13 Jul 2012

Musa Hassan Dedahkan Jenayah Memang Meningkat, Gesa Polis Usah Sorokkan Fakta

Tak perlu sorok fakta, jenayah memang meningkat, kata Musa Hassan

KUALA LUMPUR, 13 Julai — Bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan mendakwa kadar jenayah di Malaysia sememangnya telah meningkat dan meminta agar pihak berkuasa tidak menyorokkan fakta sebenar kepada orang ramai.

“Rakyat perlu tahu perkara sebenar, tidak perlu sorok-sorok tentang masalah jenayah.

“Sewaktu saya memikul tanggungjawab sebagai KPN dahulu, saya sering sebut tentang peningkatan kadar jenayah,” kata Musa dalam wawancara bersama The Malaysian Insider semalam.

Bekas KPN itu turut mengakui kadar jenayah di Malaysia pada hari ini berada di tahap yang membimbangkan.

“Jika jenayah tak teruk, tak perlulah menteri-menteri dan orang kaya guna ramai ‘bodyguard’.

“Kerana banyak jenayahlah menteri-menteri dan orang-orang besar perlukan ‘bodyguard’,”
kata Musa.

Musa Hassan telah berkhidmat untuk Polis Di Raja Malaysia (PDRM) selama empat dekad dan memimpin pasukan tersebut selama empat tahun semenjak tahun 2006 sebelum digantikan oleh Tan Sri Ismail Omar pada 13 September 2010.

Walaupun berlakunya kes serangan, rompakan dan penculikan, polis, Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) dan kementerian dalam negeri (KDN) mengeluarkan statistik kadar jenayah negara telah menurun semenjak kerajaan memperkenal Program Transformasi Kerajaan (GTP).

Unit Pencegahan Jenayah Pemandu dalam majlis bersama media semalam — langkah untuk mengurangkan kerisauan orang ramai, menyatakan statistik kadar jenayah menurun sebanyak 10.1 peratus pada lima bulan pertama tahun ini.

Sebelum ini, Unit Pencegahan Jenayah Pemandu telah mengeluarkan angka untuk menunjukkan penurunan indeks jenayah sebanyak 11.1 peratus dari 2010 sehingga tahun lalu manakala jenayah jalanan menurun 39.7 peratus pada tempoh sama.

Pemandu turut merayu agar media membantu mereka mengubah persepsi rakyat dan mendesak agar laporan seimbang diberikan.

Ketika ditanya mengenai kenyataan Pemandu berkenaan statistik jenayah yang menurun, Musa mencadangkan kerajaan agar melantik pihak ketiga yang lebih bebas seperti universiti untuk memberikan data seperti statistik jenayah kerana mereka lebih bebas.

“Sewaktu zaman saya dulu, saya minta Universiti Sains Malaysia untuk keluarkan statistik jenayah.

“Ini turut dilakukan oleh pasukan polis di Amerika yang sering menggunakan universiti agar data yang diperolehi tepat dan tidak menyorokkan apa-apa fakta,”
kata Musa lagi.

Menurut bekas KPN itu lagi, kadar jenayah diseluruh dunia meningkat akibat daripada kemerosotan ekonomi dunia akibat dariapada kemelesetan ekonomi yang berlaku di Eropah.

“Globalisasi menyebabkan sukar untuk sesebuah negara untuk mencegah berlakunya jenayah.

“Globalisasi menyebabkan ramai orang luar masuk ke Malaysia, yang kita tak tahu latar belakang dia, ‘especially’ dari Nigeria tentang kehidupan dadah mereka.

“Ini adalah diantara punca berlakunya peningkatan jenayah dalam negara,” kata Musa lagi.

Untuk mencegah masalah jenayah yang berleluasa hari ini, bekas KPN mencadangkan agar polis membuat penambahbaikan dari segi mengubah teknik dalam memerangi jenayah sekarang ini kepada ‘intelligence procurement’ atau ‘perolehan risikan’.

“Kita perlu mendapatkan maklumat-maklumat risikan terdahulu.

“Jika maklumat risikan polis bagus dari segi perolehannya, mempunyai hubungan rapat dengan penguatkuasa luar negara, maka kita boleh mengetahui awal berkenaan latarbelakang seseorang dan boleh memantau jika mereka penjenayah.

“Sama seperti dalam negara kita, kita perlu pantau geng-geng jahat dan penjenayah-penjenayah ni,” kata bekas KPN itu lagi. -TMI


LAPORAN SEBELUM INI

IGP: Tak percaya polis, boleh rujuk GPI


Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar Jumaat menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang menyatakan berlaku peningkatan kadar jenayah di negara ini berdasarkan kes jenayah yang dilaporkan media massa termasuk media sosial.

Beliau berkata dakwaan itu tidak benar kerana berdasarkan statistik yang diperoleh daripada polis negeri dan daerah termasuk platform antarabangsa seperti Indeks Keamanan Global (GPI), menunjukkan keberkesanan negara dalam menangani dan mengurangkan kadar jenayah.

"Sekiranya ada pihak yang masih tidak mempercayai dengan apa yang dilakukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak pelaksanaan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dua tahun lepas, boleh rujuk laporan yang dikeluarkan antaranya oleh GPI.

"Dan, semalam ahli panel antarabangsa yang menghadiri mesyuarat dua hari Panel Antarabangsa mengenai Kajian Semula Mengurangkan Kadar Jenayah 2012 melalui NKRA turut mengakui apa yang kita buat adalah benar," katanya kepada pemberita selepas majlis menghijaukan Bukit Aman di Kuala Lumpur semalam.

Mesyuarat dua hari itu turut dihadiri Pengarah Pengurusan Pasukan Polis Hong Kong, SAC Tang How Kong dan bekas Pengarah Sumber Manusia Polis Metropolitan London, Peter Clarke.
- Bernama


8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bro apa kata buatkan doa mintak semua menteri2 terutama pm 1 malaysia serta keluarga mereka nih kena bala jenayah!

nak tengok ada tak mereka terkinja2 marah??

bukannya apa, mudah2an dapat memberi mereka kesedaran betapa kita rakyat yg berjuta nih sentiasa rasa tak selamat sekarang nih

boleh???

kampong lad berkata...

“Sewaktu saya memikul tanggungjawab sebagai KPN dahulu, saya sering sebut tentang peningkatan kadar jenayah,”

dok sebut saja....apa tindakan? nato! dia nak jadi igp lagi kot.

Tanpa Nama berkata...

adik saya pernah buat repot rumah kenapecah kerugian memcecah ribuan ringgit , tiada tangkapan dibuat, tanya polis kes tersebut KIV masok tong sampah,
rakyat semakin takut kerana pihsk berkuasa bersubhat dengan penjenayah.
rakyat sensara kerana rasuah telah mengawal mereka.

padan muka kepada rakyat yang bodoh kena tipu setiap hari.

Tanpa Nama berkata...

apa lagi Musa.. taubat nasohah dah ke? Nak cakap banyak elok ikut jejak sahabat @ anak buah hang yang masuk PAS tu... tu la bila masa berkuasa tegur sikit pun tak boleh.. Sekarang sapa nak dengar cakap hang? baik hang masuk politik. pilihanraya dah denkat ni.. mana tau terpilih jadik calon.. haha

Tanpa Nama berkata...

Aku dari dulu lagi memang tak percaya dengan fakta polis ni, sebab memang kuat menipu, kalau Malaysia selamat takdelah rakyat terpaksa berbelanja besar untuk nak memperkasakanrumah supaya tak dimasuki pencuri, dan terpaksa mengupah pengawal untuk menjaga rumah ataupun kawasan perumahan kerana pihak berkuasa terutamanya polis dah tidak lagi mampu bertindak untuk mengawal jenayah, ini terbukti dimana polis terpaksa meminta bantuan dari pasukan Tentera, Rela, Jpam dan juga pasukan srs untuk membantu mereka mengawal jenayah, bayangkan kalau pasukanx tersebut tak membantu pihak polis, silapx balai polis pun dah kena tawan degan pihak penjenayah.

Tanpa Nama berkata...

Aku dari dulu lagi memang tak pernah percaya dgn fakta dari PDRM ni, kalau Malaysia ni negara yang selamat takkan rakyat sanggup mengupah pengawal keselamatan menjaga kediaman mereka pada waktu siang dan malam, nak harapkan polis jaga memang jangan harap le, mereka pun terpaksa meminta bantuan dari pihak Tentera, Rela,Jpam dan juga srs bagi menbendung kejadian jenayah, saya rasa kalau takde pasukan bantuan ni dah tentu Malaysia ni jadi negara penjenayah, Kami patut berterima kasih pada Tentera, Rela, Jpam SRS dan pengawal keselamatan kerana telah berjaya mengawal jenayah negara walaupun sedikit sumbangan anda amat berharga nak harap PDRM boleh glamour masa rancangan 999 TV3 ataupun rancangan gerak khas yusof haslam jer

Tanpa Nama berkata...

Demi Rakyat Malaysia Kerajaan mesti bertindak untuk mencari jalan penyelesaian, kalau DBKL boleh diberi kuasa seperti polis trafik apa kata TENTERA juga patut diberi kuasa penuh seperti polis barulah peluang untuk mengurangkan jenayah negara akan berhasil apabila dimana mana kita akan dapat lihat Pasukan ATM sentiasa mengawal, bukan sekadar di sempadan negara ataupun hanya memerhati je tanpa dapat berbuat apa-apa pada penjenayah yang semakin berani sekarang ni. Bukan sekadar ikut polis buat rondaan jer. Masa ni baru le kita tahu nasib penjenayah ditangan tentera, dengan polis mereka boleh rasuah tapi dengan tentera mungkin susah sikit.

Tanpa Nama berkata...

Ada kes untuk ditangkap dan didakwa penjenayah. Dalam kes tertentu penyiasat PDRM suka kes diselesaikan dengan 'perundingan' dan tak siasat secara terperinci walaupun kes itu berat dan ada bukti, lalu tutup kes. Tujuannya hanya secara statistiknya kawasan balai/IPPD/kontingen PDRM berkenaan tak banyak kes jenayah. Bila kes tak banyak maknanya PDRM bagus dalam pengawalan jeayah.

Lama-kelamaan mangsa fep-up terhadap PDRM dan kalau ada apa-apa kes mereka tak mahu membuat laporan polis lagi kerana dirasakan sia-sia dan tiada pembelaan.