6 Feb 2012

Apabila Seks Sudah Menjadi Perkara Biasa Bagi Pelajar Sekolah...

Kuala Lumpur – Isu pelajar sekolah mengadakan hubungan seks atau mengandung anak di luar nikah bukanlah merupakan sesuatu yang baru untuk diperkatakan pada hari ini.

Menurut borak-borak penulis bersama beberapa guru di sekolah-sekolah menengah sama ada swasta mahupun bantuan penuh kerajaan, boleh dikatakan hampir setiap tiga bulan mereka diberitahu mengenai kes-kes baru membabitkan hubungan terlarang di kalangan anak-anak murid mereka itu.

Sampai ke satu tahap, cuping telinga guru-guru seolah-olah tepu dan bosan dengan masalah sosial yang kian membarah di kalangan pelajar.

“Apa yang kami mampu, kami dah buat..panggil, nasihat, berleter, kaunseling..nak pukul tak dibenarkan pulak.

“Kami ada beritahu ibubapa pelajar-pelajar ni, mak bapak diorang datang..tapi bukan nak menegur atau berbincang masalah anak..diorang siap marah kami lagi..kononnya kami ada-adakan cerita..dia kata anaknya baik je kat rumah.

“Dalam meeting PIBG pun ada suarakan..tapi cikgu-cikgu jugak yang dipersalahkan..memang kami pendidik..kami beri ilmu..tapi kalau anak-anak mereka tak gunakan ilmu tu dan buat suka hati macamana pulak? Takkan salah kami jugak?,” keluh guru-guru tersebut.

Penulis bawa pula masalah ini di kalangan ibu bapa dan mendapati memang benar apa yang dinyatakan guru-guru tersebut, memang mereka menyalahkan para pendidik di sekolah pun.

“Aku hantar anak aku pergi sekolah..aku nak cikgu ‘sekolahkan’ dia..jadi dia kena buat sampai anak aku pandai la..pandai fikir..pandai beza mana baik mana yang buruk..bukan setakat pelajaran je yang perlu pandai.

“Alaaa..cikgu-cikgu sekarang ni teruk..suka lari dari tanggungjawab, anak aku tu lebih banyak masa dihabiskan di sekolah..bila ada di sekolah maka dia bawah tanggungjawab guru la,” kata ibu bapa pula.

Namun tak semua ibu bapa yang menyalahkan guru, sebaliknya menyalahkan pula kerajaan.

“Aku rasa, kerajaan la yang salah..dasar pendidikan sekarang ni agak terbuka..dah ada internet kat sekolah..tu yang masuk website lucah tu..habis rosak budak-budak.

“Dulu di zaman aku, guru-guru boleh rotan..boleh pukul budak-budak..tapi tak la pukul sampai mati, tapi zaman sekarang ni dasar apa ntah yang kerajaan buat sampai tak kasi jentik budak..tu yang jadi terbalik tu..sekarang ni budak-budak pulak pukul cikgu!,” kata rakan saya yang mempunyai anak di tingkatan 4.

Tergaru-garu kepala penulis mendengar rintihan guru-guru dan para ibu bapa mengenai masalah anak-anak mereka itu.

Persoalannya, bukannya mahu mencari salah sesiapa dan penulis lebih berminat mencari mekanisma yang wajar serta tepat untuk menghapuskan suatu amalan yang tidak patut dijadikan budaya itu.

Apa pula pandangan pembaca? Ada idea? –Mynewshub

19 ulasan:

Awanama berkata...

bagi wak..mekanisma yang terbaik buat sementara ini agar terdapat sedikit pembaharuan adalah semua ibu bapa perlu tandatangan perjanjian dengan guru displin, mana2 ibu bapa yang nak anak mereka dirotan dan serah tanggunggjawab kepada guru untuk mendidik anak mereka sepenuhnya perlu disenaraikan dan pelajar tersebut perlu diasingkan kelas mereka dengan anak2 yang mak bapak nya tak nak anak mereka dijentik...maka ibu bapa perlu di peringatkan bahawa jagaan anak mereka dibawah guru2 adalah waktu persekolahan sahaja..kalau anak2 mereka ditangkap bukan waktu sekolah maka itu adalah waktu dibawah tanggungjawab mak bapak..bagi juga pengajaran kepada mak bapak macam ni..so situasi menang-menang.

din berendoi berkata...

Perkara ini dah terlalu banyak diperbincangkan di pelbagai peringkat oleh pelbagai latar belakang cerdik bodoh pandai. Kerosakan akhlak terus berlaku; memang la dunia akhir zaman. Tetapi dunia belum berakhir. Ia bermula dari awal; pembinaan sesebuah institusi keluarga itu sendiri. Siapa suami siapa isteri. Dari situ berkembang kepada anak-anak. Kalau dah ibu bapa tak sempurna, anak-anak bagaimana pulak. Kini PENGUATKUASAAN adalah satu kaedah berkesan yang boleh digunakan untuk membantu. ........... amacam ?

Awanama berkata...

Senang saja. Apa yang saya buat, yang nak belajaq kita ajaq dia jadi pandai. Yang tak mau belajaq..biaq mampuih pi dia.Kalau luku kepala pi mahkamah atau pi balai.Dok cari penyakit pasai pa...kita pun bukan nak dera depa, nak ajaq jadi elok. Dah tak mau nak buat macam mana.Kalau mak pak tanya, jawab kat depa..anak hang tak mau belajaq,dah lah kurang ajaq.Hang pun serupa dengan anak hang.Ku apa susah..yang nak belajaq ku ajaq..cukup bulan jolok kad keluar duit.

MOHD ASMADI BIN DIN berkata...

kerajaan buat je undang2 benarkan guru2 denda atau rotan murid yang buat salah... kalu ibi bapa x leh terima apa yang guru buat 2, suruh je anak dia brenti skolah.. biar mak bapak dia sendiri ajar kat umah

Amuraria berkata...

MAKBAPAK ERA KINI BANYAK BERPIHAK PADA ANAK2 WALAU ANAK SALAH,SILAP HARIBULAN CIKGU KENA TERUK BELASAH JIKA HUKUM ANAK2 DEPA,CONTOH ANAK2 WALAU KECIL DARJAH 3/4 DAH BAGI MOTO MEREMPIT KELILING KAMPONG & TAMAN ,SAPA BERANI TEGUR JAWAB LA DENGAN MAKBAPAK SAMSENG KAMPONG DUSUN ! NANTI DISERBU SEKELUARGA KERUMAH SAPA YANG TEGUR/NASIHAT ATAU LARANG ANAK2 DEPA ,SERUPA JUGA DISEKOLAH SILAP SIKIT CIKGU KENA SERANG ! BUKAN SALAH IBU MENGANDUNG TAPI SALAH BAPAK DOT DOT DOT KOT ;)

Awanama berkata...

Hmm..
Pi buat soal selidik sket,berapa org mak bapak yg Khatankan anak2 pompuan diorang..Gua dgr dh ramai ibu bapa x sunatkan anak2 pompuan diorang..
Lg satu berapa ramai yg ajar dan didik anak2 mereka utk memberi salam dan bc bismillah 3 x sblm masuk rumah..Setiap rumah ada syaitan yg bertenggek diatas muka pintu(namanya DASIM)yg akan masuk dlm kepala setiap penghuni rumah..Dasim neh masuk dlm kepala ibu bapa utk saling bertengkar dan berselisih,masuk dlm kpla anak2 utk melawan ckp mak bapak..
Lps tuh perasan bagus dan didik anak dgn betul konon..Bila kita ckp mcm tuh ada yg x ble terima konon kolot,tahyul dlm dunia moden mana ada hantu sbb org dh samakan syaitan dgn hantu..bila hantu dikatakan x wujud dgn sendirinya syaitan juga dianggap tidak wujud padahal tulah tipu daya syaitan nk melalaikan manusia dari adab2 Islam dlm berkeluarga,jd Syaitan2 yg tidak dipelajari nama2nya itu akan bebas merosakkan pemikiran org2 yg merasa dirinya moden..

Awanama berkata...

Salam.

Walaupun guru yang mengajar anak kita tp cuba semak, apa tanggungjawab bapa? Sebenarnya tanggungjawab dr sudut agama, memberi ilmu atau anak adalah tanggungjawab ibubapa. Ibubapa la yang akan mencorakkan hitam atau putih. Samada Islam, majusi atau nasrani anak itu. Walaupun kita dah 'sub' kan tanggungjawab kita tu kepada guru, tanggungjawab kita BELUM lagi terlepas. Masing2 perlu main peranan masing2.

Jangan lah jadi 'buat' anak pandai, nak didik anak x reti. Adakah dengan memberi nafkah duit je kat anak2 maka habis lah tanggjawab kita sebagai bapa?

Awanama berkata...

"Senang saja. Apa yang saya buat, yang nak belajaq kita ajaq dia jadi pandai. Yang tak mau belajaq..biaq mampuih pi dia.Kalau luku kepala pi mahkamah atau pi balai.Dok cari penyakit pasai pa...kita pun bukan nak dera depa, nak ajaq jadi elok. Dah tak mau nak buat macam mana.Kalau mak pak tanya, jawab kat depa..anak hang tak mau belajaq,dah lah kurang ajaq.Hang pun serupa dengan anak hang.Ku apa susah..yang nak belajaq ku ajaq..cukup bulan jolok kad keluar duit."

HAHAHAHAHAHA
aku suka ayat ni.
budak2 la ni bukan bulih bg naik pala.cikgu2 patot rembaih bagi terap ataih jalan ja.puas hati.kurang ajaq sangat

Awanama berkata...

Ibu bapa yg terlalu menyebelahi anak, agama diketepikan,tidak bermasyarakat,memanglag anaknya akan rosak. Ianya menjadi virus dan merebak kpd org lain.

Awanama berkata...

simple ja.. AL-HUDUD...

Art Pokon berkata...

Tugas utama dalam mendidik anak2 adalah tanggungjawab ibubapa bukan guru ... jika ibubapa tidak mengajar anak mereka dengan pengetahuan agama, tatasusila maka inilah jadinya...kalau ibubapa tidak solat apatah lagi anak2...
Jika ibubapa sibuk dengan kerjaya .. maka terabailah anak2 ...
Anak2 perlu diawasi dari kecil
Tidak hairan lah apa yang berlaku sekarang. Anak2 membesar dengan sistem sekular dengan pembelajaran agama yang sangat minima....fikirkan lah

Awanama berkata...

Pendidikan dan pembelajaran bermula dari rumah iaitu di bawah asuhan ibu bapa yang menentukan akhlak, perangai, tingkah laku dsbg terhadap anak-anak. Pembawaan ini akan dipraktikkan walau dimana berada. Kalau pembawaan bagus, maka ke mana sekalipun anak-anak akan baik akhlaknya dan begitulah sebaliknya. Kalau yang baik, disekolah dia akan hormat gurunya yang memberi ilmu di samping menjaga nama baik ibu bapa dan keluarga.

Ibu bapa yang marahkan guru adalah kerana mereka juga ada masalah disiplin semasa belajar dulu dan tidak mahu bertanggungjawab terhadap tingkah laku anak.

Jangan marah kalau guru tidak ambil peduli anak mereka kerana ramai yang mahu belajar yang perlu diberi perhatian supaya ada ilmu dan menjadi insan yang berguna demi kesenangan dan kebahagian ibu bapa mereka juga.

BUAT BAIK BERPADA-PADA, BUAT JAHAT JANGAN SEKALI berkata...

skng ni mak bapak dah pandai2. gaji bosa2. klu anak kena rotan, dtg skolah bawak peguam. kena ketuk ketampi sikit, bawak orang surat khabor. tengking sikit emak report kat kementerian pelajaran. niat cikgu nak ajar pun dah jadi takut.

jadi, cara paling selamat ialah biorkan aje budak nakal yg tak dengor cakap yg mak pak keras kepala tur. buat apa cikgu susah2 pikir klu niat nak ajar bakal menyusahkan diri sendiri. nak ke korang klu tolong orang kena masuk court? Nak ke korang kalau tolong orang kepala kena hentak pasu bunga sekolah? nak ke korang kalu nak tolong orang tapi gratuiti dan pencen kena tahan? Nak ke korang kalu niat nak tolong orang tapi kena soal siasat nazir dari kementerian pelajaran; macam kita pulak buat salah kat anak depa?

Jadi kalu nak senang, kalu tak nak kena hempuk kepala dengan pasu bunga sekolah, kalu tak nak kena surat saman, tak payahla susahkan kepala kat budak2 kurang ajor tur. suruh mak pak dia ajor, jangan tau buat anok aje.

eleehhh, cikgu yg relax tak peduli budak buat biol ke, mabok kat skolah ker; pun boleh dapat cemerlang kalu kuat kipas pengetua. korang yang sibuk nak ajar budak kurang ajor tu ingat boleh naik pangkat ker klu dah dapat saman. Salah hemat kerja korang terbang. Salah hemat bapak budak kurang ajor tu buat korang bengkrap. Korang ingat pengetua korang nak tulong ker? Pengarah pelajaran hang nak tulong ker? Mintak mahaf ler!

Lagi satu aku nak nasihat kat korang, ada mata pandang aje la. ada telinga, dengor aje lar. Jangan cuit budak, jangan rotan budak, jangan naik tangan kat budak, jangan tegur budak dengan kata2 tak baik walaupun budak tu perangai lebih teruk daripada jin. Biaq pi kat depa sebab depa ni kat rumah alim macam malaikat tapi kat sekolah jahat macam pelesit.

Terpulang la kat korang. Nak kerja lama ker, nak tak kerja lama.....

che ila berkata...

Majoriti bebudak yang ada masalah sebegini mempunyai mak bapak yang juga bercelaru.......yang pasti keagamaan mak bapaknya di tahap rendah @ sangat rendah !

Awanama berkata...

Cuba fikir, pasal ape zaman kita yang dah jadi mak pak ni sekolah beda macam ni amat jarang kita dengar. Satu sebabnya dulu mak jarang yang kerja. Boleh tumpu rumahtangga, tengok anak. Bapak pulak kerja pun tak lah sampai ' tak ingat rumah'. Sekarang mak bapak kerja. Duit masih tak cukup overtime, tak cukup lagi part time pulak. Abis tu anak-anak kat rumah siapa nak tengok. Anak anak perlu perhatian dan kasih sayang. Tapi nak buat macamana mak bapak kalau tak kerja macam tu sekarang ni, memang tak cukup duit. Harga barang asyik naik. Kat sini aku nak tanya apasal Barang Naik, cer fikir. Dimana anak kunci 'harga barang'. Siapa pegang anak kunci ini. Orang yang pegang anak kunci harga barang inilah PUNCA SEGALA MASALAH. Full stop

Awanama berkata...

Aku setuju , 'Orang Yang Pegang Kunci' harga barang perlu ditukar.Kita tau kalau harga petrol dan diesel tak dinaikkan , maka harga barang taklah naik melambung.Jadi orang yang naikkan harga minyaklah orang yang pegang kunci itu. Jawabnya ialah ABU dalam PRU 13.

1 Malaysia berkata...

Kenapakah nak marah-marah sangat? Perlakuan budak tu memang betul le. Kan KPM dan JPN arah guru agar menyayangi murid-murid. Bukan saja tak boleh rotan, jentik pun tak boleh, jeling pun tak boleh. Perasaan murid kena dijaga. Perasaan murid tidak boleh dilukai. Depa harus disayangi. Jadi perlakuan tadi menunjukkan kita sayang depa. Seks kan untuk orang yang sayang menyayangi. Anak luar nikah kan hasil dari kasih sayang antara murid juga. Sebagai seorang guru, P&P amat penting. Kelakuan murid, biarlah KPM, JPN, Guru Disiplin dan ibu bapa yang jaga. AKU, kerja mengajar aja dan bukan mendidik. Pendidikan Islam pun membenarkan kita merotan anak kita kalau anak kita tu nakal dan tak mahu dengar cakap. Ini pendidikan apa?

Awanama berkata...

dasar pendidkan ala sekular maka hasilnya jadi sekular apa nak dihairankan.

Man Black berkata...

Kalau kepala dah buruk dan busuk maka anggota lainnya tidak berguna lagi.
Langkah 1: Ubah Kerajaan
Langkah 2: Jalankan Hukum Hudud
Langkah 3: Di gubal kembali dasar pendidikan negara agar lebih balance dunia dan akhirat.

Ini tanggungjawab yg WAJIB kita pikul sebelum ianya terlalu terlambat.
Ingat mati selalu semuga mendekatkan diri kita pada Allah SWT.