8 Sep 2012

Nurul Syuhada Letak Jawatan Pengacara Sepenuh Masa, Masih Kekal Separuh Masa

SShah Alam - Pengacara terkenal TV3, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin, 28, yang menjadi bahan kontroversi berkaitan dengan kenyataan mengenai Bintulu minggu lalu, semalam menjelaskan dia masih berkhidmat sebagai pengacara sambilan stesen televisyen itu.

Dia meletakkan jawatan sepenuh masa TV3 semalam.

Nurul Syuhada berkata dia membuat keputusan untuk bersama TV3 hanya sebagai kakitangan separuh masa untuk mengacarakan rancangan Malaysia Hari Ini (MHI).

Peletakan jawatannya itu dikatakan berkait rapat dengan kontroversi yang melanda dirinya ketika mengendalikan siaran langsung sambutan Hari Kemerdekaan pada pagi 31 Ogos lalu.

Mengikut laporan media hari ini, Nurul Syuhada berkata, keputusan itu sudah dibuat sebulan lalu dan menegaskan ia tidak kaitan dengan isu Bintulu.

"Saya pasti ramai yang akan memberi persepsi peletakan jawatan saya ini berkaitan dengan kontroversi baru-baru ini, tetapi saya ingin tegaskan ia memang tidak berkaitan langsung dengan apa yang telah berlaku.

"Lagipun saya sudah menghantar surat peletakan jawatan kepada pihak pengurusan sebulan yang lalu dan hari ini merupakan hari terakhir saya sebagai kakitangan sepenuh masa dengan TV3," katanya.

Menerusi laman Twitter hari ini, juara program realiti TV, Malaysian Top Host 2005 itu menerima pertanyaan daripada peminatnya yang keliru dengan isu peletakan jawatannya.

Nurul Syuhada bersama rakan pengacara Fedtri Yahya dan Ally Iskandar. - Foto ihsan Twitter Nurul Syuhada

Sehubungan itu katanya, "still with MHI, keep supporting (masih bersama MHI, teruskan sokongan)."

Jawapan Nurul Syuhada itu jelas mendapat reaksi gembira peminatnya.

Antaranya, Kim Hanna menulis, "salam kak Nurul Syuhada, tak sangka kak Nurul Syuhada sudah resign (letak jawatan)... tak best la, tak ada akak kat MHI nanti."

Seorang lagi peminatnya, Cik Honney pula menulis, "akak... betul ke akak nak berhenti... ala tak dapat tengok akak kat MHI lagi lepas ini."

Kemudian Ciput Ex5 menulis, "Nurul Syuhada tak mengacara MHI lagi ke? sedih."

Membalas jawapan Nurul Syuhada, Cik Honney menulis, "really? yeahhhh happy sangat... all the best kak."

Menurut anak kelahiran Seremban, Negeri Sembilan itu, selain mahu memberi lebih tumpuan kepada keluarga, dia juga bercadang untuk menyambung pengajian peringkat sarjana sama ada dalam bidang psikologi atau tamadun Islam.

Nurul Syuhada mengakhiri zaman bujangnya apabila mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya Julai tahun lalu dan berhasrat untuk menimang cahaya mata selepas enam tahun bergiat aktif dalam bidang kewartawanan dan pengacaraan.

Sebelum ini, Nurul Syuhada dan stesen TV3 meminta maaf berhubung kenyataan yang dibuat pengacara itu sewaktu siaran secara langsung di mana dia merujuk Bintulu sebagai kawasan daif.

Kenyataan dikeluarkan pada 1 September lalu di laman sosial Facebook yang didaftarkan atas nama Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin .

Permintaan maaf itu berbunyi, “to my fellow Malaysians brethren of Bintulu origin, to clarify, yesterday's (31 Ogos) statement of "daif" needs to be understood in the context that it was said i.e benefiting from the transformation programme. As an anak Jati Malaysia, I would never critisize my native soil or any of her great territories. To those who were offended, I apologise, to those who are attempting to sow hatred and fitnah, ALLAH almighty will be the judge of you.”

Sementara itu, Unit Perhubungan Awam TV3 dalam kenyataannya menyatakan, isu itu timbul ekoran salah tafsir sesetengah pihak mengenai ulasan pengacara MHI itu.

“Bagi pihak TV3, kami ingin menerangkan bahawa terdapat salah tafsiran terhadap penyampaian oleh pengacara kami, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin ketika merujuk kepada pemilihan Bintulu sebagai lokasi sambutan Hari Malaysia tahun ini semasa siaran lintas langsung Perarakan Hari Kemerdekaan ke-55 pada Jumaat lepas.

“Kami meminta maaf jika salah tafsir ini menyinggung mana-mana pihak. Nurul Syuhada dan TV3 tidak mempunyai sebarang niat untuk memburukkan bandar tersebut,” jelasnya.

Ekoran kesilapan itu, laman Twitter milik Nurul Syuhada dibanjiri kenyataan daripada peminat-peminatnya yang rata-rata kecewa serta marah terhadap apa yang berlaku.

Peminat, Atifa Arissa menulis, “kak..kenapa cakap Bintulu daif?”

Azimah Zainal pula menulis, “kecewa dengan kenyataan pengacara TV3, Nurul Syuhada yang mengatakan Bintulu itu daerah daif. Apa yang awak maksudkan saudari?”

Nurul Syuhada membalas dengan menulis, “ Ya Allah dik, akak tersasul tadi. Things happen. Maafkan kekhilafan saya hanya manusia biasa.”

Pengacara itu mengaku kesilapannya yang tidak disengajakan itu, “ terima kasih atas teguran. Saya mengaku kesilapan saya yang tidak disengajakan. Things happen during live show.” -SH

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Terima la kesilapan dia pasal Bintulu tu dgn dada terbuka. Dia dah mohon maaf. Manusia kan tak lari dari buat kesilapan.

Apa yang penting dia dah berhijrah menutup aurat penting (kepala & dada) macam pengacara2 lain spr Ezzah Fauzy, Raja Mazian, Azura, Rozie (x pengacara Maj 3 sblum Nurul) . Semua mereka tu sejak tutup aurat muncul sesekali ada yg akhirnya terus bersara.

Syabas Nurul, seri wajahmu ketika menutup aurat banding sebelum, memang berbeza. Caye le.

mak uda

Tanpa Nama berkata...


Syukur dan tahniah,

'Tudung'-lah akal, nafsu dan hati daripada unsur-unsur mungkar, selain menutup fizikal yang dilarang oleh Allah daripada mendedahkannya.

Tanda isteri kasih suami antaranya menjaga diri kita supaya tidak menjadi sebab si suami dilemparkan ke dalam neraka.

Tanpa Nama berkata...

ni rasanya bukan sekali..
mulut dia memang ada sikit lebeh..

ada sekali tu..pagi jumaat
dia ada kata..kepada semua.. dah mandi wajib belum..pagi jumaat..

lepas tu ada yang cover line..
muka je ok..ckp lepas...