5 Mei 2012

Sanggup Pukul Wartawan & Rakyat Malaysia, KPN Dianugerahkan Pingat Oleh Singapura?

Ketua Polis Negara Dianugerah Darjah Utama Bakti Cemerlang Singapura

SINGAPURA: Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dianugerahkan Darjah Utama Bakti Cemerlang daripada Presiden Singapura, Dr Tony Tan Keng Yam, pada majlis istiadat pengurniaan di Istana di sini, Jumaat.

Penganugerahan itu adalah atas sumbangan beliau dalam menjalin hubungan dan kerjasama yang erat antara Polis Diraja Malaysia (PDRM), Polis Singapura dan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Singapura, sekaligus meningkatkan keselamatan antara kedua-dua negara.

Bercakap kepada Bernama selepas majlis itu, Ismail melahirkan penghargaan dan terima kasih kepada Presiden Singapura dan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong bagi membolehkan beliau dikurniakan dengan darjah kebesaran tersebut.

"Sesungguhnya ia adalah satu penghormatan bukan kepada saya secara peribadi tetapi yang lebih penting kepada Polis Diraja Malaysia dan Polis Singapura.

"Saya difahamkan bahawa anugerah itu adalah pengiktirafan untuk kerjasama dan hubungan yang sudah terjalin sekian lama antara pasukan keselamatan kedua-dua negara. Apa yang penting, kita perlu teruskan kerjasama bagi menghadapi cabaran akan datang," katanya. - BERNAMA

Ulasan GB

Satu berita yang agak mengejutkan. Penganugerahan pingat dari Singapura yang masih mengekalkan ISA kepada KPN Tan Sri Ismail Omar sebaik saja selepas Perhimpunan Bersih.

Rakyat tertanya-tanya, apakah kerana kegembiraan Singapura melihat kesediaan Polis Malaysia bertindak membantai dan memukul rakyat sendiri maka KPN dianugerahkan pingat?

2 ulasan:

Awanama berkata...

Assalam,musa hassan pun dpt gak, pelik ek...spura kan terkenal dgn intregriti bla..blah boleh pulak bagi kat diorang nii....hmm somthing fishy.

Awanama berkata...

just singapore being singaporean...nothing fishy fishy going on...lol.go see phua chu kang la....