12 Sep 2012

Jawatan Menteri Kewangan Perlu Dipisahkan Dari Jawatan PM

Pakatan akan pisahkan kuasa PM-Menteri Kewangan

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat akan memastikan jawatan Menteri Kewangan dan Perdana Menteri tidak dipegang oleh individu sama jika diberi mandat memerintah negara kelak.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, pengasingan kuasa itu bagi memastikan kedua-dua pihak masing-masing boleh memberi tumpuan sepenuhnya kepada tugas khususnya dalam menangani krisis ekonomi global yang sedang berlaku.

"Keadaan ini akan menyebabkan berlakunya masalah tumpuan kepada kerja dan tanggungjawab, yang mana Menteri Kewangan terpaksa menumpukan tugas untuk menyelamatkan parti dari urusan kewangan negara.

"Tindakan pengasingan kuasa ini akan kita laksanakan apabila Pakatan mengambil alih tampuk pemerintahan di Putrajaya nanti, ini bukan cadangan tapi akan dilaksanakan," jelasnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat di Pejabat Agung PAS hari ini.

Amalan Perdana Menteri memegang portfolia kewangan serentak katanya telah bermula sejak zaman mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 2008 yang ketika itu memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan.

Menurutnya lagi, Barisan Nasional dialu-alukan jika ingin melaksanakan cadangan pengasingan kuasa itu.

"Pakatan menyeru agar Perdana Menteri melepaskan portfolio kewangan kerana ia merupakan sebahagian yang penting dalam sistem 'Westminster' untuk mempunyai seorang CEO dan jawatan CFO yang dipegang oleh orang lain bagi bertindak sebagai 'check and balance'," katanya lagi.

Mustafa turut menyatakan pengasingan jawatan akan dapat memastikan akauntabiliti dalam pengendalian dana negara.

Dalam pada itu beliau turut berpendapat kejatuhan saham Felda Global Vanture Holding (FGVH) hari ini pada aras RM4.58 merupakan petanda yang tidak baik dan bakal memberi kesan kepada seluruh peneroka di negara ini.

Turut hadir dalam mesyuarat tersebut adalah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad, Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Mohd Hatta Ramli, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution dan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong. -HD



Ulasan GB

Petikan ulasan GB sebelum ini pada 16 Sept 2011

Semenjak Tun Dr. Mahathir memegang Kementerian Kewangan selain menjadi Perdana Menteri, trend itu nampaknya berterusan dengan diikuti oleh PM selepasnya, Abdullah Ahmad Badawi dan Mohd Najib Razak.

Masing-masing PM tersebut dilihat hendak menjaga dan memanipulasi pelbagai kepentingan dengan menyandang jawatan Menteri Kewangan.

Malah seingat GB, sebelum Pak Lah berundur sebagai PM beliau telah terlebih dahulu menerima tekanan daripada kumpulan Najib supaya menyerahkan jawatan Menteri Kewangan kepada Najib yang pada ketika itu adalah Timbalan Perdana Menteri.

Mahathirlah yang telah meletakkan "precedent" tersebut.

Sudah sampai masanya ia diubah semula dengan Najib menyerahkan portfolio kewangan kepada orang lain sebelum nanti dibongkar segala kepentingan yang beliau ada di kementerian berkenaan.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

camne pule menteri wanita..agk2 lepas ni ade PM nak pegang x?kahkahkah..

Tanpa Nama berkata...

terberak cair la madey..beliau yg mulakan PM pegang menteri kewangan

Tanpa Nama berkata...

menteri wanita tu sbbnye ade 1st lady rosemak. mane ade isteri pm terdahulu yg gile publisiti cam rosemak ni. nak interframe je kejenye

Tanpa Nama berkata...

Biar dorg cbuk pssl pngkt ke..kite kena ingt jgn nti dpt kuasa cm dorg..tgk madey ckup la afakh kite nk jd cm dia..xde ms utk wat amal..duit byk tp ati runsing..ciannn..

Tanpa Nama berkata...

Menteri kewangan tidak patut dipegang bukan saja PM sendiri bahkan ahli yang ada kaitan dengan parti politik tak kira UMNO mahupun PR. Ia mesti dipegang oleh orang yang bebas dari pengaruh politik sama seperti Jabatan Perkhidmatan Awam (JBA) barulah sistem kewangan kita dapat bergerak dengan telus. Jadi orang patut pegang jawatan ini adalah rakyat biasa yang berilmu dan bahagian kementerian kewangan harus dikendalikan oleh rakyat biasa saja tiada kaitan dengan politik.