11 Jan 2012

Utusan Cuba Jadi Jaguh Moral, Lupakah Bagaimana Gelagat Wanita & Puteri UMNO?

Muslimah PAS pertahan `gelagat’ ahli ketika menyokong Anwar

Petaling Jaya: Muslimah PAS mempertahankan tindakan ahli dan penyokongnya ketika menyokong Datuk Seri Anwat Ibrahim di perkarangan mahkamah tinggi Kuala Lumpur, Isnin lalu.

Timbalan ketuanya, Dr Mariah Mahmud berkata, tidak ada apa salahnya bernyanyi beramai-ramai dengan bersemangat.

Beliau berkata, amalan ini berlaku di negara-negara Islam lain termasuk di Timur Tengah dan Indonesia.

Menurutnya, Muslimah yakin yang apa yang berlaku bukan satu kesalahan dan dosa dan bukan kayu ukur akhlak dan moral muslimat.

Dr Mariah berkata, tidak ada percampuran dengan lelaki dan perempuan, tidak ada pendedahan aurat, tidak ada lenggang lengguk yang mengiurkan, intonasi suara bukan intonasi yang jatuh kepada haram dan perkataan yang digunakan tidaklah lucah.

“Apalah “kesilapan” yang sedikit ini dibandingkan dengan dosa rasuah, penyelewengan, kezaliman, penolakan hukum Hudud yang dilakukan pimpinan Umno/BN serta fitnah I dan II terhadap Anwar? ” katanya.

Terlalu gembira

Menurut Dr Mariah, nyanyian pun dalam sekitar 10 minit kerana yang hadir dari sebelum Subuh lagi terlalu gembira dengan pembebasan Anwar.

Ahli Parlimen PAS Kota Raja itu berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar akhbar Utusan Malaysia dan rakaman You Tube yang memaparkan kegembiraan sebahagian Muslimat PAS selepas pengumuman pembebasan Anwar.

Dr Mariah mendakwa, kegembiraan yang dizahirkan secara nyayian beramai-ramai dan senikata yang zahir secara spontan telah menaikkan kemarahan penyokong Umno dan BN.

“Ini membuka peluang mereka untuk membina persepsi negatif terhadap PAS. Satu kesinambungan usaha Umno/BN untuk memburukkan PAS.

“Maka mereka cuba menggambarkan yang akhlak muslimat buruk dan mempersoalkan moral muslimat,” katanya lagi. -FMT


Utusan dakwa gelagat muslimat PAS memalukan

Muslimat PAS yang berhimpun di luar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Isnin lalu mempertontonkan gelagat yang cukup memalukan sewaktu menunggu keputusan perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, dakwa Utusan Malaysia.

Menurut laporan di halaman 4, akhbar milik Umno itu berkata meskipun bertudung labuh dengan sebahagian besar mereka berjubah, muslimat PAS itu itu “menyanyi-nyanyi dan bersorak tanpa mempedulikan orang ramai yang memerhatikan aksi mereka”.

“Dengan dipimpin oleh seorang ketua yang memegang pembesar suara, muslimat PAS itu menyanyi-nyanyi dan bersorak tanpa mempedulikan orang ramai yang memerhatikan aksi mereka.

“Lebih memalukan, muslimat PAS itu seolah-olah lupa diri sehingga sanggup mengeluarkan perkataan ''Umno mampus'' malah ada kalangan mereka yang gagal menjaga aurat dengan selamba bersalaman dengan lelaki bukan muhrim,” petik akhbar itu lagi.

Pada perhimpunan Isnin lalu, tidak kurang 5,000 hadir bagi menyokong ketua umum PKR itu. Mereka bukan sahaja daripada penyokong PKR tetapi juga membabitkan penyokong Pakatan Rakyat yang lain seperti DAP dan PAS serta juga orang ramai.

Utusan juga mempersoalkan Ketua Muslimat PAS, Siti Zailah Mohd Yusof yang bukan setakat tidak melarang gelagat tidak senonoh pengikutnya, malah kelihatan gembira dan bersama-sama meraikannya.

Aurat

Sebelum ini, beberapa blog pro-Umno juga membuat dakwaan yang sama dan memuat-naikkan gelagat yang dikatakan tidak sopan itu ke laman sosial Youtube.

Antaranya blog Sel13.com di http://sel13.com yang turut mempertikaikan akhlak muslimat PAS itu sedangkan menurut blog berkenaan PAS satu masa dahulu pernah mengharamkan wanita menyertai tilawah al-Quran kerana suara wanita adalah aurat.

''Jika dulu PAS sering mengutuk Wanita serta Puteri Umno kerana tidak berakhlak dan bebas bersalaman dengan bukan muhrim. Adakah itu berakhlak?

''Walaupun Ketua Muslimat PAS berada di situ tetapi tiada langsung usaha untuk menghalang daripada menghentikan perbuatan tidak berakhlak ahli-ahlinya. Malah, beliau pula yang turut sama bergembira.

''Kami tidak berhasrat menulis lebih panjang lagi. Kami pulangkan kepada rakyat untuk menilai akhlak sebenar muslimat-muslimat PAS yang selama ini memperjuangkan Islam melebihi orang lain," petik blog berkenaan.

Dosa rasuah

Sementara itu, mengulas laporan berkenaan, Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Dr Siti Mariah Mahmud berkata kegembiraan yang dizahirkan secara nyanyian beramai-ramai secara spontan itu telah menaikkan kemarahan penyokong Umno dan BN dan membuka peluang mereka untuk membina persepsi negatif terhadap PAS.

“Apalah ‘kesilapan’ yang sedikit ini dibandingkan dengan dosa rasuah, penyelewengan, kezaliman, penolakan hukum hudud yang dilakukan pimpinan Umno BN serta Fitnah I dan II terhadap Anwar?” katanya kepada Harakahdaily.

Menurut Siti Mariah ia satu kesinambungan usaha Umno BN untuk memburukkan PAS yang cuba menggambarkan yang akhlak muslimat buruk dan mempersoalkan moral muslimat.

Baginya, rakaman itu sebenarnya hendak ditujukan kepada ahli-ahli PAS dan penyokong PAS yang tidak hadir di Himpun 901 dan akan melihat rakaman tersebut di luar konteks peristiwa.

“Kami menduga ia akan memberi persepsi negatif terhadap muslimat PAS kepada mereka yang mungkin tidak pernah turun ke jalan raya untuk demonstrasi dan tidak mungkin memahami perasaan mereka yang sentiasa berhadapan dengan kezaliman pihak berkuasa, biasa disembur dengan gas pemedih mata dan air beracun,” katanya lagi dipetik Harakahdaily.

Menurutnya, anak-anak muda itu menghabiskan usia muda mereka bersama berjuang menuntut keadilan dan menyanggah kezaliman regim Umno BN.

“Saya menghadiri dan bersama dengan sebahagian wanita dalam Himpun 901 dari awal hingga peserta Himpun 901 bersurai. Saya juga acap kali turun berdemo dan sentiasa memantau pergerakan muslimat,” katanya.

Portal rasmi PAS itu juga melaporkan Siti Mariah berkata, sesiapa yang ada bersama pada Himpun 901 tahu yang sebahagian Muslimat PAS dan wanita yang hadir telah berhimpun di satu sudut tempat berhimpun untuk bermunajat kepada Allah SWT untuk membebaskan Anwar.

Bacaan Ma’thurat dan Yasin

“Kami telah mengetuai bacaan Ma’thurat dan Yasin. Malah pengumuman pembebasan Anwar diumumkan sebaik sahaja muslimat habis membaca Yaasin.”

Katanya lagi, sebahagian muslimat telah mengadakan sujud syukur sebaik sahaja keputusan diketahui di tempat perhimpunan.

“Semasa bergerak keluar daripada tempat parkir menuju ke masjid berhampiran kami berselawat beramai-ramai. Ini semua tidak pula dimasukkan ke YouTube,” katanya.

Tambah beliau lagi, selepas berselawat barulah mereka menyanyikan lagu reformasi dengan spontan.

Baginya, tidak ada apa salahnya bernyayi beramai-ramai dengan bersemangat dalam sekitar 10 minit.

Kata beliau, sememangnya semua yang hadir dari sebelum Subuh lagi terlalu gembira dengan pembebasan Anwar.

Jelasnya lagi, tidak ada percampuran dengan lelaki dan perempuan, tidak ada pendedahan aurat, tidak ada lenggang lengguk yang menggiurkan, intonasi suara bukan intonasi yang jatuh kepada haram, dan perkataan yang digunakan tidaklah lucah.

“Kalau kita singkap sirah Rasulullah SAW, apabila Nabi SAW sampai di Madinah baginda di sambut oleh muslimat dengan nanyian dan rebana untuk menzahirkan kegembiraan,” katanya. -mk




Ulasan GB

Cuba wartawan Utusan siarkan yang ini, tunjuk punggung ada, lucah ada, percampuran lelaki & perempuan ada. Muslimat manakah itu? PASkah UMNO?

Kalau tak mahu siar memang dasar kewartawanan Utusan di tahap bingai:






18 ulasan:

1 Malaysia berkata...

Tak usah dilayan sangat Utusan Meloya dan TV 3/4. Depa juga yang mempamerkan pergerakan pemimpin-pemimpin depa yang tidak peduli akan tata susila dan adab pergaulan antara lelaki / perempuan. Depa tu lebih suka kepada pergaulan jantan / betina. Siapakah dan pemimpin manakah yang bersalaman tanpa batas?
Hang tengok sendiri dan hang sendiri nilai. Hanya rakyat Malaysia amnya, Umat Melayu khasnya, yang buta saja tak mampun membezakan mana yang halal dan yang mana haram.
Tengok saja bila Tok Jib pi suatu perhimpunan, apa yang dia buat? Apa yang bini dia buat? Bukankah dayus seseorang itu bila membiarkan isterinya melakukan kemungkaran?

puspawangi berkata...

memang betul..tok sah layan dan tak payah jawb pun..rakyat tahu menilai tapi..elok jugak di balas 'hujah' mereka, jika kita diam di kata kita setuju dgn mereka..

masalahnya sebahagian besar mereka ni kita letak gajah depan mata pun tetap dia kata itu monyet!! bukti? ramai yg masih percaya bahawa DSAI memang melakukan apa yg dituduh saiful, walaupun bermacam hujah, nas dan alasan di bawa di mahkamah dan walupun mahkamah sudah melepas dan membebaskan DSAI! kekadang sesia je berhujah dgn puak ni..bercakap dgn kucing lagi baik!!

Tanpa Nama berkata...

Dah meloya abis...dh termuntah abis...dh xde apa lg yg nk terkuar dr isi perut yg kotor...so, cari ape saja bahan yg boleh diisi then muntahkan balik...selagi datangnya dari pohon yang sama (UMNO) baik utusan maupun TV3 akan bernyanyi mengikut rentak usang. Utusan penyubur fitnah...TV3 penyubur maksiat fikir2kan lah...

Tanpa Nama berkata...

tengok puak umno ni macam sial cehhh....tgok kakmah pun dangdut sakan.

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah...
Allah sayang kepada muslimat2 dalam PAS.... teguran segera diberikan sebagai peringatan untuk kebaikan harus diterima dengan hati terbuka... Yang salah tetap salah....

Tanpa Nama berkata...

Setuju dengan anon 7.56. Teguran tu bermaksud orang sayang kat kita. Cuba ambil itu sebgai sesuatu yang positif, baiki kelemahan diri. Ingat kita tak sokmo betul.

Tanpa Nama berkata...

cuba sebutkan dimanakah salahnya wahai anon 7:56 & 8:17

bukankah telah disebutkan "tidak ada percampuran dengan lelaki dan perempuan, tidak ada pendedahan aurat, tidak ada lenggang lengguk yang mengiurkan, intonasi suara bukan intonasi yang jatuh kepada haram dan perkataan yang digunakan tidaklah lucah."

Tanpa Nama berkata...

Salam GB dan semua,

Nampaknya anak cucu kita sekarang telah didedah dan dilatih dengan budaya maki-hamun dan kata cerca berunsur lucah. Lihat sahaja gelagat anak-anak muda yang kelakuannya direkodkan dalam gambar di lembaran ini. Jantan betina sama saja.

Orang Melayu dahu-dulu akan beralas kata jika perlu melapaz sesuatu yang menyentuh aurat dalaman. Kini yang paling malang, sebutan lucah dijadikan kata-kata ucapan mereka yang 'bernama dan ternama'. Orang Melayu seolah-olah dah melebihi telatah orang cina yang dahulunya amat mudah sekali mencarut walaupun kepada anak dan isteri. Nak tahu perkataan liwat itu telah dipopularkan oleh orang no 1 negara, dengan tiada segan-silu menyebutnya semata-mata hendak menjaga kuasa.

Hingga kini pemimpin tak habis-habis mengutok mencerca sesama sendiri. Tolonglah wahai pemimpin. Jangan dikira dari parti mana pun kamu, bersama-samalah berganding bahu berusaha membina negara. Bukan hanya meletak stem-getah dan leka mengira pulus yang bakal masuk ke poket sahaja. Atau masih menunggu todak temasek menyerang negara!.

Kepada muslimah kita, bila UMNO menyanyi kau umpat, kamu pun seakan sama juga, di khalayak ramai pulak tu. Wassalam.

Tanpa Nama berkata...

KahKahKah!! Bodoh punya anon 7:56 & 8:17..aku sndri malu nk mngaku sbgai anon....KahKahKah!!

Tanpa Nama berkata...

pengikut UMNO semuanya bodoh belaka kerana diperbodohkan oleh pemimpin tertinggi UMNO yang kayaraya sehingga ada anak pemimpin UMNO yang umur 28 tahun memiliki harta RINGGIT MALAYSIA 6 BILLION. wartawan PRO UMNO akan dapat UPAH kecil oleh UMNO apabila berjaya membawa berita sensasi yang menguntungkan UMNO untuk menhancurkan pihak lawanya.
wartawan pro UMNO diharap kerjalah dengan ikhlas dan jangan makan rasuah, hari ini anda akan rasa senang tetapi dihari tua nanti anda akan rasakan balasanNYA sehingga turun keanak cucu..
Jangan perbodohkan dirisendiri.

Tanpa Nama berkata...

UTUSAN DAN UMPORNOK MEMANG SIOL

Tanpa Nama berkata...

utusan malaysia kenapa terang-muslimat tak tutup aurat sekian tapi tidak ada apa komen....

kalau berani tegur le bini najib yang tak bertudung tu...dan tolong ajar shahrizat macam mana nak bertudung yang menepati syariat islam...

abu....

Tanpa Nama berkata...

Dalam suasana gembira dan dianggap sebagai satu "kemenangan",tak ada salahnya benyanyi beramai-ramai.Bukan ada begaul dengan lelaki pun dan yang hadzir tu pun bukan semuanya Muslimat PAS,ada bercampur dengan orang lain.Utusan Meloya tu memang kerja mereka nak cari salah pihak Pakatan Rakyat,begitu juga pencacai-pencacai yang sudah diupah UMNO.Harap Muslimat PAS tidak melatah.Biarkan aje mereka menyalak,bukit tak akan runtuh.

pepe81 berkata...

orang dalam kegembiraan,.,meraikan kemenangan,.,x kan nak sedih kut,.,.,memang x nampak ape masalah pun kakak2 muslimat pas tu,.,. x der bernafsu pun aku tengok gelagat mereka,.,sekadar meraikan kegembiraan dengan cara paling elok,..,kalu kakak2 umngok husssshhhhh rugi x tengok ooooooooo,.,.seksa habis hahahaaaaaa,.,.,UTUSEKS vs TV 3 suku,.,.sama jer,.,

pepe81 berkata...

bergembira meraikan kemenangan salah ker,.,hahahahaaaa sudah lah utuseks umngok,.,dah 10 tahun aku x beli surat ni,..,,,

Tanpa Nama berkata...

Hari2...termasuk hari berita ini, Utusan siarkan dgn bangganya, artis-artis yg tayang body, separa telanjang. Bawa cerita meruntuh moral, paparkan nombor ekor.

Ini belum lagi...mangga dan urtv, yg dah berpulun tahun hidup atas menyiarkan gambar2 separuh lucah.

pak din tua berkata...

Hampa jawab soalan Pak Din sat :

1. Geng parti mana yang ada masa
solat jamaah 5 waktu ?
2. Geng mana yang banyak dok kedai
kopi masa azan maghrib ?
3. Geng mana memenuhi ruang surau
& masjid dengar tok guru baca
kitab ?
4. Geng mana dok depan pentas yang
dipenuhi dengan hiburan ?
5. Geng mana air muka nampak
bersih, nampak tenang ?
Soalan last : Siapa dia ASNAF KE 9 ?

anti utusan meloya berkata...

biarlah yang penting kita jaga peradabpan kita sebagai seorang muslim yang umnogok n utusan kita tggu aje lah di makamah allah di situ akan di hitung apa penulisan serta gambar yang mereka paparkan sedangkah menteri jaga agama pun salah guna kuasa maklumlah hafiz lak tu . maklumlah buat melayu malu sahaja pada bangsa lain . fikirlah sendiri