7 Sep 2012

UMNO BN Akan Berkubur Untuk Selama-lamanya Apabila Pakatan Berkuasa..

Jika PR berkuasa, rakyat tak berpeluang pilih BN kembali, kata Dr M

KUALA LUMPUR, 6 Sept — Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini memberi amaran kepada rakyat di negara ini agar tidak memilih Pakatan Rakyat (PR) dalam pilihan raya akan datang kerana mereka tidak akan berupaya untuk berubah kepada Barisan Nasional (BN) semula apabila PR telah memerintah.

Jelas mantan perdana menteri itu lagi, pilihan untuk "merubah pemimpin" itu juga bukanlah satu tindakan yang baik, sebaliknya mengingatkan berkemungkinan ia langkah yang amat teruk.

"Ada yang kata kita tukarlah (pemimpin) ... cuba yang lain ... kita cuba lima tahun, kalau tidak baik, kita tukar.

"Sekali mereka berkuasa, mereka akan buat untuk rakyat tidak boleh bertukar lagi kepada BN," kata Dr Mahathir (gamber) ketika program sepetang bersama beliau di Pusat Komuniti Bukit Bandaraya anjuran Kelab Pesara Kerajaan Lembah Pantai di sini.

Jelas beliau yang telah berkhidmat selama 22 tahun sebagai perdana menteri, usaha mengubah pemimpin negara itu juga berkemungkinan akan menghancurkan negara ini jika kita hanya memilih mereka yang hanya "ingin menjadi perdana menteri."

"Jika kita menghargai keamanan dan kemakmuran yang kita ada, kita pasti akan dapat lebih lagi daripada pembangunan," kata Dr Mahathir lagi.

"Jadi mereka beritahu semua orang ... ini adalah masanya untuk berubah," katanya.

"Jika kita menghargai keamanan dan kemakmuran yang kita ada, kita pasti akan dapat lebih lagi daripada pembangunan," kata Dr Mahathir lagi.

Kenyataan itu dilihat merujuk kepada bekas timbalannya, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tambah pemimpin itu lagi, kejayaan Malaysia hari ini adalah disebabkan usaha BN memajukan negara ini.

"Kejayaan, keamanan dan kemakmuran negara ini adalah satu "keajaiban" kerana negara ini maju dari segi ekonomi dan juga politiknya berbanding negara-negara lain yang beroleh kemerdekaan seperti kita," katanya. -TMI

Ulasan GB

Jika PR berkuasa, rakyat tak berpeluang pilih BN kembali, kata Dr M. Maksudnya ialah UMNO BN akan berkubur apabila rakyat sudah celik mata dan memilih Pakatan Rakyat membentuk kerajaan di Putrajaya.

Dalam erti kata lain juga, Mahathir cuba mengugut agar rakyat memilih BN lagi untuk PRU akan datang ini.

Mahathir tahu bahawa kerosakan yang telah dilakukan pemerintah UMNO BN terhadap rakyat dan negara ini terlalu teruk, dan dengan sebab itu rakyat tidak akan lagi memberi peluang kepada UMNO BN memerintah jika PR berkuasa kerana nanti rakyat dapat membezakan "keadilan" kerajaan PR sepertimana yang telah ditunjukkan di negeri-negeri ia sedang berkuasa seperti Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.

Mahathir resah gelisah segela kebobrokan pemerintahan UMNO BN akan terbongkar apabila PR berkuasa, terutama kekejaman dan kezaliman yang bermula di era pemerintahannya sendiri. Menganaktirikan pembangunan bagi negeri-negeri yang diperintah oleh PAS dengan merembat royalti kerajaan-kerajaan negeri tersebut melalui penghapusan Perjanjian royalti dengan menggantikan wang ehsan.

Pembelakangan konsep "federalisma" yang dilakukan bermula di era pemerintahannya sudah pasti akan ditamatkan dan ini cukup meresahkan Mahathir dimana beliau boleh didakwa di mahkamah dan dihukum lantarannya.

Dan banyak lagi penyelewengan serta salahguna kuasa oleh pemerintahan UMNO BN akan terbongkar sebaik saja ia turun dari takhta yang menyebabkan tak mungkin lagi UMNO BN dapat bernafas di dalam gelombang "kebenaran dan keadilan" yang dibawa oleh kerajaan Pakatan Rakyat.

Dan Allah pun telah berfirman:

“Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti akan lenyap” ( Al-Israa’:81)


21 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Memanglah dah tak akan pilih BN lagi jika PR akan terbukti memerintah dgn telus adil dan hormat rakyat...

Tanpa Nama berkata...

mahathir, kau dah bertahun - tahun menentang agama Allah S.W.T. Sekarang kau rasailah balasan daripada Allah S.W.T hasil umur panjang mu itu untuk melihat dengan mata sendiri hasil kerosakkan yang telah kau buat.

Adios Amigos berkata...

.....ya betul, teringat Doa Allahyarham ustz Fadzil Nor supaya Mahathir dipanjangkan umur supaya dia tengok sendiri kehancuran UMNO yang sarat dengan kezaliman..... silap2 gaya dia masuk penjara macam husni mubarak akhirnya..... Mana tak resah gelisah dibuatnya, aku rasa tidur malam pun dia dah tak nyenyak. tak guna satu sen habuklah kekayaan berbilion yang dah dikumpulkan anak beranak.... ABU

Tanpa Nama berkata...

Kepala hotak dia. Bukan ke skrg ni jika tidak dibubarkan parlimen sehingga bulan april 2013 maka ianya terbubar sendiri? Dah sewel gamaknya sn terlalu takut

Buatbest berkata...

kalau PR memerintah..lari tak cukup tanah la pemimpin2 umno nie..segala penyelewangan akan di bongkar semula..tapi aku rasakan PR bukan sekejam umno..

Mahathir pun tau apa yg akan berlaku selepas ini..sebab tu dia ugut rakyat untuk terus memilih umno..

silap2 boleh la jadi mcm Taksin Shinawatra dulu..sampai ke London tak cukup tanah berlari..

p/s: bila la najib nk umum PRU nie..huhu

Andre Irwan berkata...

Kata Che Det, "Kejayaan, keamanan dan kemakmuran negara ini adalah satu "keajaiban" kerana negara ini maju dari segi ekonomi dan juga politiknya berbanding negara-negara lain yang beroleh kemerdekaan seperti kita."
Memang satu "keajaiban". "Keajaiban" ialah kita maju dari segi ekonomi dan politik (kata depa) tapi awat hutang negara dah nak mencecah 55%. Cuba banding dengan Singapura. Awat depa tak majukah? Adakah depa hutang sebanyak kita, Che Det ooiii? Kalau ekonomi maju, sudah tentu hutang dah makin lama makin lupus. Ini tidak, hutang makin hari makin bertambah. Hangpa tau dak, setiap bayi yang bakal dilahirkan sudah mewarisi hutang yang dibuat oleh puak BN ???? Macam tu juga PR, akan mewarisi satu kerajaan yang bakal kerjanya melupuskan hutang aja. Bagi Singapura pula, setiap bayi yang bakal dilahirkan sudah ada simpanan (rezab). Nah, siapa lebih baik dan siapa yang kuat mohong?
Memang BN tak akan dapat memerintah lagi sekiranya PR menang. Ini hanya untuk waktu terdekat aja. Mungkin BN dapat memenangi hati rakyat apabila gerombolan pemimpin korup BN yang sedia ada, semuanya diganti dengan pemimpin muda baru BN yang tidak korup, berintigriti, .... seperti puak PR yang sedia ada terutama dari PAS dan DAP.
Jadi nasihat pada Che Det, berdoalah kepada Allah swt agar kau sihat walafiat dalam menghadapi kemungkinan BN akan kalah. Bertaubatlah selagi usia masih diberi Allah swt.
Ingat Che Det: Yang takut hilang kuasa hanyalah BN sahaja sebab selama ni yang dok berkuasa ialah BN sahaja. Tak payah lagi berbohong walaupun memang ada mangkuk hayun yang percaya akannya (sebab depa tu bodoh dan bangang serta Allah swt dah tukar otak depa dari dalam kepala ke kepala lutut).
Aku sentiasa berdoa agar Che Det berpatah baliklah kepada Islam sebenarnya. Aku masih terkenang waktu Aku menerima hadiah pelajar terbaik SRP dari Che Det pada tahun 1977 di Wang Tepus. Waktu tu, Aku begitu kagum dengan hang tapi la ni, kagum tu tinggal kenangan. Apatah lagi, hang suruh kami pilih "syaitan" yang kami kenali dan bukan malaikat yang kami tak kenal. Sedih mendengar ucapan itu dari mulut hang, Che Det. Insaflah. Insaflah. Insaflah sebelum hang di"HARAMJADAH"kan oleh puak BN dan bukan PR.

Tanpa Nama berkata...

Apakah maananya keamanan jika rakyat sentiasa berada diambang perpecahan yang dimainkan oleh kepentingan kaum walhal kita sepatutnya telah bagitu matang dan bijak membela kepentingan semua kaum iaitu rakyat Malaysia,tetapi sebaliknya yang berlaku,tidak hairanlah jika UMNO masih berkuasa Tanah semenanjung akan tegadai ketangan rakyat asing atan nama pembangunan,contoh awal kita boleh lihat dengan tergadainnya tanah-tanah peneroka kedalam arena jualan saham, kita lihatlah nanti,telah berlaku Syarikat gergasi MAS, Proton ,Sime darby dan lain-lain lagi kita tunggu lah nanti akan berlaku jika kuasa pimpinan masih kekal.

Tanpa Nama berkata...

Memanglah rakyat tak akan berpeluang memilih semula BN pada PRU Ke-14 jika PR menang sebab BN dah tak ada lagi lepas PRU Ke-13!

Insya-Allah, jika BN kalah dia akan hilang dari persada politik negara berdasarkan sebab-sebab berikut:

1. Para pemimpin BN yang rasuah, salah guna kuasa dan pecah amanah akan dihadapkan ke mahkamah dan menjalani hukuman penjara.

2. Parti-parti komponen BN bertaraf parti nyamuk seperti MIC dan PPP akan pupus. Manakala parti komponan yang masih wujud akan meninggalkan BN sama ada untuk berjuang sendiri atau menyertai PR.

3. UMNO pula dalam keadaan lemah kerana tidak lagi mempunyai sumber kewangan akibat hilang kuasa. Tanpa duit, para penyokong UMNO sulit untuk bergerak kerana mereka telah biasa dilatih bergerak dengan duit.

Kesimpulannya, BN tak akan ada lagi selepas PRU Ke-13! Insya-Allah...

Tanpa Nama berkata...

Syaitan paatut dikuburkan selama-lamanya.

Din Mun berkata...

Dia tunggu bubar Parlimen je, bila bubar je terus cabut.

AnakSelangor berkata...

Macam Kelantan juga.. Rakyat dah akur Kerajaan PAS jauh lebih baik dari BN, pasal tu rakyat Kelantan tetap pilih PAS. BN telan air liur je la. Lepas ni giliran PR pulak perintah Malaysia. Kat mana Mahathir dan anak2nya, Najib serta Rosmah nak lari?.

Tanpa Nama berkata...


Wahai..

Orang UMNO/BN yang Muslim.

Mahadir dah kata parti dokongan anda itu ialah 'SYAITAN YANG diKENALI'. Jika Tuhan kamu ialah Allah swt, dan ber-Nabi-kan Nabi Muhammad SAW, maka bersamanyalah (iaitu Nabi Muhammad saw) menjauhkan diri daripada SYAITAN itu kerana Syaitan itu adalah bermusuh dengan Allah.

Allah dah dedahkan bahawa SYAITAN itu adalah musuh orang Mukmin dan orang Muslim yang amat nyata. Jika benar kamu beriman kepada Allah Taala dan pengikut Nabi Muhammad saw.

Ilmuan-ilmuan Muslim yang 'di-statusulamak-an' oleh UMNO/BN itu yang bernaung hidup dalam UMNO itu menjadi 'fitnah' kerpada orang muslim yang lain lantaran keilmuannya tetapi bersekongkol dalam sebuah parti yang diakui sendiri oleh Mahadir sebagai 'parti syaitan'.

Fungsikan otak dan akal yang Allah masih sihat itu. Kelak andai 'otak' anda dah turun ke lutut semacam mustahil untuk berubah.

Kepada yang dah sedar istiqamahlah dan pastikan Pakatan Rakyat mendapat kemenangan ke Puterajaya sebagai cara menyelamatkan mereka yang masih tertup benak dan fikiran itu.

Selamat berfikir dan selamat mengundi.

Tanpa Nama berkata...

Kekadang dah terlalu pandai jadi bahalol. Memanglah kalau pakatan menang rakyat tak ubah dan tak pilih lagi BN. Satu sebab utama kerana Pakatan lebih baik dari BN. Salah ke kalau DSAI bercita-cita nak jadi PM.

Tanpa Nama berkata...

mn blh biar camtu je...
amik semula apa yg diorg dah curi dan rompak harta negara, wang
pastu masukkan diorg dalam penjara...
baru berakal sket
berani buat berani tanggung...

Tanpa Nama berkata...

Keamanan dn keharmonian negara...pirahh madey mcm2 belaku kt malaysia..ngn rasuah ngn kes ragut bunuh mcm2lg ari2ada je..sbb tu kami nk tukar ke PR..mau ajar bn yg asik bodoh kn rakyat ke.kkayaan neagara korang sebat kami tukng bayar cukai..ingt tu ..jgn lari klu ansk jntan..

Tanpa Nama berkata...


Ya,
Betul kata Mahadir tuh.
UMNO/BN dah terlalu 'busuk' dan akan ditimbus sedalam-dalamnya ke dalam bumi agar tidak muncul lagi.

Tiada siapa nak angkat orang atau parti yang Mahadir jelaskan sebagai 'Syaitan' yang dikenali itu.

Ada sesiapa yang beragama dan waras akal nak berkawan atau memelihara syaitan..?

"Aku berlindung dengan Allah Taala daripada SYAITAN yang di REJAM".

Tanpa Nama berkata...

Macam perempuan kahwin Cina Buta dapat suami alim,baik, penyayang takkan nak balik kepada bekas suami pemabuk dan asyik kena sepak terajang

Ngah Phg asal Melaka berkata...

puas hati sgt2 bila umno mampus terus lps PRU 13 NI...kerana org ramai dah seksa hidup diperintah umno..sepatutnya kita hidup lebih elok/baik jikanya hartabenda di Malaysia ini diuruskan oelh org2 yg baik dan amanah..tp umno ni merampaskan kekayaan Malaysia utk dia dan kroni kwn2 penyamun dia tu selama ini..undi aku haram utk umno

Tanpa Nama berkata...

Melayu mudah lupa betul kata Mahathir, bila BN jatuh melayu akan lupakan UMNO umtuk dulu,kini dan selamanya

Tanpa Nama berkata...


Ini salah siapa? Siapa yang tak pernah belajar dan tak mahu belajar?

Tanpa Nama berkata...

Selagi 8 tuntutan BERSIH tidak ditunaikan, rasanya sukar utk PR mengambil alih Putrajaya...

Akhirnya yg korup, jahat, busuk akan terus kekal di situ...

PR mungkin akan hanya menang sorak kampung tergadai....

Fikir-fikirkanlah bersama...