14 Nov 2012

Isu Kondo Batu Caves: Bukan Terlupa, Tetapi Sengaja Buat-buat Lupa Atau Jahil

Najib lupa siapa punya projek kondo Batu Caves

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilihat terlupa untuk menyelidik pemilik sebenar projek kondominium 29 tingkat di Batu Caves sebelum membuat pengumuman untuk membatalkan projek tersebut sekiranya Barisan Nasional (BN) berjaya menawan Selangor.

Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad yang dihubungi memberitahu adalah satu perkara yang melucukan apabila pihak yang meluluskan projek tersebut ingin membatalkannya semula bagi mendapatkan sokongan undi.

"Dia (BN) yang lulus lepas dia pulak hendak batalkan, ini tindakan yang amat melucukan.

"Saya rasa Najib tidak membuat penyelidikan sepenuhnya siapa pemilik projek tersebut sebelum beliau mengumumkan pembatalan sekiranya BN menawan Selangor," jelasnya.

Khalid yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat turut menyatakan tindakan Najib itu dilihat amat terdesak apabila sokongan dari orang Cina dan India terhadap BN mula merosot.

"Beliau ingin mendapat kembali undi dari kaum India sebab itulah terpaksa membuat pengumuman yang memalukan.

"Walhal semua rakyat sudah mengetahui siapa sebenarnya pemilik projek kondominium tersebut, sudah lima tahun tanpa ada pengumuman tiba-tiba bila hampir pilihan raya pengumuman tersebut dilakukan," sambung beliau lagi.

Semalam, Najib telah mengumumkan akan membatalkan projek kondominium 29 tingkat di Batu Caves sekiranya BN berjaya menawan Selangor.

Beliau membuat pengumuman itu ketika berucap di majlis rumah terbuka Deepavali anjuran MIC di pekarangan kompleks Batu Caves.

Namun sebelum itu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah mengumumkan akan menubuhkan pasukan petugas bebas untuk menyiasat isu kondominium yang berdekatan kuil Subramaniar itu.

Exco Kerajaan negeri, Ronnie Liu dalam kenyataan pada 7 November memberitahu kerajaan Selangor mungkin membatalkan kelulusan projek tersebut bagi mengabaikan bantahan Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri. -HD

Ulasan GB

Yang GB lihat bukannya Najib terlupa tetapi beliau sengaja buat-buat lupa atau memang jahil lansung mengenai projek kondo batu Caves itu.

Kebenaran tidak dapat ditolak atau disembunyikan. Sememangnya kerajaan UMNO-BNlah dahulu yang telah meluluskan projek berkenaan. Tetapi bikin kecoh sekarangini untuk membatalkannya dengan niat untuk memburuk-burukkan kerajaan PR negeri Selangor.

Laporan sebelum ini
klik untuk baca



6 ulasan:

Andre Irwan berkata...

Sedarlah Rakyat Malaysia bahawa dah banyak bencana dilakukan dek BN kat Malaysia seperti Lynas, ...
Malam tadi aku jadi mual bila Tok Jib dengan megah menyatakan perkara tersebut sehingga orang yang dok makan kat kedai boo ..... Bodoh punya PM. Meemang patut kita tukar dan kalih. Kalau tidak, jahanam Malaysia kita ni. Janji apa yang ditunaikan dia tu. Kepala Munafikun selepas Che Det.

Tanpa Nama berkata...

Biasanya jika seseorang itu mudah lupa akan perkara perkara penting dibawah tanggungjawabnya, lebih lebih lagi jika beliau sudah berumur, itu ada maksud tanda tanda bakal NYANYUK.

Dengan banyak cabaran yang perlu difikirkan di otak kepala lebih buruk lagi jika kurang beramal hancur badanlah gayanya.

Apa nak jadi dengan si Najib nih....

Tanpa Nama berkata...

maharaja lawak tak buat lawak mcm ni

Tanpa Nama berkata...

UMNO dah nyanyuk, mungkin sebab banyak makan wang rasuah?

Tanpa Nama berkata...


Aku mintak maaf terlebih dahulu kepada puak-puak UMNO/BN.

NAJIB memang TIDAK lagi berkelayakan dikekalkan sebagai PM Pasca PRU-13 nanti sebab dia DENGAN mudah DIPERBODOHKAN oleh orang India pasl isu kondo dekat Batu Cave itu.

Kedua, isu kondo mengondo itu sangat sinonim dengan UMNO dan BN. Ada kondo dia lulus lepas tu nak batal pulak. Ada jugak kes kondo yang berkaitan dengan lembu.

Kaum india malysia pula jangan ikut kebangangan BN. Sentiasa jadi bola kepada UMNO/BN.

Tanpa Nama berkata...

Najib berpaut di dahan yang rapuh.