16 Ogo 2012

Isu TANDA PUTERA: Jika Jujur, Tayangkan Selepas Pilihanraya Bukan Sebelumnya!

Shuhaimi Baba: Tiada watak pemimpin DAP dalam filem ‘Tanda Putera’

PETALING JAYA, 15 Ogos ― Pesona Pictures hari ini menafikan adanya watak pemimpin DAP dalam filem terbaru keluaran mereka, “Tanda Putera” yang telah menerima kecaman dan kontroversi berlarutan daripada sesetengah pihak yang tidak berpuas hati dengan filem tersebut.

Datin Paduka Shuhaimi Baba ketika siding akhbar yang diadakan oleh Pesona Pictures Sdn Bhd berhubung filem ‘Tanda Putera’ di Petaling Jaya pada 15 Ogos, 2012. ― Gambar oleh Choo Choy May

Pengarah filem, Datin Paduka Shuhaimi Baba, berkata beliau telah menjelaskan beberapa kali bahawa filem durasi 117-minit itu juga tidak memaparkan mana-mana watak pemimpin DAP sepertimana dikatakan pelbagai pihak, terutama parti politik.

“Tiada watak pemimpin DAP dalam filem ‘Tanda Putera’,” tegas Shuhaimi ketika sidang media di sini.

Sebelum ini, Pakatan Rakyat (PR) mendakwa “Tanda Putera” memaparkan watak pemimpin DAP Lim Kit Siang turut dimuatkan ke dalam filem tersebut.

Tambah Shuhaimi, sejak trailer filem ini berdurasi 90 minit tersebar di Internet, banyak tuduhan palsu dan dakwaan yang membingungkan serta tidak berasas telah dilemparkan terhadap mereka.

"Sedangkan mereka belum melihat lagi filem ini,” katanya.

Mengulas berkenaan perkara itu lagi, Shuhaimi berkata, adegan untuk 13 Mei juga dimasukkan sekadar untuk memberikan latar kepada filem berkenaan.

“Adegan 13 Mei hanya memakan masa 10 minit daripada keseluruhan 115 minit filem ini. Ia hanya latar cerita.

“Saya pembuat filem ... bukan organ propaganda,” katanya yang turut menyuarakan rasa kecewa terhadap segelintir rakyat negara ini yang masih belum matang untuk melihat sejarah mereka sendiri.

“Ia hanya sejarah ... radikal pada masa lalu, bukan sekarang.

“Rakyat Malaysia masih belum matang,” tambahnya lagi.

Ekoran kontroversi tersebut, tarikh tayangan “Tanda Putera” juga diubah kepada 15 November 2012, daripada tarikh awal 13 September depan.

“Tarikh ini dikira sesuai kerana bersempena dengan cuti sekolah hujung tahun dan memberi ruang dan masa bagi Finas dan kami merancang untuk mempromosi filem ini,” tambahnya lagi. -TMI

Ulasan GB

Persoalan kini apa perlu peristiwa 13 Mei 1969 itu dimasukkan di dalam filem berkenaan sekalipun hanya latar cerita yang berdurasi 10 mminit?

Kedua, apa yang nyata "wang rakyat" sudah digunakan (dilaporkan separuh dari bajet sebanyak RM4.5 juta filem arahan Shuhaimi Baba ini dibiayai oleh agensi kerajaan, Perbadanan Pembangunan Filem National (Finas) bererti kerajaan UMNO BN terlibat di dalam pembikinan filem ini dengan menggunakan wang rakyat), justeru rakyat berhak untuk mempastikan filem berkenaan bukan filem propaganda dan filem untuk pilihanraya.

Ketiga, jika pihak penerbit filem TANDA PUTERA jujur, maka tayangan filem berkenaan perlu ditangguhkan selepas pilihanraya Umum ke 13. Jika tidak, rakyat tetap berpersepsi, bahawa ia memang bertujuan untuk propaganda murahan UMNO BN.

Justeru sebarang penayangan filem berkenaan sebelum Pilihanraya Umum ke 13, ia perlu diboikot oleh rakyat Malaysia!

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tinggu PRU 13 Selesai. BILA PR DH MENANG ORG MCM NI LAH YG PATUT DI BAKUL SAMPAHKAN BUSINESS DIA. BIAR DIA RASA MCM MANA SUSAH DAN SENANG. SKRG ASYIK NAK BODEK UMGOK JE. X HABIS BUDAYA BODEK UNTUK MEMBESARKAN PERUT SENDIRI. BUAT APA NL BODEK TOK NAJIB YG DH NAK MAMPUIH UMGOK NYA TU. PI. . . . RAHHHHHHHHHHH.

Tanpa Nama berkata...

kalu tunggu lepas PRU13, sia sia ler perlaburan umno utk filem ni. mesti sebelum PRU punye la. Tambahan lagi, risiko jika ditayang lepas PRU ialah pabila PR plak yg menang. maka terpaksalah si Shhuhaimi sendiri yg mencampakkan filem sejarahnya ke longkang. ye la, org yg ingin dibodek dah jadi nobody.

Tanpa Nama berkata...

klu d tyg kn sblm pru 13 sah la filem propaganda..itu sj,ada bran tyg lps pru..