12 Apr 2012

[WASPADA] Makcik Temui Lipas Dalam Roti Berjanama

Nyaris makan roti berperisa lipas

TELOK EMAS - Seorang pekerja sebuah syarikat swasta hampir termakan bangkai lipas selepas disangkanya kismis di dalam sekeping roti berjenama terkenal.

Zawiyah Abdul Rahman, 60, berkata, dia membeli roti berkenaan di sebuah pasar mini ketika dalam perjalanan ke tempat kerja, semalam.

Menurutnya, ketika kejadian dia sedang menikmati hidangan sarapan pagi di pejabatnya bersama beberapa rakan sekerja.

“Saya terkejut sebaik menyedari ‘kismis’ dalam roti berperisa coklat berkenaan adalah seekor lipas kerana rupanya yang seakan-akan sama.

“Saya sudah makan separuh daripada kepingan roti tersebut dan nasib baik saya cepat sedar kerana jika tidak, sudah tentu saya kenyang makan roti berperisa lipas,” katanya, semalam.

Zawiyah berkata, dia sering menjadikan roti tersebut untuk dinikmati ketika sarapan pagi dan itu adalah kejadian pertama dialaminya.

“Saya benar-benar serik dengan apa yang berlaku ini dan akan berhati-hati selepas ini.

“Saya juga kesal dengan sikap pengusaha roti yang mengabaikan aspek kebersihan sehingga berlakunya kejadian seumpama ini,” katanya.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bagi tahu la jenama roti tersebut, senang cerita. Tak la orang tertanya tanya.

Tanpa Nama berkata...

ha! betoi le hang cerita le jenama apa? brand apa? senang le orang ramai nak berhati-hati dan yang penting kita boleh ramai-ramai ajar pengusaha yg hanya pikirkan keuntungan tanpa pikirkan kebajikan pengguna cam kita orang nie!

mat berkata...

Takkan takut kena saman kot... Bgtaulah ape brand. Baru membantu namanya. Berani kerana benar tuan. Di balas baik dr Allah lebih bagus dr dibalas baik oleh manusia.