13 Mac 2012

Kes Bunuh Dirang: Ibu Dirang Terima SMS Ugutan Minta Wang Tebusan RM30,000

Dirang dibunuh

JOHOR BAHRU: Misteri kehilangan kanak-kanak berusia lima tahun, Nurul Nadirah Abdullah, dari kediamannya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam pada 1 Mac lalu terjawab apabila polis mengesahkan dia mati dibunuh.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin berkata, mayat rentung yang ditemui berhampiran kediaman berkenaan pada 8 Mac lalu dikenal pasti sebagai mayat Nadirah atau lebih mesra dipanggil Dirang.

“Kami menemui satu mayat rentung di Nusa Damai di sini, pada 8 Mac lalu dan siasatan di lokasi kejadian berjaya menemui serpihan tulang.

“Kami juga berjaya mendapatkan sampel deoxyribonucleic asid (DNA) daripadanya. Ia dihantar ke makmal dan hasilnya mendapati ia sepadan dengan DNA ibu mangsa,” katanya, di sini, semalam.

Menurut Roslan, siasatan awal mendapati rangka berkenaan adalah milik manusia dewasa, tetapi selepas siasatan lanjut dijalankan, ia sebenarnya milik kanak-kanak malang itu.

“Berikutan pengesahan DNA itu, kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh berbanding sebelum ini yang disiasat atas aduan orang hilang.

“Semua empat individu termasuk bapa kandung mangsa yang ditahan sebelum ini akan dilanjutkan tempoh tahanan reman bagi membantu siasatan,” katanya.

Menurut Roslan, pihaknya juga belum dapat memastikan motif sebenar kejadian.

Roslan berkata, berdasarkan pemeriksaan di lokasi kejadian, mayat yang ditemui pada 8 Mac lalu itu rentung teruk hingga menyukarkan pihaknya membuat pengecaman.

Sebelum ini, penemuan serpihan rangka manusia di dalam kawasan ladang kelapa sawit Nusa Damai pada 8 Mac lalu menggemparkan penduduk sekitar kerana menyangka ia milik Dirang.

Rangka manusia yang awalnya disangka dewasa dibakar hingga rentung itu ditemui di dalam sebuah lubang oleh orang awam sebelum memaklumkannya kepada polis.

Siasatan awal polis mendapati serpihan rangka manusia berkenaan sudah dibakar lebih dari lima hari hingga menyukarkan proses untuk mengenal pasti identiti dan jantinanya. -hm


PILU...Roselyn (tengah) ditenangkan ahli keluarga yang sedih selepas menerima berita penemuan mayat Dirang, semalam.


Dirang dibunuh, bakar

JOHOR BAHRU: Nurul Nadirah Abdullah atau Dirang, 5, (kiri) yang dilaporkan hilang dari rumahnya di Flet Sri Delima, Bandar Seri Alam, sejak 13 hari lalu, disahkan dibunuh dan dibakar selepas ujian DNA rangka manusia yang ditemui rentung di ladang kelapa sawit Nusa Damai, Khamis lalu, dilakukan.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin, berkata pengesahan itu dibuat selepas Jabatan Kimia membandingkan sampel DNA mayat yang dijumpai itu dengan ibu mangsa, Roselyn Alan, 25.

Keputusan DNA itu hanya diperoleh kira-kira jam 2 petang semalam.

JOHOR BAHRU: Nurul Nadirah Abdullah atau Dirang, 5, yang dilaporkan hilang dari rumahnya di Flat Sri Delima, Bandar Seri Alam, sejak 13 hari lalu, disahkan dibunuh dan dibakar selepas ujian DNA rangka manusia yang ditemui rentung di ladang kelapa sawit Nusa Damai, Khamis lalu, dilakukan.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin, berkata pengesahan itu dibuat selepas Jabatan Kimia membandingkan sampel DNA mayat yang dijumpai itu dengan ibu mangsa, Roselyn Alan, 25. Keputusan DNA itu hanya diperoleh kira-kira jam 2 petang semalam.

Rangka manusia itu dijumpai kira-kira jam 9 pagi dalam sebuah lubang yang baru digali di ladang itu, 3.5 kilometer dari rumah mangsa jika melalui jalan ladang dan 20 kilometer mengikut laluan biasa.

Nurul Nadirah dilaporkan hilang selepas ke kedai runcit di tingkat bawah blok perumahan bersebelahan kediamannya untuk membeli mi segera dan telur dengan membawa wang tunai RM4, dalam kejadian jam 10 pagi 1 Mac lalu.

Kehilangannya menimbulkan tanda tanya apabila sebelah seliparnya ditemui dalam kebun sawit berhampiran perumahan itu, manakala satu lagi ditemui 500 meter dari situ dengan telur yang dibelinya pecah dan mi segera bertaburan.

Sehingga ini, polis menahan empat individu termasuk bapa kandung mangsa dan sepasang suami isteri bagi membantu siasatan.

Serpihan rangka manusia yang dibakar itu ditemui orang ramai lapan hari selepas kehilangan mangsa tetapi polis pada mulanya menyangka rangka itu individu dewasa berikutan saiznya,

Siasatan awal polis mendapati serpihan rangka manusia itu dibakar lebih daripada lima hari hingga sukar untuk mengenal pasti identiti serta jantinanya.

Roslan berkata, tempoh tahanan reman empat suspek termasuk bapa kandung Nurul Nadirah yang ditahan Khamis lalu, dilanjutkan bagi membolehkan siasatan dijalankan dengan terperinci.

Katanya, bapa kandung mangsa ditahan sehingga 19 Mac ini manakala tempoh penahanan tiga lagi suspek termasuk sepasang suami isteri disambung sehingga 16 Mac.
-BH


Ibu meraung ratapi pemergian Dirang

PASIR GUDANG: Suasana sayu menyelubungi rumah Nurul Nadirah Abdullah apabila ibunya, Roselyn Alan, meraung sebaik mengetahui kematian anak kesayangannya, daripada polis kira-kira jam 6.45 petang selepas keputusan ujian DNA diperoleh.

Roselyn, 25, menangis tanpa henti dengan sesekali memanggil nama Dirang menyebabkan anggota keluarga dan jiran mangsa turut menitiskan air mata.

Ibu saudara mangsa, Merlinda Budin, 22, tidak menyangka mimpi melihat mangsa menangis dengan tangan diikat dan mulut ditutup pita pelekat dalam sebuah pondok yang sedang terbakar di ladang kelapa sawit, akhirnya menjadi kenyataan apabila dimaklumkan mengenai kematian Dirang.

“Dalam mimpi itu saya melihat dengan jelas Dirang menangis dengan keadaan tangan diikat dan mulut ditutup dalam sebuah pondok yang sedang terbakar. Malah dalam mimpi itu, Dirang berulang kali memanggil saya supaya dikeluarkan daripada api.

“Saya cuba menyelamatkannya sebelum terjaga. Saya memaklumkan mimpi kepada Roselyn dan kami berusaha mencarinya di lokasi seperti dalam mimpi tetapi tidak menemuinya,” katanya.

Merlinda tidak menyangka kejadian itu boleh berlaku terhadap Dirang kerana pada hari kejadian dia terserempak dengan anak saudaranya itu.

“Ketika bertembung dengan Dirang saya sempat bertanya hendak ke mana tetapi dia tidak menjawab tetapi hanya tersenyum dan berjalan ke arah kedai. Saya pula terus pulang.

“Bagaimanapun, saya mula berasa tidak kena apabila ibu Dirang mundar-mandir di bawah flet sebelum memaklumkan Dirang tidak pulang selepas ke kedai pada waktu pagi,” katanya.

Sementara itu nenek Dirang, Milnah Jul, 52, berkata sebelum polis datang, Roselyn terus mencari anaknya apabila penemuan rangka di kebun sawit Khamis lalu dikatakan bukan anaknya.

“Dia senang hati apabila mayat itu dikatakan bukan Dirang, tetapi apabila menerima berita jam 6.45 petang tadi Roselyn tidak dapat menerima berita kematian Dirang.

“Saya tidak menyangka Dirang diperlakukan sekejam itu sehingga kanak-kanak kecil itu dibunuh dan dibakar. Saya tidak tahu apa salah Dirang. Saya harap binatang yang melakukan perkara ini mendapat balasan sewajarnya,’ katanya.

Terdahulu, Roselyn ketika ditemui tengah hari, berkata dia menerima panggilan telefon dan khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada seorang wanita yang tidak dikenali mengugut akan membunuh Dirang jika tidak dibayar wang tebusan sehingga RM30,000.

“Antara SMS yang saya terima: “Kalau kau mahu anak kau, aku mahu wang RM10,000 di Taman Tengku Anis masa jam 12 tengah hari, kalau tidak anak kau mati”, "Kalau kau tak datang pada hari Ahad anak kau akan dijual di Thailand,” katanya.

Roselyn berkata, ugutan itu diterima pada malam Rabu lalu daripada seorang wanita yang mendakwa menyimpan anaknya itu dan meminta wang tebusan RM30,000 dihantar ke Taman Tengku Anis, Kota Bharu, Kelantan.

Katanya, selepas wanita itu mematikan telefon, beliau cuba menghubunginya tetapi tidak berjawab sehinggalah beliau menghantar SMS supaya wanita itu menghantar gambar anaknya sebagai bukti dan mendengar suara Dirang.

“Wanita itu membalas SMS dengan meminta menjelaskan wang terlebih dulu sebelum menunaikan permintaan saya. Keesokannya, saya sekali lagi menerima SMS daripada nombor sama meminta saya menyediakan wang RM10,000 di tempat yang sama pada jam 12 tengah hari atau anak saya akan mati.

“Saya cuba menghubunginya sekali lagi tetapi tiada jawapan sehinggalah Jumaat lalu, saya mendapat satu lagi SMS meminta membawa wang tunai RM10,000 dan menghantarnya pada Ahad ke taman sama. Wanita itu juga mengugut akan menjual Dirang kepada sindiket kanak-kanak di Thailand,”
katanya.

Roselyn berkata, susulan daripada panggilan telefon dan SMS itu, beliau memaklumkannya kepada pegawai penyiasat yang mengendalikan kes anaknya untuk tindakan lanjut.
-BH



Laporan sebelum ini
klik untuk baca



6 ulasan:

hairan berkata...

innalillah... simpati dan takzih utk keluarga mangsa. Mudah2an setan tuh dpt di tangkap! amin

hmmm hairan aku, kata kadar jenayah turun tapi tiap2 hari ada je kes bunuh, culik, curi, rompak, dlll... polis kita nih guna statistik zaman batu kot???!!

Inilah ajdinya bila polis dan pihak yang berkuasa dah terlalu korup dan rasuah!

malang sungguh Negara ku....

tanda soal berkata...

innalillahirajiun.. sama-sama lah kita doakan agar si 'celaka' yang membunuh arwah dilaknati Allah dunia & akhirat dgn azab yg sedahsyat mungkin! amin

Awanama berkata...

ini bukan masalah polis korup atau salah polis, ibubapa yang patut dipersalahkan sepenuhnya ... anak lima tahun dibiarkan berjalan sendirian...ini tak ada sikap tanggungjawab ibubapa /keluarga....kita lihat ini banyak berlaku..anak anak kecil dibiarkan bermain di tepi jalanraya .....menyesal kemudian, tiada gunanya.... gunalah pemikiran skit... sayangi anak anak sejujurnya...bukan cakap aje....ncycte redusp

Awanama berkata...

masyarakat islam kita sama, keruntuhan moral tahap apa tah.. takut memikirkaan bala Allah akan turun disebabkan derhaka org Islam kpd Allah, kalau bala turun semua org akan kena, tapi org yg berbuat maksiat, org kejam tak fikir macam ni, yg jahat tetap jahat, soal2 basic pun org Islam tak tahu apatah lagi takut. org melayu bunuh diri @ cubaan bunuh diri dah jadi perkara biasa, bayangkan org Islam nak bunuh diri, agama letak di mana, tak ada dlm hati?

benda basic macam tutup aurat pun org melayu islam ambil mudah. sumber rezeki tak diambil kira halal haram, rancangan realiti tv menjadi kegilaan muda-mudi malah org2 tua menjadi penyokong kuat, apa nak jadi, masalah rempit tak usah cakaplah, di mana ibubapa yg sepatutnya menjaga dan menegur anak2 mereka, bukan jaga bagi makan saja, bukan jaga bagi idup saja, tapi t/jwp ibubapa menegur anak sampai bila2/mati. bayangkan para remaja yg kurang akhlak ni akan membesar dan menjadi ahli masyarakat yg dewasa, apa nak jadi dgn masyarakat kita ni.

tokguru selalu cakap, jika org melayu tak mau islam, jgn terkejut Allah akan bagi Islam pd bangsa lain, di malaysia cina islam pun dah menyerlah, india islam pun.

melayu yg semakin layu dan mundur keislamannya.

din berendoi berkata...

Ini soal tanggungjawab ibubapa, dah berlaku nak kata apa lagi... takdir. Kenapa dok kait dengan polis korup pulak, ini tak ada kena mengena dengan fakta kes ! Rasional la jangan ikut emosi.

Awanama berkata...

al-fatehah.......

Nasihat saya kepada ibu dan kaum keluarga Allahyarhamah Nadirah:
1. Kita kembalikan kepada Allah. Jangan terlalu menangisi orang yang telah pergi. Sudah tentu ada hikmahnya. Suka atau tidak suka perginya orang tersayang semestinya kita kena redha. Segala-gala di atas muka bumi ini bukan hak kita. Dipinjamkan sahaja;
2. Marilah kita sama-sama berdoa agar orang yang terlibat dengan pembunuhan ini berjaya ditangkap dan dibawa ke pengadilan. Bukankah anggota keselamatan kita tercanggih di Asia Tenggara dan minta Menteri Keselamatan memberi jaminan ini selaras dengan kata-kata beliau bahawa Malaysia ialah negara yang paling selamat di Asia Tenggara dan yang ke-16 paling selamat di dunia;
3. Saya masih menaruh harapan agar DNA yang dibuat ujikaji oleh Jabatan Kimia itu tidak benar.....wallahualam.

esdi