3 Dis 2012

Lautan Manusia Membanjiri Kebangkitan Rakyat Johor


Lautan rakyat Johor kelmarin membanjiri Dataran Rakyat, Parit Haji Salleh Ros, Parit Raja sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat Negeri Johor malam kelmarin.

Walaupun pada awalnya disebelah petang terdapat sedikit hujan, namun kehadiran luar biasa ini menunjukkan semangat perubahan politik rakyat negeri ini.

Program pada sebelah malamnya bermula dengan ucapan wakil-wakil badan bukan kerajaan NGO yang membawa agenda perjuangan hak rakyat.

Antaranya termasuk NGO Anti-PPSMI, Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase), Gerakan Mansuh ISA (GMI), Hak Air Untuk Semua (Haus), Gabungan Menuntut Royalti Kelantan 'R', Persatuan Anak Peneroka Felda (Anak), Gabungan menuntut Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), NGO Pengerang, serta NGO alam sekitar dan Anti Lynas.

Turut berucap menyemarakkan lagi himpunan kebangkitan rakyat malam tadi ialah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Tuan Haji Muhammad Sabu yang merupakan Timbalan Presedin PAS.

Mereka telah memberi ucapan penutup sekaligus menjawab beberapa tuduhan - tuduhan songsang yang dikemukakan oleh Umno sepanjang perhimpunan agung parti itu.




Oleh : Umar /nusajayakini
Main sentimen Melayu tapi tanah dipijak milik ‘Umno’ – Anwar

BATU PAHAT 3 Dis: Orang Melayu usah terpedaya dengan jarum politik Umno yang cuba menyalakan api perkauman melalui bait-bait lagu ‘Warisan’.

Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata lagu ‘popular’ Biro Tata Negara (BTN) sengaja diputar pada Perhimpunan Agung Umno untuk meraih simpati orang Melayu.

“Menyanyi lagu ‘anak kecil main api. Kemudian, (ada bait lagu) ‘tanah dipijak milik orang”. Milik orang mana? Milik pemimpin Umno!

“Cuba tanya. Berapa harta Daim (Zainuddin). Berapa harta Najib Razak. Berapa harta keluarga Dr Mahathir?

“Kemudian mahu cakap soal Melayu. Ini cakap pembohong dan penjilat,” katanya depan lebih 15,000 rakyat pada Perhimpunan Kebangkitan Rakyat di Batu Pahat, Johor kelmarin.

Umno memperalat bait-bait lagu itu untuk dimomok kepada perwakilan parti itu hingga ada mereka menyangka hak Melayu terhakis jika Pakatan memerintah.

Sedangkan, kekayaan negara dibolot segelintir pemimpin Umno dan kroni mereka.

Anwar kesal kerana Umno sejak Perhimpunan Agung 1998 hingga kini hanya memaki dan memfitnah beliau tetapi mengabai isu dasar untuk kepentingan negara.

“Sampai sekarang maki saya. Kenapa tak bincang ekonomi, kenapa tak kritik isu kontrak, balak dan tanah yang hilang? Mana Pemuda Umno?

“Kamu fitnahlah banyak mana pun. Sekarang Umno sudah jadi parti yang tak relevan, yang hidup dalam penafian. Kasihan…” sindir Anwar.


6 ulasan:

gen-Y berkata...

Jom kawan2 satu Malaysia semua bangsa terutama gen-Y, dgn kuasa kita semua..kita kasik jatuh gen-X umno/BN. Kasik info yg betul,kasik tiaw kaw2.. pesan kita punya mak bapak datuk nenek,jgn undi umno/BN kali ni..

Tanpa Nama berkata...

Hebat adik gen y kits nih. Semoga impian tercapai dan tahniah untuk kebangkitan rakyat Johor.

gen-Y berkata...

Sbnrnya nak ucap tahniah kat org muda Johor..Aku rasa ramai bdk2 UTHM turun termasuk adik aku..lokasi yg strategik.Jom pakat 'hasut' & 'paksa' keluarga kita undi PR..terutama yg tegar dulu,kini,selamanya..

Aku bkn org johor tapi Black RD/RXS kwn aku org johor..n tips dari aku.. PR buat roadshow..org muda johor kasi penuh highway konvoi ramai2 gi ceramah baru best.

Roza berkata...

Renungan pendapat dr kawan2:
i.PRU13 bukan lagi eksperimen untuk menukar kerajaan ,eksperimen telah pun berjalan dibeberapa buah negeri
projek perintis telah dilaksanakan di Selangor, P. Pinang, kedah dan Kelantan.Perak separuh jalan dirompak lanun.
ii.Kerajaan pusat sekarang ibarat bas yg rosak brek, tayar dh habis bunga, enjin yg mengalami kerosakan, bodi yg bocor, driver yg mengantuk, mabuk, tak tahu hala tuju....... Mahu teruskan kah lagi dgn bas sebegini yg risiko nya terbabas, masuk gaung atau kemalangan?

Tanpa Nama berkata...

Orang Johor kalau nak tengok Johor tak tergadai kepada Singapura,wajar jatuhkan kuasa UMNO/BN.Itu aje,jangan banyak banyak kira lagi.

Tanpa Nama berkata...

Kalau ini program UMNO Utusan dan TV3 akan siar berapa juta orang?