15 Jun 2012

Anak Jamaluddin Jarjis Dapat Kontrak RM280 juta Projek Sistem Kawalan Trafik Berbahaya

Kuala Lumpur 14 Jun: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mendapati, projek sistem baru kawalan trafik yang mengancam ruang udara negara diberi kepada keluarga menteri.

Menurutnya, dalam carian syarikat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), tertera nama Ikhwan Hafiz Jamaluddin iaitu ahli keluarga bekas Menteri sebagai Pengarah Tirai Variasi Sdn Bhd Advanced Air Traffic System (M) Sdn Bhd.

“…Saya tanya, dan ini belum dijawab oleh Kementerian (Pengangkutan),” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Naib Presiden KEADILAN itu turut mempersoal adakah menjadi norma Kerajaan Umno BN menganugerahkan satu daripada projek kerajaan kepada keluarga menteri.

“Apakah alasan Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) memberi kontrak sistem yang cukup penting ini secara rundingan tertutup?” soalnya lagi.

Beliau turut menunjukkan salinan dokumen dari SSM kepada media yang mempamerkan Ikhwan Hafiz Jamaluddin, 25, sebagai Pengarah Tirai Variasi Sdn Bhd.

Tirai Variasi adalah pemegang saham utama Advanced Air Traffic System (M) Sdn Bhd yang dianugerahkan kontrak bernilai RM280 juta itu.

Apabila ditanya wartawan mengenai kesahihan dakwaan tersebut, Izzah menjawab, kementerian patut menafikannya jika dakwaan itu tidak benar.

“Sekali lagi, saya persoalkan nama tersebut dan (saya) belum terima sebarang jawapan,” katanya.

“Saya sudah hantar surat pertanyaan (kepada Kementerian Pertahanan dan DCA) sebelum ini, namun masih belum terima maklum balas dari mereka,” jelas Izzah lagi.

Bagaimanapun, carian media mendapati Ikhwan adalah anak kepada Datuk Seri Jamaluddin Jarjis, bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

Pada 8 Jun lalu, Izzah bersama-sama Naib Presiden KEADILAN, N Surendran dan Tian Chua menyerahkan memorandum kepada DCA mengenai sistem baru Human Trafic Interface yang membahayakan ruang udara negara.

Sistem itu turut dibangunkan bersama syarikat Selex Sistemati Integrati dari Itali yang dikaitkan dengan pelbagai tuduhan rasuah di Itali, Cyprus, Panama dan Namibia. -KD



5 ulasan:

Yong berkata...

Salam,
Moh baca puisi satira berkaitan di blog Yong untuk kongsi.
www.yongsukakuning.blogspot.com

Yong berkata...

Salam,

Rasernya Yong silap taip alamat blog. Yang betul ialah www.yongsukakuning.blogspot.com.

Sorry, Yong tengah penin.

hairan berkata...

bila wakil rakyat dan para menteri berkerja untuk mengayakan diri sendiri dan keluarga maka jom kita ramai2 mendoakan mudah2an Allah mengharam jadahkan mereka semua. Amin

aku belajo dari PM 1 Malaysia guna ayat nih bro

1 Malaysia berkata...

Tu dia. Kesan luka dah jadi nanah. Makin hari makin parah Malaysia ni. Duit rakyat dijadikan harta pak depa. Agih antara depa. Inikah yang dikatakan dok jaga HAK ISTIMEWA MELAYU. Dari dulu AKU dok pikiaq Melayu mana yang depa dok jaga?
Kalau takat nak tunggu pihak PR dok bongkar rahsia depa, lebih baik kita tukar angin. Sudah tentu lagi banyak 'kemungkaran' UMNO-APCO-BN dapat diketahui. Sebab tu depa dok kata hilanglah kuasa Melayu kalau PR menjejaki PUTRAJAYA. Melayu macam depa ni yang akan hilang kuasa dan akan hilang HAK ISTIMEWA MELAYU yang depa dok guna.
HARAMJADAH. HARAMJADAH. HARAMJADAH SUNGGUH.
BAPA BOREK ANAK RINTIK.

Tanpa Nama berkata...

Memang ini kerja haram jadah.