28 Dis 2012

[BONGKAR]: Rosmah Mansor Ada Telefon Deepak Untuk Bincang Tarik Semula Akuan Sumpah I


Kuala Lumpur 27 DISEMBER: Polis harus memulakan siasatan pendedahan Deepak Jaikishan dengan menyiasat rekod panggilan telefonnya kepada Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

“Siasat semua nombor telefon yang Deepak hubungi. Kena serah semua nombor telefon yang dihubungi – Orang kanan Najib, Rosmah dan adik Najib. Beritahu semua.

“Dapatkan rekod (panggilan) antara Deepak dengan mereka. Kemuka apa yang ada dalam senarai,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PAS di sini, hari ini.

Muka depan Suara Keadilan edisi 97 mendedahkan, Deepak dihubungi Rosmah melalui panggilan telefon antara jam 6 hingga 7 petang pada 3 Julai 2008 dan mengajaknya berbincang di rumah Datuk Seri Najib Razak.

Deepak kemudian mengatur pertemuan antara penyiasat persendirian, P Balasibramaniam dengan adik Najib, Datuk Nazim Razak di The Curve, Damansara pada pagi 4 Julai 2008 bagi menarik semula akuan sumpah pertama.


Justeru, Mahfuz mencadangkan polis untuk menghubungi semua syarikat telekomunikasi di negara ini untuk mempercepat siasatan.

“Saya hairan, Peguam Negara, polis yang cekap sebelum ini tiba-tiba senyap. SPRM dan polis tak ambil apa-apa tanggungjawab.

Pendedahan Deepak bukan sahaja menyentuh Perdana Menteri dan keluarganya tetapi kepentingan negara,” katanya. - KD

Deepak: PAS cadang serah memo kepada Agong

KUALA LUMPUR: PAS bercadang menyerahkan memorandum kepada Yang Dipertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah berhubung pendedahan usahawan Deepak Jaikishan.

Penyerahan itu akan dilakukan jika agensi berkaitan seperti Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Peguam Negara terus membisu dengan pendedahan Deepak tersebut.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, berkata pihaknya memberi masa sehingga dua minggu untuk agensi-agensi terbabit memulakan siasatan terhadap pendedahan yang dilakukan usahawan karpet berkenaan.

"Kita memberi tempoh sehingga dua minggu untuk SPRM, polis dan Jabatan Peguam Negara memberikan respons berhubung pendedahan Deepak ini.

"Jika tidak, kita tidak teragak-agak untuk menyerahkan memorandum ke bawah Yang Dipertuan Agong terhadap ketiga-tiga agensi," tegas beliau pada sidang media, di Pejabat Agung PAS, hari ini.

Mahfuz berkata pendedahan Deepak itu merupakan satu pendedahan yang bukan sahaja menyentuh maruah perdana menteri, dan keluarga, sebaliknya turut menyentuh maruah negara dan Yang Dipertuan Agong itu sendiri.

Mana siasatan

Beliau turut membangkitkan persoalan mengapa tiada sebarang respons atau siasatan segera dilakukan terhadap pendedahan Deepak walaupun banyak pihak mendesak untuk melakukannya (siasatan).

"Saya hairan mengapa di saat kita dikatakan memiliki anggota polis yang cekap, SPRM yang telus, peguam negara yang hebat, dalam hal Deepak ini mereka ini seolah-olahnya telah 'disemadikan'.

"Saya tidak kata apa yang didedahkan Deepak itu benar atau tidak. Sebaliknya ia perlu disiasat segera memandangkan ia bukan satu perkara kecil," kata beliau lagi.

Dalam pada itu, Mahfuz meminta Deepak membuktikan hubungan rapat yang didakwanya bersama Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor bagi pengetahuan umum.

Katanya, Deepak boleh mendedahkan nombor telefon Najib, mahupun Rosmah kepada umum dan pihak polis agar disiasat segera.

"Deepak mengakui dia mempunyai hubungan yang rapat dengan Najib, Rosmah. Boleh telefon bila-bila masa.

Jadi, saya minta Deepak buktikan dengan memberi nombor telefon kepada mereka kepada polis dan kemudiannya meminta syarikat telekomunikasi mendapatkan rekod perbualan antara mereka selama ini," tegas Mahfuz lagi.

Deepak, sebelum ini membuat pendedahan kepada media alternatif mengaitkan penglibatan Najib, Rosmah dan adik Najib berkaitan akaun bersumpah kedua penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam.
-HD




3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kes ini ada baiknya rujuk kepada makamah antarabangsa.Dah tak boleh pakai dah hakim hakim di Malaysia ni.Sibuk jatuh hukuman budak curi seluar dalam.Kes macam ni dia lari dah diajar tarik hudung dan kemudian dia jadi usof yang sekarang dgn anwar minta maaf tak nak setongkol lagi.Banyak cantik. Minta maaf aje kira settle kepala bapak dia.Dia patut dihukum dulu.Dipancung dikhalayak ramai baru boleh lain lain hakim ni jujur dan ikhlas dengan kerja mereka.Ini apa nak susah nanti kita minta maaf le.Syabas mahfus ini saja jln yang ada.Ia bukan jalan terbaik.Dan percayalah sekiranya tiada hukuman yang akan dijatuhkan kepada kesemua menteri menteri dan juga kroni kroni termasuk kaum keluarga yang meratah duit rakyat ini.Malaysia ini tidak akan sampai kepada keadilan sebenarnya.

Tanpa Nama berkata...

Dalam kes ini jangan hentam hakim dulu. Pendakwaan dan perbicaraan belum lagi berjalan. Yang utama sekali adalah siasatan, diikuti pendakwaan dan perbicaraan. Hendak komen biar rasional sikit walaupun benci dengan sesuatu pihak. Penulis setuju kes ini disiasat dan dibawa ke mahkamah.

Tanpa Nama berkata...

Deeepak adalah saksi penting yang mesti diberi perlindungan 100%. Memandangkan Najib dengan beraninya arahkan orang guna C4 untuk bunuh antutuya tak mustahil deepak pun dia akan buat demikian.