29 Jan 2012

Zahid Hamidi Dikecam Kerana Gunakan Anak-anak Guan Eng Sebagai Modal Politik

Guan Eng dakwa Umno jadikan anak-anaknya sasaran politik

Lim Guan Eng menuduh Umno menjadikan anak-anaknya sebagai sasaran politik dan mendakwa anak perempuannya telah menjadi mangsa serangan oleh Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menteri Pertahanan ini mengatakan program latihan Khidmat Negara kini diterima dengan meluas dan mendapat kepercayaan ibu bapa untuk memupuk kesan positif dalam diri anak-anak mereka dan menggunakan anak perempuan Ketua Menteri Pulau Pinang itu sebagai contoh.

Beliau dilaporkan berkata Penasihat DAP Lim Kit Siang melihat cucu perempuannya, yang memasuki Kem Balik Pulau, telah berubah lebih baik selepas menghadiri program itu.

“Anak lelaki (Kit Siang) dan Ketua Menteri Pulau Pinang (Lim Guan Eng) juga memberitahu saya tentang kesan positif dari program itu dan berterima kasih kepada saya,” kata Zahid dipetik Bernama.

Bagaimanapun Lim menafikannya dan berkata kenyataan Zahid “tidak benar”.

“Anak perempuan saya budak yang baik dan ia sama sebelum atau selepas menyertai program ini. Ayah saya dan saya tidak pernah memberitahu Menteri Pertahanan seperti yang didakwa olehnya dan kami tidak berterima kasih kepadanya,” kata Lim dalam kenyataan media hari ini.

Beliau menggesa pemimpin Barisan Nasional (BN) agar tidak menggunakan anak-anaknya sebagai modal politik, menambah seluruh keluarganya “sedih” dengan kenyataan Zahid.

“Ia keluarga saya dan saya sayangkan anak perempuan kami dan mahu melindungi hak peribadinya. Kami telah melindunginya dari publisiti supaya dia boleh membesar dan menikmati kehidupan bersama rakan-rakan seperti kanak-kanak normal.

“Kami berharap Datuk Seri Ahmad boleh menghormati hak peribadi anak perempuan saya dan jangan heret dia ke dalam permainan politik,” tambah Lim.

Setiausaha Agung DAP ini menegaskan ia bukan kali pertama anak-anaknya menjadi sasaran Umno dan menekankan bagaimana anak lelakinya yang berumur 15 tahun dikecam pemimpin Umno atas dakwaan mencabul kehormatan rakan sekolah.

Blog Umno juga mendakwa Lim membayar RM200,000 untuk menutup skandal itu dan memindahkan anak lelakinya ke sekolah lain.

Pihak pentadbiran sekolah mengesahkan tiada kejadian sedemikian berlaku seperti yang didakwa blog Umno.

Gambar yang didakwa mangsa yang dihebahkan di Internet sebenarnya adalah juara catur yang menetap di Hong Kong dan tidak pernah mengenali anak lelaki Lim.

“Saya gesa Umno dan pemimpin BN melemparkan segala pembohongan terhadap saya dan jangan libatkan anak-anak saya, Mereka masih belajar dan tidak terlibat dalam politik.

“Adakah pemimpin Umno dan BN sudah ketiadaan idea dan terpaksa menggunakan kaedah penipuan terhadap pemimpin Pakatan Rakyat dan anak-anak kami?” soal Lim. -TMI

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

amak mahathir lagi teruk

Tanpa Nama berkata...

anak Najib pun teruk juga.

Tanpa Nama berkata...

Anak lelaki menteri botak yang bernama Nazri tu pun teruk juga... suka tak pakai baju di khalayak ramai.

Tanpa Nama berkata...

anak Sharizat dapat gaji dari projek lembu.

Tanpa Nama berkata...

cucu Tok Yasin pula melalak di pentas, tak macam karier si tok seorang guru agama.

Tanpa Nama berkata...

Anak menteri pengguna pun bukan takat melalak, berlakon pun boleh... berlakon mengorat mak awek dia.

Tanpa Nama berkata...

Kalau tak betul dan fitnah saman saja habis cerita.

Tanpa Nama berkata...

Saman ni berkesan kalau orang tu boleh makan saman.... kalau orang tu tak makan saman macam Datuk T, bagi saman pun tak guna.

Esok timbul fitnah pula Guan Eng cari kekayaan dengan menang saman je.

Tanpa Nama berkata...

Malu la orang melayu or islam buat isu2 mcm ni kat agama n bangsa asing. Cam nelah org nak respect org islam or melayu ni kan huhu. Patutnya tunjuk contoh yang baik.