10 Apr 2012

[Video] Penyanyi Ismail Haron Kembali Ke Rahmatullah

Penyanyi veteran Singapura, Ismail Haron meninggal dunia, semalam. Penyanyi popular mendapat jolokan Tom Jones Singapura itu meninggal dalam tidur kira-kira jam 2 petang di rumah kakaknya di Jurong West, Singapura. Beliau berusia 65 tahun dan masih bujang.

Beliau popular era 70-an menerusi paduan duet bersama diva Anita Sarawak menerusi lagu Menunggu Nasi Minyak dan Kesah Dol dan Minah.

Menurut pengurusnya, Maria Sata, beliau terkejut menerima panggilan daripada kakaknya, Halimah Haron dimaklumkan Ismail meninggal dunia. Bagaimanapun belum ada pengesahan sebarang implikasi penyakit daripada doktor.

“Beliau memang kurang sihat dan demam sejak dua tiga hari lalu. Sepanjang saya tahu, beliau tidak pernah menghidap apa-apa penyakit. Pemergian beliau satu kehilangan besar kepada seni suara tempatan di Singapura dan Malaysia. Saya menghormati beliau kerana berpendirian tegas dan serius mempersiapkan diri sekiranya mendapat undangan persembahan di mana-mana saja.

“Beliau bukan jenis suka membaca lirik di depan mata atau ‘standboard’ sebaliknya lebih suka mempersiapkan diri menghafal lagu sebaik mungkin. Malah, beliau akan membuat persiapan seminggu sebelum menyanyi untuk memastikan persembahannya ‘tip-top’.

Semoga roh arwah dicucuri rahmat,” kata Maria sewaktu dihubungi di Singapura yang bertindak sebagai pengurusnya sejak 2008.

Antara rakan dan sahabat menziarahi beliau semalam adalah rakan seangkatan seni suara seperti Rahimah Rahim, Aziz Ahmad dan Mahani Mohamad.

Upacara pengebumian akan disempurnakan di tanah perkuburan Islam Pusara Abadi 2, Jalan Bahar, Singapura, jam 10 pagi ini. -hm

Ulasan GB

Alfatihah.

Lagu-lagu popular Ismail Haron yang sering disiarkan semasa GB.fm beroperasi dulu semasa setiap kali kempen pilihanraya ialah lagu Insan Mulia dan Ilham Pujangga.

Petikan dari lirik Ilham Pujangga

Ia anak muda tidak kerana tergelincir kakinya
tetapi matinya anak muda itu kerana tergelincir lidahnya
berdiam dirilah kamu kepada perkara yang bukan-bukan
bersuaralah kamu kepada perkara yang memberi kebaikan

Kasih sesama manusia
Agar "di atas" sayangkan diri anda
Pandang yang satu kepada yang ramai sayang
Pandang yang ramai kepada yang satu







2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

x pernah dengar lagu-lagu ni
best jugak. thx

Martoiriat berkata...

Salam GB..
Mendengar Lagu "Ilham Pujangga" mengembalikan saya di alam remaja. Lyrik lagunya begitu menarik sekali, tersentuh disanubari saya. Ketika saya di alam remaja, lagu2nya banyak berkumandang dicorong-corong radio. Masa itu beliau begitu popular sekali.. Al Fatihah buat Ismail Haron