25 Nov 2012

Takut Dengan Pemerhati Bebas, Bukti Pilihanraya Malaysia Tidak Bersih & Tidak Telus!

Pemantau bebas, mengapa M'sia begitu gelabah?'

Senator bebas Australia, Nick Xenophon menganggap sebagai munasabah permintaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk pemerhati bebas dari rantau itu bagi memantau perjalanan pilihan raya Malaysia.

Xenophon, yang berasal dari Australia Selatan menganggap media Malaysia melaporkan bahawa Australia memohon untuk campurtangan dalam pilihan raya Malaysia sebagai penyampaian yang salah, direka dan memutarbelitkan kedudukan sebenar.

"Mengapa kerajaan Malaysia begitu mengelabah mengenai permintaan munasabah Anwar untuk pemerhati bebas dari rantau itu.

"Apa yang Anwar minta ialah pilihan raya di Malaysia yang bebas, adil dan bersih dan Australia - sebagai jiran dan rakan Malaysia - memainkan peranan jika diminta," katanya dalam satu kenyataan.

Xenophon menyerahkan surat peribadi Anwar kepada Menteri Luar Australia Bob Carr minggu lepas.

Beliau berkata tidak ada apa dalam permintaan kepada Carr itu yang boleh ditafsirkan sebagai campurtangan oleh negara dalam hal ehwal negara lain.

Laporan sebelum ini
klik untuk baca



2 ulasan:

GEBU berkata...

Dari kajian yang dibuat oleh PR memang terbukti yang PRU Malaysia tidak bersih, adil dan berbagai-bagai lagi yang negatif.
Bukti-bukti yang ada perlu digunakan untuk memberi tempoh kepada SPR memenuhi 8 TUNTUTAN BERSIH sebelum PRU13. Jika dalam tempoh tersebut 8 TUNTUTAN BERSIH ini tidak dipenuhi, himpunan bersih perlu diadakan setiap hari sehingga 8 TUNTUTAN BERSIH tersebut dipenuhi.
Ayuh PR, lakukan ini demi untuk RAKYAT dan MALAYSIA.

Awanama berkata...

Takut kerana bersalah. Ini mengesahkan bahawa SPR dan BN, Najib khasnya bercadang untuk menipu dalam GE13.

Tanpa pihak ketiga yang bebas, Najib boleh tuntut bahawa pilihanraya adalah bersih walaupun PR dapat menunujukkan apa saja bukti yang ada.

Najib pernah buat tuntutan bahawa "You help me, I help you" semasa pilihanraya kecil di Sibu itu bukan satu rasuah, tanpa sedikit segan dan malu, walaupun semua rakyat mengkelaskan janjian itu sebagai satu rasuah untuk membeli undi.