17 Ogo 2012

Monorel Rosak Lagi, 200 Penumpang Terkandas

Kuala Lumpur - Perkhidmatan monorel dari stesen Imbi ke Bukit Bintang di sini tergendala hampir sejam pagi ini apabila sebuah tren mengalami kerosakan kecil, menyebabkan kira-kira 200 penumpang terkandas.

Kelihatan pasukan Bomba dan Penyelamat menggunakan skylift untuk menyelamatkan beberapa penumpang yang terkandas dalam monoral di Brickfield. - Foto Bernama

Ia kejadian kedua melibatkan monorel dalam tempoh seminggu. Lebih 180 penumpang terkandas apabila monorel mengalami kerosakan dekat Brickfields.

Dipetik Bernama, jurucakap KL Star Rail, Azhar Ghazali berkata bagaimanapun kejadian pada 8.35 pagi itu tidak menyebabkan kecederaan kepada penumpang.

Beliau berkata, pihaknya mendapat panggilan daripada pemandu monorel pada 8.45 pagi dan sebuah tren penyelamat dihantar ke lokasi bagi memindahkan penumpang secara "tren-ke-tren" di mana kesemua mereka berjaya dipindahkan 10 minit selepas itu.

"Operasi tidak melibatkan pihak luar. Semua penumpang selamat dan ketika kejadian, enjin, pendingin hawa dan lampu monorel berfungsi seperti biasa," katanya kepada hari ini.

Beliau berkata, perkhidmatan disambung semula 30 minit kemudian dan punca kejadian masih disiasat.

"Bagi syarikat pengendali KL Star Rail, saya memohon maaf kepada penumpang atas kesulitan tersebut," katanya. -SH


Laporan sebelum ini
klik untuk baca





1 ulasan:

ahmadyani berkata...

Sebelum ini bila kerajaan menaikkan harga minyak, penjimatan subsidi akan digunakan untuk memperbaiki sistem kenderaan awam. Nampaknya dui penjimatan itu lesap entah ke mana. Kenderaan awam kekal macam dahulu. Kalau ikut tempohnya, patutnya monorel ini sudah bertukar baru