25 Apr 2012

[PANAS] Skandal Shafie Apdal & Zahida Ke SPRM, Zuraida Dakwa Ada Bukti Kukuh -updated

Petaling Jaya: Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin berkata saksi yang dikaitkan dengan dakwaan pemberian wang RM1.5 juta oleh menteri kabinet kepada seorang pelakon wanita akan diketengahkan kepada umum tidak lama lagi.

Menurut Zuraida selain dari saksi utama, saksi-saksi yang terlibat juga akan ditampilkan beserta dengan bukti lain dan pihaknya akan melaporkan dakwaan itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) minggu depan.

Ketika ditanya mengenai tindakan undang-undang yang bakal dihadapi beliau oleh individu terlibat, Zuraida berkata beliau sedia berdepan dengan perkara itu.

Zuraida menegaskan bahawa beliau mempunyai bukti-bukti kukuh berhubung dakwaan tersebut.

“Kita rancang akan bawa saksi utama dan beberapa saksi terlibat termasuklah kenalan pelakon wanita berkenaan.

“Saya tunggu sekiranya mereka mahu saman. Kita yakin dengan bukti yang ada. Kita dan kaji setiap maklumat yang diperolehi,” katanya ketika dihubungi FMT.

Zuraida ketika sesi parlimen minggu lalu mempersoalkan pemberian wang tunai sebanyak RM1.5 juta oleh Menteri Pembangunan Wilayah dan Luar Bandar Datuk Seri Mohd Shafie Apdal kepada artis yang dikenali melalui filem Anak Mami, Zahida Mohd Rafik hanya dalam tempoh empat bulan.

Zuraida mendedahkan maklumat itu berdasarkan laporan polis yang telah dibuat oleh pemandu peribadi artis terbabit ekoran tindakan artis tersebut yang membuat laporan polis menuduh beliau melarikan duitnya sebanyak RM200,000 pada 3 Mac lalu.

Di dalam laporan polis yang dibuat pada 13 Mac lepas, pemandu itu mendakwa artis berkenaan telah membuat laporan palsu terhadapnya kononnya beliau melarikan wang itu.

Justeru, Zuraidah meminta menteri berkenaan menjawab persoalan yang beliau bangkitkan itu.

Shafie Apdal menafikan bahawa satu laporan polis telah dibuat oleh bekas pemandu Zahida bahawa beliau telah membuat sejumlah bayaran kepada Zahida. -FMT

Skandal Menteri Beri RM1.5J Pada Artis Akan Didedah


SHAH ALAM 25 APRIL : Saksi yang dikaitkan dengan dakwaan pemberian wang RM1.5 juta oleh menteri kabinet kepada seorang pelakon wanita akan diketengahkan kepada umum tidak lama lagi.

MP Ampang, Zuraida Kamaruddin berkata selain dari saksi utama, saksi-saksi yang terlibat juga akan ditampilkan beserta dengan bukti lain dan pihaknya akan melaporkan dakwaan itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) minggu depan.

Katanya, beliau juga bersedia dengan tindakan undang-undang yang bakal dihadapi beliau oleh individu yang terlibat.

Zuraida turut menegaskan bahawa beliau mempunyai bukti-bukti kukuh berhubung dakwaan terbabit.

“Kita rancang akan bawa saksi utama dan beberapa saksi terlibat termasuklah kenalan pelakon wanita berkenaan.

“Saya tunggu sekiranya mereka mahu saman. Kita yakin dengan bukti yang ada. Kita dan kaji setiap maklumat yang diperolehi,” katanya ketika dihubungi.

Baru-baru ini, Zuraida ketika sesi parlimen minggu lalu mempersoalkan pemberian wang tunai sebanyak RM1.5 juta oleh Menteri Pembangunan Wilayah dan Luar Bandar Datuk Seri Mohd Shafie Apdal kepada artis yang dikenali melalui filem Anak Mami, Zahida Mohd Rafik hanya dalam tempoh empat bulan.

Beliau mendedahkan maklumat itu berdasarkan laporan polis yang telah dibuat oleh pemandu peribadi artis terbabit ekoran tindakan artis tersebut yang membuat laporan polis menuduh beliau melarikan duitnya sebanyak RM200,000 pada 3 Mac lalu.

Dalam laporan polis yang dibuat pada 13 Mac lepas, pemandu itu mendakwa artis berkenaan telah membuat laporan palsu terhadapnya kononnya beliau melarikan wang itu.

Justeru, Zuraidah meminta menteri berkenaan menjawab persoalan yang beliau bangkitkan itu.
-selangorku


8 ulasan:

maie1958 berkata...

langit tak selalunya cerah safiee..kau lupa musuh kau keliling pingang,bolih jadi bini kau,anak kau,kawan2 kau lebih2 lagi langau2 united lembu yang tunggu mangsa aja....nasib kau lah safiee,dulu kata parti orang sesat,rupa2nya parti lagi teruk penuh dengan tahi!!!!!

kampong lad berkata...

'Dalam laporan polis yang dibuat pada 13 Mac lepas, pemandu itu mendakwa artis berkenaan telah membuat laporan palsu terhadapnya kononnya beliau melarikan wang itu'.

apa status kes2 ni? pemandu tu ada dlm ka atau dah keluaq atau habok pun takdak?

Tanpa Nama berkata...

muke tak hengsem, nak pakai brg baik..maintainance tinggi last2 msk jerat..musuh lembu2 kondo ramai tunggu masih nak sesah kau...nasib kaulah labu..i kuat dikerjai dek piee u tau tak! at least i dah jutwan..

Tanpa Nama berkata...

Memang seafdhal2nya kes ini dibawa ke SPRM dan peguam negara jangan x nak dakwa plk atas alasan bukti x cukup

Tanpa Nama berkata...

APALAH PUNYA MENTERI MACAM NI.TAK UBAH SEPERTI FILEM TAMIL....

Amuraria berkata...

SYABAS WAKIL PKR,DEDAH JANGAN TAK DEDAH SEGALA KELENTONGAN & PENYELEWENGAN BARUA-BARUA UMNO-APCO-BN NI,DARI DULU SEJAK PERINTAH MALAYSIA TAK ADA SESIAPA BERANI DEDAH ATAU BONGKAR KEBEJATAN-KEBEJATAN PEMIMPIN-PEMIMPIN UMNO ,KINI RAKYAT BERANI & DAH BUKA MATA BUKAN DUDUK BAWAH TEMPURUBG DAN MELALAK MACAM SANG KATAK BRAHING TU (LAGU JAMAL)! DEDAH & BONGKAR SEGALA CACAMARBA & TAIK PEMIMPIN-PEMIMPIN UMNO SEBELUM MALAYSIA LINGKOP ! UNDI SELAIN UMNO-APCO-BN !

Tanpa Nama berkata...

Kami sebagai pengundi hanya mahu yang salah didakwa oleh jabatan pendakwa raya tanpa pilih bulu.

Tanpa Nama berkata...

pesan kepada pemandu tu.. andai kata kalua diorg nak sogok jutaan ringgit utk pnafian kes ni ko ambik jgn x ambik rugi.. pas tu kau jelaskan pkara sebenarnye.. tapi biar diorang kasi duit dulu... separuh pon x pe.. klau x msk angin keluar asap ko..