7 Jul 2012

[DASYAT] Suami Makan Adik Ipar, Isteri Hamil Dengan Lelaki Lain - Tinggal Sebumbung

Kangar: Bagai keluarga 69 apabila seorang suami merelakan isterinya mengandung anak luar nikah hasil hubungan dengan lelaki lain manakala dia sendiri pula menjalin hubungan sulit dengan adik ipar dan mereka semua tinggal sebumbung di rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Padang Keria, dekat sini.

Gambar: SIASAT...kedua-dua pasangan meninggalkan kompleks Jaips di Kangar, selepas diambil keterangan.

Lebih mengejutkan, lelaki berusia 39 tahun bekerja kampung itu sudah lebih setahun tinggal seperti suami isteri bersama adik iparnya manakala isterinya kini sarat mengandung lapan bulan hasil hubungan haram dengan lelaki lain berusia 29 tahun.

Bagaimanapun, kehidupan jelik kedua-dua pasangan itu sejak lebih setahun lalu, terbongkar apabila sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Perlis (Jaips) melakukan serbuan selepas menerima maklumat.

Penolong Pengarah Penguat kuasa Jaips, Suhaimi Ahmad berkata, kedua-dua pasangan itu ditahan dalam dua serbuan berasingan di rumah mereka jam 12.30 tengah malam dan 1.20 pagi semalam. -hm

Ulasan GB

Apa yang dapat diluahkan lagi selain ... astaghfirullahil azim..

Ini adalah diantara bala yang menimpa ummah apabila hukum Allah dipersendakan.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bila la agaknya hudud nak dilaksanakan kat malaysia ni?? nak tunggu kiamat baru la nak laksanakan hudud??

Tanpa Nama berkata...

Takpayahla mengharapkan pokok berbuahnranum kalau akar tunjang pokok dah jahanammmmm..apalah diharapkan akhlak makin baik dari rakyat kalau kerajaan sudah rosak..takwa bermula dengan orang no 1 dalam negara

Tanpa Nama berkata...

Aku rasa mereka ni langsung tak de pendidikan ilmu agama