11 Mac 2012

Shahrizat Umum Letak Jawatan Petang Ini

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil Shahrizat akan mengumumkan perletakan jawatan beliau untuk semua jawatan hari ini.

The Malaysian Insider difahamkan beliau akan membuat pengumuman secara rasmi berkenaan perletakan jawatan itu dalam sidang media petang ini.

Pembantu Ketua Wanita Umno ini yang dihubungi The Malaysian Insider berkata, Shahrizat akan membuat pengumuman tersebut kepada media di Desa Waterpark jam 3 petang ini.

“Saya tidak boleh bercakap dengan lebih lanjut, datang ke sidang media tersebut jam 3 petang ini dan anda akan tahu,” katanya.

Akhbar harian berbahasa Inggeris, The New Straits Times pagi ini melaporkan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (gambar) akan meletak jawatan untuk setiap jawatan yang dipegang beliau dalam beberapa hari lagi.

Akhbar berkenaan berkata, menurut satu sumber, Shahrizat telah memaklumkan pegawai terdekatnya Jumaat lalu bahawa beliau akan melepaskan jawatan menteri dan juga Ketua Wanita Umno.

“Shahrizat telah memberitahu kami beliau ingin melepaskan kedua-dua jawatan. Beliau tidak setuju dengan cadangan beliau letak jawatan sebagai menteri tetapi kekal sebagai Ketua Wanita Umno sehingga pilihan raya depan.

“Beliau telah buat keputusan untuk melepaskan kedua-dua jawatan tersebut,” jelas Ketua Wanita Umno negeri.

Seorang lagi pemimpin kanan Wanita memberitahu akhbar berkenaan bahawa seorang pembantu Shahrizat telah memaklumkan beliau akan meletak jawatan semalam.

“Namun perkara itu tidak berlaku. Kami masih lagi berteka teki kerana pegawainya yakin pengumuman akan dibuat semalam. Mungkin beliau menantikan masa yang sesuaI,” kata sumber tersebut.

The Malaysian Insider turut difahamkan Shahrizat akan membuat pengumuman rasmi malam tadi, tetapi beliau masih lagi belum berbuat sedemikian.

The New Straits Times turut melaporkan berdasarkan sumber peringkat tertinggi bahawa mereka yakin Shahrizat tidak akan bertanding untuk pilihan raya akan datang.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam berkata pengumuman terhadap perletakan jawatan Shahrizat akan dibuat kemudian.

“Terdapat banyak sangat khabar angin. Tapi kita akan membuat pengumuman dalam keadaan yang lebih teratur,” kata Presiden Umno itu di Johor.

Spekulasi nasib Shahrizat telah menjadi bualan hangat sepanjang minggu ini, dengan berbulan dakwaan bahawa beliau dan keluarganya telah menyalahgunakan dana awam bernilai RM250 juta untuk projek Pusat Fidlot Nasional (NFC) bagi kegunaan peribadi.

Skandal NFC menjadi perhatian umum setelah dilaporkan dalam Laporan Tahunan Ketua Audit Negara 2010 projek ternakan lembu di Gemas itu gagal menepati sasaran.

Bekas Ahli Parlimen Lembah Pantai ini telah menerima desakan meletak jawatan daripada pembangkang termasuk pemimpin veteran Umno, dengan menegaskan beliau hanyalah isteri kepada Salleh dan tiada kena mengena dengan projek tersebut.

Pihak polis bulan lalu telah mencadangkan agar Peguam Negara mendakwa pengarah NFCorp atas tuduhan pecah amanah, namun beliau meminta agar pihak polis untuk menjalankan siasatan dengan lebih terperinci berhubung perkara itu. -TMI

Shahrizat to resign

DATUK Seri Shahrizat Abdul Jalil will resign as minister and Wanita Umno chief in the next few days, sources close to her who are also senior movement leaders said.

A state Wanita Umno chief said Shahrizat, who is also Women, Family and Community Development Minister, told her close circle of executive council members on Friday night that she would be relinquishing both her posts.

It is also learnt that Shahrizat had met with Prime Minister Datuk Seri Najib Razak on Friday to discuss her resignation. “Shahrizat told us she wanted to let go of both her posts. She was not happy with suggestions that she resign as minister but remain as Wanita Umno chief until the next party election. She sees no point in this.

Therefore, she made up her mind to relinquish both positions,” said the state Wanita Umno chief.

The source added that some of the movement’s senior leaders who were upset with Shahrizat’s decision met with Najib the same day to discuss the matter. Another senior Wanita leader said a close aide of Shahrizat’s had informed some Wanita members that Shahrizat would resign on Saturday (yesterday).

"However, this did not happen. We are puzzled as her officer was very confident that an announcement would be made that day. Perhaps she is waiting for the right time."

Other highly-placed sources said it was certain that Shahrizat would not be fielded in the upcoming general election. There were also many other signs yesterday pointing to an impending announcement of Shahrizat's resignation.

Najib and Shahrizat's short exchange before the start of a press conference following the launch of a Wanita Barisan Nasional welfare programme, Jelajah Sayang 1Malaysia, at the Pasir Gudang Municipal Council, fuelled speculation that the Wanita Umno chief would make an important announcement soon.

Shahrizat was stopped by Najib while they were both walking towards the stage for the press conference. They proceeded to discuss in hushed tones while approaching their seats on the stage.

Reporters overheard what was discussed between the two. To a question from Najib, Shahrizat said: "It is not the right place. It is not proper. Maybe tomorrow (today)."

Realising what she said was heard by press members, Shahrizat flashed them a smile and sat down.

When asked later on rumours that Shahrizat was resigning, Najib said an announcement about Shahrizat's posts would be made later.

"There are all kinds of rumours. But we will make the appropriate announcement," said Najib.

When pressed further on whether Shahrizat would be resigning as minister or Wanita Umno chief, Najib said: "Don't worry, we will make the proper announcement."

Shahrizat had recently said that she was leaving it to Najib whether to reappoint her as senator when her term expires on April 8.

Shahrizat had arrived in Johor on Friday to attend a Wanita Umno retreat at the Biro Tatanegara camp in Gunung Pulai near Kulaijaya. A notable absentee at the retreat was her deputy, Datuk Kamilia Ibrahim, who has a strained relationship with Shahrizat following her statement that Umno's leaders must place party interests above their own.

The Pasir Gudang event yesterday was Shahrizat's second for the day, after the Wanita Umno Jelajah Squad Sayang event at Gunung Pulai launched by Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Shahrizat is linked to the National Feedlot Corporation (NFCorp) controversy.
Her husband, Datuk Dr Mohamed Salleh Ismail, heads the NFCorp, which is involved in the beef valley project, the National Feedlot Centre, in Gemas, Negri Sembilan.

The 2010 Auditor-General's Report had pointed out several weaknesses in the project. Various quarters had urged Shahrizat to step down as minister.

Shahrizat was appointed as women and family development minister in 2001 and held the post until March 2008 when she lost in the general election.

She was then appointed as a special adviser to the prime minister on women affairs and social development. A year later, she was reappointed as women, family and community development minister. Additional reporting by Masami Mustaza and Rozanna Latiff.
-NST



Laporan sebelum ini
klik untuk baca




7 ulasan:

Awanama berkata...

Walaupun Shahrizat letak jawatan, isunya tidak sesekali selesai kerana NFC ini saya segelintir penyalahgunaan dana / perumtukan rakyat. Yang perlu berundur dan perlu diundurkan ialah UMNO-BN, itulah puncanya.

kampong lad berkata...

letak jawatan......so what? dia ingat 'dosa' penyelewengan boleh hilang ka? how abt the rest, najib incuded. buat 'confession', bayaq denda sikit, yg lain jadi halal.

Awanama berkata...

Jangan pula sebab pengunduran ini menyebabkan kes NFC ini ditutup

harun berkata...

sapa kata umno/bn rasuah? dak aikk depa ambik duit nak bantu rakyat hampa saja sakit ati.ni semua DSAI punya pasai la.

Awanama berkata...

kes nfc kena teruskan sebab menyalah gunakan wang rakyat, salah hantar mamee sharizat ke homes stay sungai buloh ada berani wahai peminpin umno bn yahudi bangsat dan penghianat bangsa dan negara. Den cabar najib and the gang.

Awanama berkata...

masih ingat lagi denga kes seorang pemuda yg dijatuhi hukuman penjara 3 tahun kerana mencuri RM20 bagi tujuan membeli susu anaknya. mungkin Shahrizat ni sama jugak. jadi korang pikir la berapa lama yg sepatutnya minah ni kene penjara kalau jutaan ringgit yg dicuri. yg peliknya sistem kehakiman malaysia ni tak berapa pandai kira2 kot. buktinya mcm kes pemuda tersebut dgn kes khir toyo. tak reti lah aku apa nk jadi dgn hakim2 kat malaysia ni. apa yg mempengaruhi keputusan dorang ni. yg pasti korang takkan lepas di hakimi di padang Mahsyar kelak. itu sudah pasti

Awanama berkata...

bersembang dengan seorang rakan, dia kata meluat tengok muka minah ni. dia juga kata meluat tengok muka mamat yang benama jamil khir baharom sampai dia dah lupa dengan nama tu sampai saya sebut baru dia boleh perbetukan. rakan saya ni dulu penyokong taksub dengan umno; kutuk pembangkang rapat.