5 Feb 2012

Hassan Ali Tak Merayu, Lebih Suka Merayau & Meracau

Dr Mahfodz: Saya paling rapat dengan Dr Hasan

Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed (gambar) mungkin paling kecewa dengan keputusan Datuk Dr Hasan Ali tidak mahu merayu menyertai semula PAS.

Naib ketua dewan ulamak PAS mengakui beliau sangat rapat dengan Dr Hasan yang dipecat dari parti awal Januari lalu.

Bekas pesuruhjaya PAS Selangor itu dipecat kerana mempunyai pendirian berbeza dengan parti dan juga Pakatan Rakyat.

Dr Hasan yang menubuhkan NGO JATI kerap menyerang PAS dalam siri program di seluruh negara.

“Saya kenal rapat dengan Dr Hasan dan selalu bertemu di masjid Mujahiddin Damansara Utama.

“Malah saya orang pertama yang diarahkan parti bertemu bekas exco agama kerajaan negeri Selangor untuk mendapatkan penjelasan mengapa menyerang PAS.

“Saya dan isteri pergi ke rumah Dr Hasan di Pinggiran Taman Tun Dr Ismail di Kuala Lumpur tetapi beliau tidak membuka pintu untuk kami masuk.

“Jadi kami tidak dapat bertemu Dr Hasan,” kata Dr Mahfodz.

Nasharuddin janji kekal

Berbeza dengan Nasharuddin Mat Isa, ahli parlimen Bachok itu berjanji kekal dengan perjuangan PAS.

Kata, Dr Mahfodz, beliau mendapat kepastian itu dari SMS yang dihantar oleh bekas naib presiden PAS itu.

Masa depan Nasharuddin dalam PAS menjadi tanda tanya selepas kegagalan mempertahankan jawatan dalam pemilihan parti Julai tahun lalu.

Beliau yang sudah dua penggal menjadi timbalan presiden PAS kalah kepada pemimpin veteran Mohamad Sabu.-FMT

Hasan Ali tidak akan rayu

KUALA LUMPUR - Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali menegaskan beliau tidak akan membuat rayuan terhadap keputusan pemecatannya sebagai ahli parti Islam itu.

Beliau dipecat oleh Pas pada 8 Januari lalu dan mempunyai 30 hari untuk membuat rayuan.

Hasan yang juga bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor sekali lagi membantah keputusan pemecatan beliau dengan menyifatkan tindakan itu diambil secara arbitari dan mengikut selera 'parasit' yang mahu beliau keluar Pas.

"Peranan parasit yang begitu menonjol dalam mesyuarat membuat keputusan tersebut sehingga pimpinan tertinggi terpaksa membuat keputusan di luar batasan pengurusan manusia dalam organisasi seperti lazim dilakukan.

"Saya juga tidak pernah menerima surat, pesanan ringkas atau panggilan telefon meminta saya hadir khusus untuk memberi keterangan terhadap apa-apa pertuduhan (sekiranya ada) yang dikenakan terhadap saya," kata beliau pada sidang media di rumahnya di sini, petang ini.

Menurut Hasan, beliau tetap berpegang kepada kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang menyatakan bahawa segala-galanya yang melibatkan dirinya telah selesai selepas Pertemuan Mahabbah di Kota Bahru pada 27 Disember lalu.

Mengulas isu sama, Hasan berkata, hala tuju dan dasar perjuangan parti telah terkeluar dari landasan asalnya apabila negara Islam, hukum hudud, kepimpinan ulama ukhwah Islamiyah dan akhlak Islam tidak lagi menjadi amalan serta urusan harian parti.

“Sebelum ini, saya sering mencadangkan supaya Pas mengkaji semula kedudukannya dalam Pakatan Rakyat (PR) kerana pendekatan akomodatif yang diambil oleh ‘parasit’ di dalam Pas melampaui hal berkaitan dasar parti hingga terpaksa dikorbankan demi menjaga hubungan bersama PR.

“Dalam konteks negeri Selangor, saya sendiri menghadapi kesukaran dan suasana serba salah untuk melonjak, menjunjung dan mendaulatkan Islam serta bangsa Melayu seperti yang termaktub dalam pernyataan dasar parti,” katanya.

Hasan menambah, antara sebab beliau enggan membuat rayuan adalah kerana mendapati pimpinan ‘parasit’ dalam Pas lebih gemar mendengar pandangan daripada DAP dan PKR berbanding daripada wakil partinya sendiri dalam hal pentadbiran Kerajaan Negeri.

Katanya, ruang untuk Islam di Selangor khususnya berkaitan hal nahi mungkar menjadi perkara pokok perjuangan Pas hampir tidak wujud kerana DAP, PKR dan sebahagian daripada pimpinan Pas Negeri yang menjadi ‘parasit’ tidak menyebelahi beliau.

“Alasan yang diberikan ialah kerana pendapat saya kononnya bercanggah dengan hak asasi manusia, kebebasan individu, hak untuk memilih dan demi mengutamakan Putrajaya.

“Hampir dalam semua perkara, Pimpinan ‘parasit’ ini menyuarakan pandangan negatif terhadap semua yang saya lakukan sebaliknya mereka lebih suka menyerang saya termasuk menyuarakan melalui media masa yang sebenarnya sudah jauh menyimpang daripada amalan akhlak Islam,” katanya.
-SH


6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hassan ali memang berjuang utk islam tapi belum matang dlm permainan licik umno...15 tahun dlm PAS adalah sia-sia

Tanpa Nama berkata...

kalau dah sampai meracau dan merayau itu dah kes bahaya tu,nak kena panggil pawang minta air penawar

1 Malaysia berkata...

Kata Dr Mahfodz Mohamed, “Saya dan isteri pergi ke rumah Dr Hasan di Pinggiran Taman Tun Dr Ismail di Kuala Lumpur tetapi beliau tidak membuka pintu untuk kami masuk." Apa dah jadi dengan DHA? Asas Islam pun tak erti, tetamu harus dihormati, tambahan lagi kawan lama.
Dia yang jadi Tok Dalang untuk memecahkan perpaduan PR demi untuk memenangkan BN. Dia ingat orang lain bodoh kot. AKU berharap tak usahlah DHA dok bincang pasal hala tuju PR sebab dia bukan lagi sebahagian daripada PR. Lebih baik dia bercerita cara bagaiman dia nak memperkukuhkan institusi dan agenda abasiyahnya. JATIkan diri anda dulu. Sembahyang sunat banyak-banyak agar Allah swt memberi petunjuk dan hidayahNya.

Waris berkata...

Tak payah layan lagi orang gila jawatan mcm hasan ali ni. Dulu pun pernah buat perangai mcm ni masa kalah pertandingan ketua bahagian umno. Lepas tu masuk pas utk cuba nasib.

Menang jawatan tapi tak cukup tinggi sebab sasaran dia nak jadi MB. Akhirnya pas pecat dan dapat terus jadi MB (Mangkuk Berayun) yg diidam idamkan.

yes berkata...

Lupakan Hassan Ali, kita teruskan perjuangan PAS

Tanpa Nama berkata...

Minta Hassan Ali letak jawatan sebagai ADUN, kerana makan elaun YB haram sebab tak mewakili pakatan rakyat.
Cakap merapu sana sini tak guna lebih baik bertaubat kpd Allah s.w.t.