14 Sep 2012

Jawapan Hishamuddin Seperti Galakkan Jenayah & Samseng Berterusan

Tiada jaminan keselamatan pada program pembangkang

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, kerajaan tidak perlu menjamin keselamatan untuk program jelajah pembangkang yang terus dicemari perbuatan khianat.

"Tak payah jaminan, yang akan tentukan (penerimaan terhadap PKR) orang Johor itu sendiri," katanya kepada Malaysiakini ketika ditanya sama ada kerajaan boleh menjaminan insiden kekasaran terhadap pembangkang tidak berulang.

"Saya tengok PKR pun tahu dan boleh menilai sendiri apa yang berlaku di sana. Ini politik. Politik adalah berkaitan dengan risiko, risiko yang dicongak.

"Kalau risiko yang dicongak juga tidak jalan, maknanya tiada tempatlah dia. Orang Johor yang akan menentukan."

Bas kempen Jelajah Merdeka Rakyat PKR disimbah cat merah - buat kali ketiga - sewaktu Ibrahim mengadakan siri jelajah ke Johor tengah hari ini.

Sebelum ini, bas tersebut diserang buat kali pertama di hadapan Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu awal bulan ini dan kemudiannya di Jasin pada minggu lalu

Beliau bagaimanapun enggan mengulas langsung berhubung kejadian di Tangkak itu.

"Itu kena tanya orang Johor sendiri," kata anggota Parlimen Sembrong itu. -mk




Ulasan GB

Sebagai seorang menteri yang menjaga hal ehwal keselamatan di dalam negara, menjadi kewajipannya untuk menjamin keselamatan rakyat tidak kira penyokong atau pembangkang.

Apabila beliau dengan secara terbuka menyatakan "tiada jaminan keselamatan pada program pembangkang" bererti beliau sudah tidak lagi layak untuk menjadi menteri kabinet Malaysia.

Malah kenyataan beliau itu seolah-olah memberikan endorsement terhadap perbuatan liar ahli-ahli UMNO dan sekutunya yang melakukan perbuatan-perbuatan khianat dan jenayah selama ini.

Dengan bersikap sedemikian, hukum kebenaran dan keadilan pasti akan menghukum Hishamuddin satu hari nanti.


11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kenyataan yang mengiyakan sebab jenayah makin dilindungi.

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih Hisyam Auw...Auwuw...Auwwwww dgn penyataan BENGONG kau tu.

Kalau begitulah kata2 seorang Menteri, aku harap beliau jangan terkejut jika DSAI akan mengambil lebih banyak lagi Bodyguard utk mengawal beliau dan jang terkejut jika Bodyguard DSAI akan mengambil langkah2 yang drastik pada samseng2 yang mengancam keselamatn DSAI nanti. Jangan lah pulak, bila Bodyguard DSAI mengambil langkah drastik kelak, beliau bising pulak. Anyway, beliau mesti bertanggungjawap jika berlaku sesuatu yang tidak sepatutnya dan tindakkan yang akan diambil oleh BOdyguard DSAI nanti.

Pernyataan Menteri Dalam Negeri yang paling BANGANG.

Tanpa Nama berkata...

kalau kreta atau umh dia kena simbah camner...cuba try tgk...

Tanpa Nama berkata...

Bila syaitan yang dikenali telah sebati didalam diri, antara benar dan salah sudah tidak dihiraukan lagi. Tunggulah PRU 13 , manusia sebigi akan gigit jari kerana banyak perkara akan diadili. Ingat muda , sihat sampai ke tua ke, tak sadar rumah dah kata pergi , kubur dah kata mari. Keadilan di akhirat , sama2lah akan kita semua hadapi.

Tanpa Nama berkata...

Kenyataan macam ni,boleh membenarkan negeri-negeri PR menubuhkan pasukan polis dan keselamatan sendiri sebagai mana di Amerika Syarikat - State Troopers.Hishammudin ni agaknya lupa gaji anggota PDRM dibayar oleh rakyat,tanpa mengira bangsa,agama mahu pun pegangan politik.Gaji PDRM bukan dibayar oleh UMNO.

Amuraria berkata...

KINI MASA UNTUK SERANG BALIK ! JIKA BARUA MENTERI UMNO-APCO PUN CAKAP MACAM HARAM JADAH SEPERTI MENGIYAKAN KEGANASAN MAKA PR PERLU TERIMA DAN BALAS KEGANASAN DENGAN KEGANASAN ! KITA TENGOK PULA APA POLIS NAK BUAT ?APAKAH ADA DOUBLE STANDARD ATAU DUA UNDANG-UNDANG ? SAMSENG UMNO-APCO BUAT APA SAJA OK TAPI PR TAK BOLEH ! INI SUDAH DAJJAL PUNYA KERJA ! ABU !

Tanpa Nama berkata...

Negara kita selamat, % jenayah semakin menurun.

1 Malaysia berkata...

Kasihan melihat Malaysia KU ku ku ku ... mempunyai seekor lagi menteri yang bangang. Kerja POLIS DI RAJA MALAYSIA (bukan POLIS DI RAJA UMNO) ialah menjaga keselamatan rakyat Malaysia.
Kita hairan bagaimana anggota POLIS yang ada bersama dengan penjenayah Perkosa @ UMNO tidak mengambil tindakan terhadap puak ni tapi dengan dengan begitu cepat menahan pegawai peribadi DSAI?????????
Adakah orang Johor sebodoh macam menteri ini? Opps ... Memang orang Johor bodoh dan ganas sebab kan menteri ni orang JOHOR. Inilah budaya SAMSENG yang dipelopori oleh UMNO. Sepatutnya kalau kau tak suka orang lain, tak perlulah hang layan orang tu. Ini tidak, pi dok kacau majlis orang. Tak suka dengar, boleh belah le. Ini tidak, bertindak ganas pulak. Kalau PR bertindak balas, puak PR yang ditangkap polis untuk siasatan tapi puak UMNO@Perkosa, hilang tanpa dikesan.
Tengok saja pada kes "kencing" ala syaitan, Timbalan PDRM kata tak ada bukti sedang gambar terpampang dengan jelas. Awat waktu budak tu dok pijak dan tunjuk pengok kat gambar Najib, hangpa ada bukti pulak? HARAMJADAH punya POLIS. AKU dah biasa dengan sifat POLIS yang berlagak malaikat tapi sebenar bersifat SYAITAN sebab AKU pernah merasainya.
HARAMJADAH. HARAMJADAH. HARAMJADAH.

Tanpa Nama berkata...

Anak didik maha firaun..

Tanpa Nama berkata...

Beginikah sifat seorang menteri? di Amerika biarpun seseorang itu adalah pemimpin dari pihak pembangkangan, diorang tetap memberi perlindungan 100% tanpa mengira siapakah dia. Malang menteri KDN dah macam ketua mafia kerana membuat kenyataan seperti ketua mafia. Bolehkah kita berikan mandat lagi pada parti ini yang berperangai macam ketua Mafia? Fikir - fikirkanlah.

Tanpa Nama berkata...

hati-hati... ini semua cubaan nak mencetuskan huru-hara.. nanti buleh buat darurat, kemudian tubuh kembali mageran macam dulu... terus tak payah mengundi...

derang takut nak ngundi sekarang ni...