18 Ogo 2012

Nyanyuk Mahathir Semakin Menjadi-jadi

Hudud boleh dilaksana jika Pas sertai Umno

JERLUN - Umno boleh memperkenalkan hukum hudud jika Pas bergandingan dengan parti teras Barisan Nasional (BN) itu, dengan membangunkan sebuah negara Islam.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Umno amat mengalukan-alukan penyertaan Pas dalam parti itu jika ia berpisah dari Pakatan Rakyat (PR).

Beliau berkata, pelaksanaan hudud hanya dapat dilakukan jika Pas menyertai Umno untuk bersama-sama membina negara dan menggubal perundangan Islam.

“Sebelum itu, kita harus pastikan hudud yang akan dilaksanakan adalah bukan hudud Pas, sebaliknya hukum hudud yang ditetapkan oleh agama Islam.

“Pas harus keluar dari PR secepat mungkin kerana mereka saling berpelukan dengan orang kafir yang secara nyata menolak hudud,” katanya kepada Sinar Harian selepas majlis sumbangan dan berbuka puasa peringkat Dewan Undangan Negeri (Dun) Ayer Hitam, di Masjid Pekan Jerlun, di sini, semalam.

Sehubungan itu, Dr Mahathir berkata, sudah tiba masanya Pas meninggalkan PR dan menetapkan pendirian sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam.

“Apabila Pas meninggalkan PR yang disertai parti bukan Islam, baru mereka boleh meneruskan perjuangannya yang didokong selama ini.

“Selagi Pas bersama parti yang tidak mengakui Islam adalah agama unggul, hukum hudud tidak dapat di laksanakan,” katanya.

Menurutnya, dunia mengiktiraf Malaysia adalah sebuah negara Islam tetapi ia tidak dapat melaksanakan hudud kerana Malaysia mempunyai kehidupan masyarakat yang berbilang kaum dan agama.

“Umno akan mewujudkan sebuah negara Islam yang lengkap jika Pas berbesar hati untuk menyertai Umno.

“Negara Islam lain juga menaruh harapan kepada Malaysia, namun masih ada orang yang cuba memecahbelahkan orang Islam. Oleh kerana itu hajat kita tidak tercapai.

“Untuk membina sebuah negara Islam, orang Melayu harus bersatu dalam satu pakatan dan membangunkannya secara lengkap.

“Kita tidak usah mempedulikan orang yang memperjuangkan hanya untuk menjadi Perdana Menteri, sebaliknya semua orang Melayu dan Islam mesti bersatu untuk membina sebuah negara Islam dan melaksanakan hudud,” katanya. -SH

Ulasan GB

Nyanyuk Mahathir semakin menjadi-jadi mutakhir ini.

Belaiu mengajak PAS menyertai UMNO untuk laksanakan hudud sedangkan:

1) Mahathirlah orang yang pernah menuduh PAS lebih bahaya dari kominis
2) Mahathirlah orangnya yang telah menghantar surat kepada TG Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengamcam untuk mengambil tindakan jika TG MB Kelantan itu ingin terus melaksanakn hudud
3) Mahathirlah orangnya yang mempersendakan hudud selama ini dengan pelbagai tuduhan yang diantara lainnya menyatakan hukum hudun adalah undang-undang yang tidak adil kepada rakyat Malaysia
4) Mahathirlah orangnya yang telah memulakan sekatan pembangunan di negeri-negeri yang dikuasai PAS khususnya Kelantan
5) Mahathirlah orangnya yang telah mengkhianati perjanjian royalti Petrnas dengan menukarkan wang ehsan.

Justeru itu kenyataannya mengajak PAS menyertai UMNO hanya satu sandiwara politik semasa untuk menyelamatkan kareer politik anaknya, Mukhriz yang umum mengetahui UMNO Kedah ini terus menerus menghadapi zaman gelap gelitanya...

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

-Tujuan Mahathir hanya untuk memporak-perandakan PR je.

-Patutnya Umno lah yang masuk Pas.

Tanpa Nama berkata...

Mahathir mudah lupa, ini zaman internet dah x boleh nak brsendiwara macam dulu...segala maklumat d hujung jari..

Tanpa Nama berkata...

Mahathir ke anak beranak Mahathir yg tak berubah perangai...tolak hudud @ m'permainkan isu hudud utk k'pentingn politik...rakyat pasti akan tidak sokong mereka...

1 Malaysia berkata...

Inilah BAPA MUNAFIK yang paling besar dan jahat di Malaysia.
Awat yang UMNO tak mahu laksanakan Hukum Hudud sedangkan depa dah berkuasa lebih 50 tahun?
Kenapa bukan UMNO yang menyertai PAS tetapi sebaliknya? Kan UMNO yang memperjuangkan bangsa dan sepatutnya depa yang insaf dan sertai PAS dalam memperjuangkan agama Islam pulak.
Inilah taktik paling jahat oleh seorang bapa munafikun. Dia tahu kalau PAS berjuang bersendirian, sudah tentu PAS tidak begitu kuat. Begitu juga dengan UMNO tanpa MCA, MIC, .... Inilah dinamakan reverse psikologi yang amat suka digunakan oleh puak munafikun untuk tidak bercakap BENAR.
Kalaulah MELAYU masih percaya akan si bapa Munafikun ni, sudah tentu Melayu terutama UMNO hanya akan tinggal NAMA saja dan diganti oleh Melayu lain lebih Islamik. Ingat akan pesanan dan amaran dari Allah swt.
Ya, Allah swt, ampunkan dosa aku atas carutan di atas. Sempena bulan baik ni, aku ingin mengucapkan "SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI" terutama kepada pejuang-pejuang Islam dan bagi pejuang-pejuang Melayu, hangpa raya lain la sebab aku pun tak tahu Allah swtkah yang hangpa sembah? atau hanya mulut hangpa yang berucap tapi lidahnya tidak? entahlah .....

Tanpa Nama berkata...

“Pas harus keluar dari PR secepat mungkin kerana mereka saling berpelukan dengan orang kafir yang secara nyata menolak hudud,” MCA dan MIC tu bukan kafir ke?sedapnya mulut bercakap.

Waris berkata...

Lawak mlm raya oleh MAHAraja lawak malaysia

opisboi berkata...

doa allahyarham ustaz fadzil nor dimakbulkan olih allah...aminnnnnn

acop Melaka/Phg berkata...

mahadir pakar putar belit tu nak menyelamatkan tengkuk dia disembelih bila PR menakluk Putrajaya nanti...dia sedar bnyk kejahatan dia akan dibongkarkan di mahkamah nanti bersama2 kwn2 umno yg lain...semuanya dah kenyang sgt sampai keanak cucu

1 Malaysia Tulen berkata...

Cakap Bapa Munafikun, Che Det,
“Kita tidak usah mempedulikan orang yang memperjuangkan hanya untuk menjadi Perdana Menteri, sebaliknya semua orang Melayu dan Islam mesti bersatu untuk membina sebuah negara Islam dan melaksanakan hudud,” katanya.
Masa dia jadi PM, dia yang menghalang perlaksanaan Hukum Hudud. Kali ini ajak kita bersatu untuk matlamat itu. Perlukan Che Det bersama kita dalam perjuangan ini? Tak takutkah dia dengan hukum Hudud ni? .... Tauke Arak macamana?

Kata Bapa Munafikun lagi,
"Sebelum itu, kita harus pastikan hudud yang akan dilaksanakan adalah bukan hudud Pas, sebaliknya hukum hudud yang ditetapkan oleh agama Islam." Nampak sangat dia ni bukan nak bergabung dengan PAS. Mana ada Hukum Hudud ala PAS? Hukum Hudud hanya ada satu. Begitu juga dengan kafir harbi saranan ulama UMNO, ada dua jeniskah? Dasar lidah bercabang.
Bagi umat Islam yang menerima bantuan dari Che Det, dah siasat dah punca mana yang Che Det gunakan? Berhati-hati sebab harta-harta yang dimiliki anak-anaknya samar-samar ...... Kau faham apa yang aku maksudkan.

Tanpa Nama berkata...

Memng mahafiraun msdey ni..lidah cabang,ko je la masuk pas ,pas kuat krn pakatan dgn pkr dan dap klu dgn umno pasti kena tipu idup pas..pengalaman mngajar pas

Tanpa Nama berkata...

Hidup chedet! Heheheh. Selamat hari raya..

Tanpa Nama berkata...

Dah jelas dia ada syndrome nyanyuk.