5 Nov 2012

[TERKINI] Saham FGVH Jatuh Paras Terrendah - Peneroka Mula Rugi


Saham Felda Global Venture Holding (FGVH) hari ini menyaksikan kejatuhan di paras paling rendah sejak ia dilancarkan. Harga saham FGVH ditutup pada RM4.65 petang ini.

Saham FGVH telah dilancarkan pada 5 Julai tahun ini pada harga RM4.55 sebelum ia kemudiannya meningkat di paras tertinggi RM5.55. Selepas daripada itu, harga itu terus jatuh dan jatuh ke paras terrendah pada RM4.69 pada 10 September lalu.

Kemudian harga menjadi tidak stabil selepas itu, sehinggalah rekod paras paling minima itu telah dipecahkan petang ini untuk berada di kedudukan RM4.65.

Sementara itu, sebelum ini, Penasihat Ekonomi Anak (Persatuan Anak Peneroka Felda), Dr Rosli Yaakob telah berkata, peneroka Felda kini mula rugi apabila sahamnya jatuh melepasi 4.70.

Ini kerana, dividen yang diperolehi tidak akan mampu menampung interest pinjaman yang mereka buat untuk membeli saham FGVH.

"Kadar interest pinjaman mereka untuk membeli saham ini pada kadar RM4.45 kini lebih tinggi berbanding dengan dividen yang mereka perolehi," kata Dr Rosli.

Nampaknya apa yang dibimbangi oleh ANAK kini telah menjadi kenyataan.

15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pak Cik Mak Cik, sekarang kau dah faham sudahkan kenapa ANAK bermati - matian mahu mempertahankan duit pak cik mak cik daripada masuk ke pasaran Saham? Saya harap pak cik mak cik fahamlah perjuangan ANAK sekarang jangan sampai bankrap baru kamu faham.

Tanpa Nama berkata...

biar angka menceritakan segalanya. bila dinasihat, dituduh dengki, cemburu dan ejen pembangkang. kita perhatikan aje. biar terserlah sendiri siapa sebenarnya yg HaramJadah!

Tanpa Nama berkata...

mimpi ngeri peneroka menjadi realiti

Bombo berkata...

mak cik pak cik,jgn percaya dgn ISA simamat parang kontot,muka dia pun penyagak hari2 bubuh botok,org umnog kalau tak buat rakyat merana tak sah,cakap mcm dia tahu segala,sebenarnya papa idea,hanya kuasa menentukan mereka bergeliga,namun tin kosong...itulah mentaliti org umnogok...semakin lama mereka berkuasa semakin hancur hak rakyat dan negara...so renong2lah

Tanpa Nama berkata...

MANA AHMAD MASLAN?
APA KOMEN DIA?
KENAPA TV3 SENYAP JE?

win win malaysians berkata...

wwaduh bankup aku...minta nyawa,mat maslan,ttolongla komen....hanya d tv3 sahaja pendokong utk memutarbelitkan pemikiran makcik pakcik felda....kesiannn

Tanpa Nama berkata...

cantik graf FGV nii..mcm graf BN ajo..

Tanpa Nama berkata...

Nampaknya peneroka kena kerja kuat lagi untuk mengkayakan orang lain.

Tanpa Nama berkata...

2 patah perkataan untuk makcik dan pakcik felda...PADA MUKA

Gen-Y berkata...

Graf naik pun, share 1 lot pun tak sampai..apa makna main saham.

Tanpa Nama berkata...

Bila rugi baru dia orang tahu....Semoga orang felda Dirahmati selalu....

Najib Bini Rosmah berkata...

Mentaliti orang FELDA generasi pertama...

Kesian... - ABAI

Kesiann... - ABAI

Kesiannnn.... - ABAI

Kena tipu lagi... - ABAI

Kena tipu? Dengan ISA SAMAD? - ABAI

ABAI la sampai tanah tergadai...

Tanpa Nama berkata...

EPF yang banyak melabor(cara paksa) dalam FGVH juga akan punah.Bukan Mak Cik dan Pak Cik FELDA aje yang menanggung rugi besar malah EPF pun akan lingkup.

Tanpa Nama berkata...

U all komen macam la kuasa tu kat tangan mak cik & pak cik felda... aduiiii...bercakap biar guna akal... Aduiiii

Tanpa Nama berkata...

kuasa??? Eh, kalo makcik & pakcik FELDA suma SEPAKAT, BERSATU menolak penyenaraian FGVH di Bursa seperti saranan ANAK hari tu.. tentu perkara ni boleh dielak... ITULAH KUASA MEREKA... tapi itu dulu, skarang dah x bermakna... 2 words ~ PADAN MUKA..