23 Nov 2012

Ketua Pemuda Umno Ditahan Polis Bersama Arak, Dadah

Seorang Ketua Pemuda Umno cawangan di Negeri Sembilan ditahan polis dalam satu serbuan minggu lalu.

“Dia ditahan di sebuah hotel dalam keadaan dikelilingi dadah dan arak,” kata Ketua Cabang KEADILAN Rembau, Badrul Hisham Shahrin kepada Keadilan Daily.

Mendedahkan hal itu, beliau berkata, bapa kepada individu itu seorang pemimpin Umno bergelar Datuk yang juga bekas senator.

Badrul Hisham yang dikenali sebagai Chegubard berharap pendedahan awal itu bertujuan mengelak kes kecurangan pemimpin disorok atas arahan politik.

“Kita harap pendakwaan dapat dilakukan dengan adil. Polis dapat bertindak tegas tanpa mempeduli tekanan politik Umno,” kata Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) itu.

Sebelum ini, beliau berkata, banyak kes salah laku pemimpin Umno disenyapkan tanpa diambil tindakan ekoran tekanan kepada pihak berkuasa.

“Pernah kes seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) salah guna senjata, lepaskan tembakan kerana berbalah dengan orang, laporan dibuat tetapi kes ditutup,” katanya. -KD

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hukum dunia mungkin akan terlepas.. hukum Allah swt...tguu balasannya

Amuraria berkata...

SAYA YANG MENURUT PERINTAH DOT DOT DOT DARI PIHAK ATASAN DOTDOTDOT LEPASKAN DIA & DOK DIAM-DIAM DOTDOTDOT HAHAHA ...! ABU JANGAN LUPA !

Tanpa Nama berkata...

Satu lagi contoh negatif yang ditunjukkan oleh UMNO BN. Moga dapat dijadikan iktibar untuk semua.

Tanpa Nama berkata...

Inilah Islam wasatiyyah, kesederhanaan.
Orang macam ini lah yg selalu perjuangkan Islam, syabas!! Pemuda macam ini yang kita cari.

Sykadeer.

Tanpa Nama berkata...

bagi orang yang dapat duit tak payah kerja, minta saja sudah dapat duit nih, pompuan arak etc adalah permainan mereka. perangai jahilliah dan otak bahalol mereka adalah segala galanya bagi hidup mereka.

setiap anak yang lahir adalah suci bersih namun ibubapa nya yang menjadikan anak mereka islam yahudi dan majusi.

Tanpa Nama berkata...

KALAU MACAN INI PUNYA PEMIMPIN BOLEH BENGRAP MALAYSIA...ITUPUN ADA ORANG YANG KURANG CERDIK SOKONG DEPA.