9 Okt 2012

Bertudung - Sofia Tak Mahu Toleh Belakang Lagi

Pelakon wanita yang berhijrah memakai hijab, Sharifah Sofia atau mesra dipanggil Sofia enggan menoleh ke belakang lagi mengenang kisah hidupnya sebelum berhijrah.

Dua bulan lalu, industri hiburan kecoh dengan cerita Sofia yang pergi ke kelab hiburan dengan memakai hijab hinggakan dirinya diarahkan keluar dari premis tersebut.

Ramai yang menghukum dirinya masih lagi jahil kerana tidak dapat membezakan perkara yang baik dengan yang buruk.

Namun, Sofia tidak mahu cerita itu disensasikan lagi dan dia mahu terus maju ke depan untuk memperbaiki dirinya yang masih lagi kurang ilmu agama.

“Kalau boleh saya tidak mahu pandang ke belakang semula. Mengenai kisah saya ke kelab malam itu rasanya tidak perlu untuk digembar-gemburkan lagi. Apa yang dah berlaku, biarkan ia berlaku. Lagipun perkara ini dah berlaku dua bulan lepas. Dah basi dah pun. Biarlah ada orang nak nilai apa mengenai saya mengenai hal tersebut.

“Buat masa sekarang, saya perlu tumpukan perhatian kepada masa depan dan juga keluarga. Tak perlu nak sakit kepala untuk fikir perkara yang dah berlaku,” kata Sofia hari ini.

Justeru, Sofia lebih mementingkan perkara-perkara yang positif untuk dilakukan dalam hidupnya.

Malah, dia tetap teguh dengan niatnya sejak berhijab untuk mendalami ilmu agama dari orang-orang yang dapat membimbingnya ke arah yang benar.

Dengan cara itulah Sofia mahukan kehidupannya tenang dan jiwa sentiasa tenteram.

“Apa yang penting, saya perlu sentiasa mencari dan juga bertanya mengenai perkara yang tidak ketahui dalam agama. Saya juga tak nak belajar sendiri, takut tersalah faham nanti, susah pula. Jika ada kerunsingan, saya akan bertanyakan soalan kepada mereka yang lebih arif mengenai soalan saya.

Ini tekad saya dalam menghadapi kehidupan ini dan tidak mahu memikirkan sangat mengenai perkara negatif, risau perkara yang tidak diingini itu akan berlaku. Saya mahukan perkara yang positif supaya jiwa lebih tenang,” katanya – MyNewsHub

2 ulasan:

Led berkata...

Saya selalu terfikir kalau Pas memerintah Malaysia nani, apa kita nak buat dengan golongan artis.. Penghijrahan demi penghijrahan ini seolah-olah satu tanda Allah akan tolong kita

Awanama berkata...

Apa risau Led, artis itu selebriti yang ada pengikut, kalau betul pembawaannya dan dibimbing dengan betul, ia akan meluaskan lagi medan dakwah. Dakwah tidak harus dengan kuliah2 di masjid dan surau sahaja...