23 Okt 2012

Blogger Seks Akui Cukup Minat Dengan Chua Soi Lek


Selepas menyerang PAS dan memperlekeh Islam, presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek hari ini boleh berbangga dengan aksi ranjangnya apabila menjadi idola penulis blog seks dan partinya kini juga mendapat sokongan daripada Perkasa.

Penulis blog seks kontroversi Alvin Tan, pelajar undang-undang Universiti Kebangsaan Singapura (NUS) yang bakal dikenakan tindakan oleh universiti tersebut menulis bahawa Chua adalah idolanya, secara seksual.

“Saya memandang tinggi kepada Dr Chua Soi Lek, secara seksual. Kelakar bagaimana semua ini terjadi,” kata Tan dalam laman Facebooknya.

Tan dipercayai sedang memberikan respon kepada Ketua Pemuda MCA Wee Ka Siong yang berkata parti MCA tidak boleh menerima tindakan beliau dan teman wanitanya Vivian Lee, 23 yang terlibat dalam aktiviti seksual dan memuatnaiknya ke dalam blog mereka.

Komen Tan terhadap Chua, yang terkenal dengan video skandal seksnya dengan seorang wanita di bilik hotel yang tersebar kepada umum, seperti satu penampar teruk kepada MCA yang mengambil peluang di perhimpunan agong mereka untuk menghentam habis-habisan pemimpin PAS.

Selain itu, walaupun menghina hudud dan Islam bertubi-tubi, MCA hari mendapat sokongan daripada Perkasa.

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali bertegas, “MCA lebih banyak bawa kebaikan daripada DAP” dan berkata penghinaan MCA terhadap hudud adalah “terpaksa”.

“Walaupun terguris tapi itu bukan soalan pokok. MCA terpaksa bercakap sebegitu. Beliau hanya memberi pandangan tapi tak bererti kita perlu bermusuh,” kata Ibrahim yang dipetik laman FMT.

Skandal seks Chua hampir membunuh karier politiknya, tetapi pemimpin yang berumur lebih 60 tahun lebih itu kembali menjadi presiden MCA pada 2010 apabila berjaya memenangi hati perwakilan partinya.

Hujung minggu lalu, Chua mempertahankan kenyataan seorang pemimpin wanita MCA bahawa Nik Aziz telah menggalakkan rogol terhadap wanita bukan Islam.

"Kerana baginya, mata bersambung dengan kemaluan, jadi apabila anda terpandang, anda akan ghairah.

"Ini bukan saya yang kata, ini Nik Aziz yang kata. Saya boleh tunjukkan video tersebut jika kamu berminat [ceramah Nik Aziz]," kata Chua.

“Saya boleh mendapatkan pita tersebut serta-merta jika anda berminat untuk menontonnya,” kata Chua, tidak merujuk kepada video seksnya tetapi ucapan Nik Aziz.

Semalam Harakahdaily melaporkan bahawa sumber dalaman Umno berkata Umno kini resah bahawa undi Melayu akan beralih kepada PAS selepas parti syaitan yang dikenali membiarkan orang seperti Chua menyerang ulama seperti Nik Aziz dengan biadap sekali.

“Kalau orang lain, mungkin tak seteruk ini. Tapi Chua, habislah Umno kali ini,” kata sumber dalaman Umno kepada Harakahdaily. -HD

Penulis blog seks berkata beliau peminat Soi Lek, secara seksual.

KUALA LUMPUR, 22 Okt — Penulis blog seks kontroversi Alvin Tan telah menggelar dirinya sebagai peminat kepada Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang terlibat dalam skandal seks dengan teman wanitanya.

“Saya memandang tinggi kepada Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, secara seksual. Kelakar bila semua perkara ini timbul,” kata Tan dalam laman Facebooknya.

Sungguhpun kenyataan Tan mengatakan dia adalah peminat Dr Chua hanyalah satu gurauan, ia juga menjadi berita yang tidak diingini kepada presiden MCA tersebut tatkala beliau akan menghadapi pilihan raya dan dalam masa sama kurang popular di kalangan masyarakat Cina.

Pada tahun 2007, rakaman rahsia Dr Chua sedang mengadakan hubungan seks dengan kekasihnya di sebuah hotel di Johor telah tersebar di khalayak ramai.

Beliau kemudian dipaksa meletak jawatan selaku menteri kesihatan pada tahun 2008 dan tidak dipilih oleh Barisan Nasional (BN) sebagai calon dalam pilihan raya tersebut. Tetapi beliau telah kembali dan menjadi presiden MCA pada tahun 2010 selepas konflik dalaman dalam parti yang berlarutan.

Walaupun memenangi jawatan presiden, Dr Chua masih tidak mendapat jawatan kabinet, kerana persepsi negatif terhadap isu seksnya.

Tan mencipta kontroversi selepas dia dan kekasihnya meletakkan gambar dan video mereka melakukan hubungan seks di dalam blog.

Tan merupakan pelajar undang-undang Universiti Kebangsaan Singapura (NUS) dan memegang biasiswa.

Selepas berita blognya tersebar, dia dan kekasihnya Vivian Lee, juga dari Malaysia, disiasat oleh pihak universiti atas dakwaan merosakkan nama universiti.

Tan akan menghadapi inkuiri disiplin pada 31 Oktober ini.

Minggu lalu, dia menyebarkan blognya di sebuah forum di Singapura, yang bertajuk “Sumptuous Erotica”, yang menurutnya mahu semua orang untuk terhibur.

Blog itu bagaimanapun telah ditutup.

Tan berpindah ke Singapura di bawah biasiswa Asean 2004 selepas belajar di Xinmin Secondary Schools dan Raffles Junior College sebelum menyertai NUS.

Dalam status Facebook yang berlainan, Tan juga mengkritik media yang mahu menjual ceritanya untuk mendapat keuntungan.

“Memalukan saya sahaja sebagai seorang ahli perniagaan.

Mereka sedang membuat keuntungan atas Vivian dan saya,” katanya lagi
-TMI.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Chua Soi Lek ini telah menghodohkan Bangsa Cina keseluruhanya kerana kegagalan mengawal nafsunya sendiri, belau cuba mengawal Orang Cina untuk mengundi Part MCA pimpinannya. Amatlah lemah akal orang cina jika terus pengundi pelakon seks bogel untuk mengetuai bangsa cina.

Kita tunggu dan lihat, sesungguhnya Chua Soi Lek telah menghina diri dan keluarganya setiap kali apabila beliau menghina orang lain.

Dr Choontoi aka Dr Chua....

Tanpa Nama berkata...

Memang sesuai benar lah untuk dilantik menjadi no 2 MCA.. hahahaha

Tanpa Nama berkata...

ucapan untuk padam cahaya Islam tidak akan kemana

Tanpa Nama berkata...

MCA dipimpin orang gila seks dan disokong oleh Breheng Ali. Di mana maruah Breheng sebagai orang Islam sejati atau dia penganut Islam UMNO?
Saya rasa orang Cina pun tidak suka dengan Chua Soi Lek. Tak lama dulu seorang pemimpin wanita MCA telah letak jawatan sebagai Timbalan Menteri dalam suasana isu ideo seks Chua Soi Lek diperkatakan. Kedua-dua pemimpin ini tidak boleh dilantik sebagai pemimpin/wakil rakyat kerana merosakkan masyarakat dan memalukan negara di mata dunia.