makin susah, pemimpin UMNO makin kaya....

Tanpa Nama berkata...

siapa bunuh Melayu Islam di Memali?????

Tanpa Nama berkata...

Pemimpin UMNO tidak akan bubar UMNO untuk sokong PAS, sebab nak jadikan kita hamba dan mereka Tuan..

Tanpa Nama berkata...

anak Mahathir kaya, anak TGNA kaya?

Tanpa Nama berkata...

di Malaysia pemimpin Melayu termasuk JKKKP tindas atau bantu Melayu????

Tanpa Nama berkata...

tidak perlu bersatu untuk menyokong Syaitan, kami bersatu untuk menykong malaikat...

Tanpa Nama berkata...

Aku memang meluat kat mamat 8.48 dan 8.50. Sokong GEBU dan yg sealiran denganya. Dah dicakapkan dah Haram berjuang atas dasar bangsa lah bodoh..... tengok dan kaji Al_Quran lah dan sirah nabi. Walau kau ustat ngaji mesir (kemungkinan), tapi jenis ni yang duduk di bawah kelab UMNONgok Mesir. berjuang atas dasar bangsa tukan sesat. Aku taulah sapa kau..... Mana kau belajar ni... konsep kuatkan bangsa dulu baru Islam berdaulat. Bodoooo....

Tanpa Nama berkata...

Kepada 8.48 dan 8.50. Apalah susah pikir. Bubar Umno masuk PAS..... Bukan setakat melayu je yg ko dapat dalam PAS tu, Yang penting ISLAM. Ko nak harap UMNO serap atau ambik perjuangan ISLAM....Mimpilah ko. Woi..., tengoklah sejarah, Anwar Ibrahim nak membetulkan UMNO dari dalam pun tak sampai cita2. Yang benornya ko ni taksubkan UMNO, tapi takut perjuangan sesat sebab guna dasar Asobiyah atau kebangsaan, jadi ko guna lah alasan semua tu untuk nak menghalalkan cara.ettABP

ank kecil bermain ipad berkata...

hei anon 8.48, 8.50 kau nampak apa org komen tentang cadangan kau. lain kali ckp siang2 pandang2, ckp malam2 dengar2. ini kali lah, tukar BN kpd PR.