30 Ogo 2012

Isu WWW1: Nizar Menang! Utusan Diperintah Bayar Gantirugi

Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur hari ini memerintahkan Utusan Melayu (M) Bhd membayar gantirugi kepada bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin atas saman yang difailkan ke atas penerbit akhbar tersebut pada Julai lalu.

Peguamnya Mohd Zamri Ibrahim berkata, keputusan interlocutari hari ini memerintahkan demikian memandangkan Utusan tidak diwakili peguam untuk pendengaran kes tersebut.

Sehubungan itu, pendaftar mahkamah Mazuliana Abdul Rashid memerintahkan Mohammad Nizar memfailkan taksiran bagi ganti rugi berkenaan untuk tuntutan daripada Utusan, katanya.

"Kita kena kemuka taksiran kerana saman ini kita tak tentukan berapa yang kita hendak," katanya ketika dihubungi.

Difahamkan, Utusan tidak lagi berhak untuk merayu keputusan tersebut namun masih berpeluang untuk mengenepikan keputusan hari ini yang dibuat tanpa kehadirannya itu.

Mohammad Nizar pula ketika dihubungi berkata, ketidakhadiran peguam Utusan hari ini menunjukkan akhbar tersebut tidak dapat membela laporan yang didakwa memfitnahnya itu.

"Mereka tak hantar peguam, melambangkan mereka tak boleh bela diri mereka," katanya lagi.


Mohammad Nizar mendakwa, Utusan pada 31 Mei menerbitkan menerbitkan pernyataan fitnah berhubung kenyataannya berhubung pembelian nombor plat kenderaan WWW 1 oleh Sultan Johor.

Mohammad Nizar mendakwa pernyataan fitnah itu antara lain membawa maksud bahawa beliau adalah seorang penderhaka kepada sultan amnya, dan Sultan Johor khususnya, beliau adalah ahli politik yang anti-sultan dan seorang ahli politik yang cuba menghasut rakyat untuk membenci Sultan Johor.

Sementara itu, satu lagi saman Mohammad Nizar berhubung kes serupa ke atas stesen penyiaran Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) akan diputuskan pada 19 September, kata seorang lagi peguamnya, Mohd Fitri Asmuni.

"TV3 baru kemuka pembelaan. Jadi kita beri jawapan dan pada masa sama, mahkamah minta TV3 cadang penyelesaian (dengan Mohamad Nizar)," katanya ketika dihubungi.

Jelasnya, TV3 mengemukakan pembelaan pada 22 Ogos lalu untuk kes yang didengar di hadapan hakim Datin Yeoh Wee Sian itu.

ADUN Pasir Panjang itu mendakwa TV3 pada 30 Mei lalu mengeluarkan berita melalui rancangan Buletin Utama pukul 8 malam, berhubung satu kenyataannya di Twitter. -mk

Ulasan GB

Alhamdulillah, akhirnya Allah memperkenankan doa GB dan kita semua. Sebelum ini GB pernah menulis:

Kini episod WWW1 melibatkan Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin.

Kumpulan akhbar yang sama memainkan peranan untuk memburukkan pimpinan PAS.

Digendangkan secukup-cukupnya untuk menghasut rakyat Johor supaya membuat laporan polis dan hasilnya terdapat 49 laporan polis dibuat. Diberitakan 30,000 berhimpun (itu angka BERNAMA, GB kata dulu jika perhimpunan itu melibatkan UMNO, ia perlu dibahagikan 10, iaitu 3,000) di istana Johor untuk menunjukkan kesetiaaan kepada Sultan Johor.

Demikian jeleknya kewartawanan longkang amalan kumpulan akhbar Utusan. Mencari makan dengan menulis berita berunsur fitnah, bergambar lucah dan seumpamanya sudah menjadi resam mereka.

Dari pemerhatian GB, hukum kebenaran dan keadilan akan menghantar Utusan & TV3 ke tong najis akhirnya.

Kita akan sentiasa berdoa agar Allah memberikan pengajaran kepada kumpulan akhbar & media ini.

Ya Allah ya Tuhan kami, Kau tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yangg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).

Amin Ya Allah Amin Ya Rabbail 'alamin.



Laporan sebelum ini
klik untuk baca





9 ulasan:

Awanama berkata...

Utusan Syaitan, dibaca pun oleh ahli2 parti syaitan.

Awanama berkata...

waktarwan otosan seks dpt gaji pon hasil yg syubahah cth ;- iklan toto, 4d & kuda..trang2 hasil yg haram

Awanama berkata...

Aku x puas hati betul berkenaan kisah Setan vs Malaikat oleh Tun M..mmg btl apa dia ckp 100% btl.. tapi kita kat Malaysia la Tun. Slh Tun cuma berada ditempat/negara yg salah masa buat statement tu.. Tun boleh ckp kalo krew CNN interview kat US tu.

Seperti yg diketahui umum,kebanyakkan rakyat malaysia mahir berbahasa inggeris tapi hanya berapa kerat yg mahir kesusasteraan inggeris..itu pun sbb degree dulu english literature.sbb Tun suka sgt ckp psl bela melayu,apa2 statement lps ni hendaklah dlm bahasa melayu dan diminta menggunakan malay literature.ini boleh mengelakkan berlaku silap faham..

Kpd PR, terutama PAS diminta jgn sensasikan isu ini kerana ia mungkin isu bagi mengucar-kacir PR. Tolong baca kamus maksud idiom tu, sesiapa dlm PR yg mmg tau atau biasa dgn pepatah ini sila jelaskan pd rakan2 anda.. Kesilapan Tun cuma penggunaan pepatah yg tidak sesuai..jgn keruhkan keadaan.

Saya FAHAM MAKSUD SBNR Tun mahu sampaikan,walaubg manapun saya memohon maaf bagi rakyat Malaysia yg telah tersilap fhm kenyataan Tun.Cuma saya berharap Tun lebih byk menggunakan sastera melayu atau jgn gunakan High/Deep level english sbb kami org melayu... ok Tun?

Awanama berkata...

Kesilapan Tun yang utama adalah statement mengatakan malaikat selalu buat salah. Ia menyentuh persoalan aqidah. Harapnya mereka yang merasa pandai berhati2 sebelum bercakap

Awanama berkata...

Terima kasih utusan malaysia bagi duit raya pada rakyat perak melalui Dato' Nizar..

Sesiapa yg nak duit raya,jemput2 la cari si PEMURAH HATI tu..hihi

Unknown berkata...

Janji ditepati

Awanama berkata...

Lepas ni Utusex akan buat fitnah lagi sebab ada yang tolong bayarkan saman. Alaa.. takat puluh-puluh ribu apa ada hal.

Awanama berkata...

Memuji dan berurusan dengan syaitan adalah kesesatan nyata dan telah merosakkan akidah Islam seseorang yang mengaku penganut agama Islam.
Yang tak belajar kesusasteraan Inggeris pun boleh faham apa yang diucap oleh Mahathir.

Andre Irwan berkata...

Kepada Sdra/i Anon August 30, 6.10 pm,
Saya rasa mungkin sdr rasa sdr sangat memahami Che Det dan sdr memang mahir dalam kesusasteraan English. Tapi sdr lupa bahawa bukan semua boleh faham. Jika kata-kata itu boleh mengelirukan, maka tak perlu diucap semata-mata nak tunjukkan bahawa kita pandai bahasa English. Go straight to the main point, kan lebih mudah. Buat macam Maths, 1 + 1 is 2.
Bagi sy, kekadang manusia yang rasa dia tu pandai sebenarnya tidak. So please dan tak payah rasa sedih atau tak puas terhadap chapter ni. Jika Che Det tu manusia yang baik, sudah tentu dia tak akan keluarkan statement yang begitu "stupid". Bagi sdr, "Kesilapan Tun cuma penggunaan pepatah yg tidak sesuai..jgn keruhkan keadaan." Sebagai seorang dianggap hebat oleh sdr boleh berbuat kesilapan, ini maknanya bodoh sombong. Ini bukan kesilapan tapi sikap Che Det yang sebenar. Kalau dulu dia boleh memperlecehkan Hukum Hudud, kali ini dia memperlecehkan malaikat pulak. Jadi tak ada apa yang nak dihairankan.
Sy tak pernah tersilap faham akan Che Det ni. Jangan kita terlampau sanjung seseorang manusia itu seperti "malaikat" yang sebenarnya adalah manusia "jelmaan setan". Sebab utamanya ialah malaikat tak pernah berbuat kesilapan. Ingat, ini rukun Iman dan pegangan bagi orang-orang Islam. Kalau sdr seorang Islam sejati, sdr tak mungkin akan "defend" Che Det kecuali ....
So please don't pretend to be "Angle" where else you are "Devil". For me, Angles are all in good behavior but Devils are the one who pretend to be good. Maafkan sy kalau tulisan sy tak bagus dalam Bahasa Inggeris, maklumlah sy bukan orang putih. Ingat kata-kata, jangan sokong sampai bawa diri kita rebah.