7 Feb 2012

[Bongkar] Pengikut Twitter Najib 1/2 Juta, Najib Menipu Atau Tertipu?

Perang siber menggunakan twitter, blog, facebook semakin rancak. Ramai pemimpin negara turut menyertainya sekalipun ramai diantara mereka hanya mengupah orang lain untuk memncipta dan mengemaskinikan akaun mereka sedangkan mereka sendiri zero-knowledge di bidang I.T.

Inilah yang berlaku kepada PM Malaysia bernama Najib. Entah berpaa juta dibelanjakan untuk mengupah mereka yang bergiat di dalam I.T. untuk mencipta dan mengemaskinikan akaun twitternya.

Tetapi malang. Najib menjadi mangsa penipuan. Ikuti pendedahan dari really.tigaline.com ini mengenai penipuan pengikut akaun twitter Najib yang dikatakan mencecah hampir setengah juta oang...

REALLY RAHSIA DISEBALIK AKAUN TWITTER NAJIB TUN RAZAK

Najib Tun Razak Adalah Perdana Menteri Malaysia

Dia sangat popular

Di akaun twitter 426,969 follower

Di akaun facebook 946,494 like

Baru baru ini Najib Razak mengumumkan beliau terharu kerana dapat menjangkau 400,000 pengikut di twitter.



kalau dia nak terharu ada 400,000 pengikut waktu dia mengimamkan solat, tak pe lah, tapi di akaun twitter, sesiapa pun boleh buat lebih dari 1 juta kawan pun boleh… Siapa kata tak boleh? guna taktik macam najib razak ni.

Apa taktiknya?

Really3line mula untuk semak siapa yang menjadi follower di akaun twitter Najib Razak ni. Mengejutkan apabila ramai yang menjadi follower najib razak ini mengunakan profile picture telur.

contohnya macam ni, korang klik sini. Kalau korang malas, negok gambar kat bawah ni.



kalau korang rajin, korang klik lah dekat Najib Razak punya follower di akaun twitternya, banyak sangat yang pakai gambar profile picture telur, yang menunjukan mereka ini yang kita panggil sebagai fake user, atau pun spam.

Macam mane kita boleh tahu mereka ni fake user atau Spam?

Biasanya mereka mengunakan software, atau beberapa website yang membantu untuk membuat fake user, atau beberapa individu yang bekerja untuk membuat email dan create akaun facebook atau twitter.

contoh yang lebih jelas macam ni.






Kalau anda rajin, anda semak lah, yang really3line bagi ini sikit je, follower Najib Razak kan ada lagi 426,960 orang, jadi mungkin lagi ramai yang real user kot…

Tapi cuba buang semua fake user dan spam ni, agak agak berapa je follower yang Najib Razak ada ye?

Benda kecil macam ni pun nak tipu ke? sangat menyedihkan lah, kalau tipu guna benda yang logik sikit macam guna software ni (TWIENDS) tak pe lah, kira berkhemah juga.

Apa pun tahniah kepada Najib Tun Razak kerana mempunyai ramai followers dan Likes yang banyak di laman social seperti facebook dan twitter, walaupun ramai yang spam dan fake user.

SEKIAN. -Really3line


3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

aoklah! kata orang sarawak ngabis duit jak. walupun kelak PRU13 d Sarwak tuk BN sik dapat menang kerosi parlimen sekurang2nya kmek tuklah klak ngundi PR dan mungkin ramai agik juak ngundi pangkah PR. Tunggu jak.

inanam berkata...

urang sabah bilang, BANGAS!! (Basi). Kamurang tunggu jak, jangan bangga kunun sabah sarawak deposit tetap. Sepa bilang sabah gerenti BN menang mimang ndak belajar sejarah.

Urang sabah pernah tukar kerajaan EMPAT KALI - USNO, Berjaya, PBS lepas tu UMNO. Ini kali lah!! Kami urang sabah mau tukar parti pemerintah yang baru...yang ke 5 iaitu PR!! Lugai lugai la kamu masa tu, ini BN semua orang melaya temahak yg monopoli, KAMI MAU PARTI YG BULI BAWA KAMI KE JALAN ISLAM!

Santurin berkata...

Wahai Inanam 0700, aku sokong sama kau. Sekrang aku di Kolompo tapi kalau suda tukar pemerinta.. nah balik Tawau aku !