31 Jul 2012

Penghinaan Terhadap Nabi Musa A.S Di Olimpik 2012


Gambar di atas: Dikatakan bahawa Nabi Musa dihanyutkan oleh ibunya di Sungai Nil kerana bimbang akan tentera Firaun yang akan membunuh mana-mana bayi lelaki yang lahir pada masa itu.

Lihat gambar bayi itu, yang sedang tidur dan dibawa secara perlahan-lahan, menggambarkan bahawa bayi tersebut adalah Nabi Musa A.S yang sedang dihanyutkan diatas Sungai Nil ketika waktu malam.


Selepas itu dalam gambar ini muncul pula patung seolah-olah ahli sihir yang memegang tongkat. Kita pernah dengar cerita-cerita mengenai Nabi dan Rasul kita termasuklah Nabi Musa kan. Nabi Musa A.S mempunyai tongkat yang mempunyai kuasa dan itu adalah mukjizat yang diberikan Allah SWT kepada beliau. Nabi Musa A.S menggunakan tongkat itu untuk membelah laut setelah mendapat petunjuk dari Allah SWT bagi menyelamatkan kaumnya Bani Israel untuk melarikan diri dari dikejar Firaun Laknatullah. Dan dengan kuasa Allah SWT laut itu terbelah dua dan ketika Firaun melintasinya, laut itu kembali seperti sedia kala dan menenggelamkan Firaun dan pengikutnya.

Gambar ini adalah satu penghinaan kepada Islam umumnya. Mereka menggambarkan Nabi Musa A.S sebagai ahli sihir tersebut. Dikatakan ketinggian Nabi Musa adalah 40 hasta.

1 HASTA = 45.72 CM
40 HASTA = 1828.8 CM
1828.8 CM = 18.2 M

Bukankah ketinggian ahli sihir itu lebih kurang 18 meter ??? Wallahu’alam..

Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang mengagumi acara itu kerana percayalah banyak lagi bukti-bukti upacara penyembahan syaitan dan penghinaan kepada Islam berlaku pada acara itu. Cuma kita menyedarinya ataupun tidak sahaja.

Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui,
Sama ada baik ataupun yang buruk.
Jadi banyak-banyakkan lah meminta ampun kepadaNya.
InsyaAllah, Dimakbulkan doa kita semua..
Amin, Assalamu’alaikum. -iamsharina

7 ulasan:

Awanama berkata...

tak tengok dan tak tergerak dihatipun nak tengok pembukaan olimpik.

Awanama berkata...

Kenapa pembukaan dia ada unsur2 ugama?BUkan ada kena mengena dgn sukan olimpik.Sepatutnya kenalah bertemakan semangat kesukanan lagi pulak temasya antarabangsa yg ditonton seluruh dunia.Saperlah py idea bangang ni.

Awanama berkata...

salam...mat saleh pon percaya kat Nabi Musa...contohnya yahudi dan Kristian...tak ada sebab diorang nak kata ahli sihir tuh nabi musa...sebab antara diorang pon akan marah...especially yahudi sebab Nabi Musa tuh adalah Nabi yang termulia dalam agama diorang...

article ni bunyi macam persepsi semata2...upacara olimpik mmg salah...sebab tujuan asal olimpik dibuat adalah utk sesuatu yang syirik...tapi...menghina umat Islam tu...hhmm...itu adalah perkara yang besar untuk sesuatu persepsi...

stif berkata...

betul tu.. olimpik kali tak teringin pun nak tengok..

Awanama berkata...

ye.. musuh Islam bersorak kerana anjurkan sukan olympic bulan Ramadhan.. dan umat Islam redha dan tak kisah tak dapat puasa... maka ulama2 pun mengutamakan sukan dari rukun Islam.. inilah dunia akhir zaman... maka tewaslah umat Islam yang ramai ibarat buih di lautan...

Awanama berkata...

Secara tanpa sedar, jarum yang halus....yahudi....kristian....musuh2 Islam telah melalaikan kita di bulan Ramadan yang mulia ini......mohon lah ampun Dan kuatkan jamaah Islam seluruhnya bagi menghadapi ideologi yahudi yang melalaikan......

Unknown berkata...

kadang2 aku kecewa la dgn cara korang buat artikel2 mcm ni..ko tgk ke persembahan die? tak tgk tp pandai komen berdasarkan gambar je..tgk la dulu br komen..

mane tah gambaran nabi Musa aku tak nampak pun? korang nak risau sgt pasal freemason ng yahudi pun berpada la..malu la sikit org tgk perangai kita org Islam ni..sikit2 nak salahkan org lain..

persembahan tu honestly tak menarik langsung..dan tak ada pulak unsur2 nak ajak korang ikut diorang..korang tgk pun pening, apetah lg jadi syok smpi nak terikut2..

mg UK tu pusat illuminati, freemason..so patut semua dah agak unsur2 diorg akan ada pada stadium dan persembahan..nak kecoh apa da..