1 Ogo 2012

Syarikat Kroni Najib Menang Bidaan Projek LRT Ampang

George Kent menang bidaan projek LRT Ampang

KUALA LUMPUR, 31 Julai — Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) hari ini mengumumkan George Kent-Lion Pacific JV sebagai pemenang bidaan kontrak untuk projek tambahan LRT Ampang, petang tadi.

Projek yang bernilai RM7 billion itu merangkumi laluan baru dari laluan Kelana Jaya dan laluan Ampang yang akan bersambung di stesen baru di Putra Heights.

Projek tambahan LRT Ampang ini akan merangkumi sepanjang 17.7 kilometer dari Stesen Sri Petaling dan akan mempunyai 11 stesen baru dengan dua stesen tambahan untuk masa hadapan.

Sebelum ini, pengarah strategik PKR, Rafizi Ramli berulang kali mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak campurtangan dalam proses bidaan projek ini untuk memberi kepada George Kent yang didakwa mempunyai hubungan rapat dengan beliau.

Projek tambahan LRT Ampang ini juga tersenarai dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) untuk membangunkan perkhidmatan pengangkutan awam di tengah bandar raya Kuala Lumpur.

Projek ini dijangka akan menjadi pemangkin kepada kemajuan ekonomi di kawasan yang terlibat dalam laluan ini dandijangka akan siap pada 2014 dan menambah kapasiti penumpang LRT sebanyak 300,000 orang setiap hari.

Sebelum ini Rafizi pernah mendakwa, laporan dari Halcrow, sebuah perunding kejuruteraan terkemuka dunia membuktikan bahawa George Kent JV tidak mempunyai kemampuan dalam teknikal dan kewangan.

Jawatankuasa Peroleh Menteri Kewangan (JPMK) sebelum ini memilih syarikat Balfour-Beatty dalam bidaan sebelum ini, tetapi Najib telah memilih George Kent JV untuk projek tambahan LRT Ampang yang bernilai RM1 billion itu, kata Rafizi lagi.

“Dalam projek NKRA ini, kesan dari projek tambahan ini akan dapat menyenangkan orang ramai untuk bergerak di Lembah Kelang, bahkan meningkatkan produktiviti dan peluang pekerjaan,” kata Masnizam Hisham, ketua komunikasi Prasarana dalam sebuah kenyataan media yang dikirimkan kepada The Malaysian Insider petang ini. -TMI

Ulasan GB

Nampaknya, benarlah pendedahan pengarah strategik PKR, Rafizi Ramli sebelum ini dimana walaupun harga bidaan George Kent lebih mahal sebanyak RM167 juta iaitu RM1.18 bilion berbanding harga Balfour Beatty pada RM1.01 bilion tetapi telah dianugerahkan projek berkenaan hasil dari campurtangan Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri yang mempengerusikan jawatankuasa peringkat tinggi.

Rafizi sebelum ini berkata anugerah itu adalah pelik kerana George Kent dianggap sebagai "pembida lebih tinggi tidak berpengalaman" dalam tender tersebut.

Menurutnya, kepakaran yang George Kent ada ialah mengilang meter air dan syarikat itu sebelum ini ditolak kerana ia tidak memenuhi keperluan minimum teknikal bagi kerja tersebut.

George Kent diterajui rakan golf Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak iaitu Tan Sri Tan Kay Hock.

Menurut Rafizi di dalam satu ceramahnya, George Kent hanya berminat mendapat keuntungan ‘atas angin’ dalam projek berkenaan, sedangkan projek itu akan dijalankan oleh syarikat Perancis yang terbabit dalam urusniaga Scorpene.

“Syarikat Perancis itu juga ada kepentingan tinggi dalam George Kent dan membekal lokomotif gerabak untuk projek MRT.

“Dari segi teknikal, projek MRT dilihat diserah kepada George Kent dan Tan Kay Hock, tetapi sebenarnya dijalankan syarikat Perancis itu,” tambahnya.

Sekalipun telah mendapat liputan meluas dimana Najib sendiri, yang sebelum ini diminta menjelaskan dakwaan tersebut, menyangkalnya dengan berkata semuanya mengikut aturan.

Timbul persoalan kini, mengapakan penganugerahan itu kelihatan tergesa-gesa sedangkan ia sudah mula dipertikaikan?

Bila menyebut Perancis ada kaitankah dengan perbicaraan Altantuya yang sedang berlansung di Mahkamah Perancis apatah lagi telah didedahkan syarikat Perancis yang terbabit dalam urusniaga Scorpene ada kepentingan tinggi dalam George Kent?


kedua Najib berkata semua ikut aturan. Memanglah Najib akan berkata sedemikian, malah projek lembu NFC pun dulu beliau berkata demikian.

Kita inigin menyatakan kepada Najib, kejatuhan beliau dan UMNO BN nanti, semuanya ikut aturan. Usah bimbang!

Laporan sebelum ini
klik untuk baca




7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Janji ditepati

Tanpa Nama berkata...

ya betul mengikut aturan sunnatullah,

anda tuai apa yg anda tanam.

anda tanam sifat kebencian rakyat kepada anda, so aturannya anda dibenci rakyat marhaen.
luahan kebencian akan disalurkan mengikut aturan pru-13 nanti, anda tungguuu...

janji dichapati !

Tanpa Nama berkata...

U HELP ME.....I HELP U.....JANJI MASYUKKKKKKKK...

Tanpa Nama berkata...

janji ditepati utk kroni, umno dan kroni mana lah dapat dipisahkan.celaka..

hairan berkata...

KETUANAN MELAYU UMNO!

yg kaya raya cina dan kroni2 dia gak. Kalo manusia2 kat malaysia nih masih tak boleh nak fikir, memang patut kena pergi jadi rakyat afrika!

hehehe

Tanpa Nama berkata...

Kes beginilah yang rakyat nampak patut dibawa ke mahkamah.

Tanpa Nama berkata...

dah lama tahu penipuan BN, penyamun didahulukan