3 Jan 2012

Siswi UPSI Dibuang Kolej, Terima Ugutan Universiti

Tanjong Malim, 2 Jan : Seorang siswi dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Siti Nurul Piteriah yang turut dikenalpasti antara 17 yang ditahan dalam himpunan semalam tampil membuat pengakuan yang mengejutkan.

Menurutnya yang juga lebih dikenali ‘Yuyu Luna’ di laman sosial facebook, beliau menyatakan dirinya masih kabur dengan tindakan pihak polis menahannya dalam himpunan itu.

“Tadi (petang semalam) dah dibebaskan atas jaminan polis, perbicaraan 20 Januari nanti tetapi saya masih kabur atas kesalahan apa saya ditangkap jam 3.30 pagi tadi (1 Januari 2012).

“Sebab ada berlaku penipuan dari pihak polis untuk membawa saya ke balai.

“Saya tidak ditangkap, tetapi diberitahu oleh dua orang pegawai wanita bahawa ada orang mahu jumpa di dalam balai, maka saya ikut dan sampai di balai dorang cakap saya bersalah, cuma bila tanya apa kesalahan mereka tak bagi tahu.”, ceritanya dalam satu kenyataan.

Beliau yang dilihat aktif berpencak di pentas gerakan mahasiswa nasional akhir-akhir ini turut diberi amaran keras oleh pihak universiti.

Buang kolej, diugut ‘bar exam’

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni UPSI, Datuk Paduka Junaidi Abu Bakar (DDJ) diberitakan telah mengugut siswi berkenaan dalam satu ugutan yang dilihat tidak kena pada tempatnya.

Menurut Siti Nurul Piteriah lagi, beliau menerima ugutan tidak dibenarkan menduduki peperiksaan di UPSI semester ini.

“Saya memang dah awal-awal lagi diugut oleh TNC HEPA, Datuk Paduka Dr Junaidi (gambar) untuk di bar dari ambil ‘exam’..”

Dalam pada itu, beliau juga disahkan telah dibuang kolej berkuat kuasa malam ini atas arahan pihak atasan yang tidak bersetuju beliau terlibat aktif dengan gerakan mahasiswa.

Menurutnya lagi, beliau tetap optimis tindakan pihak universiti itu bakal mengundang padah dalam memastikan imej UPSI dipandang tinggi masyarakat.

“Tindakan so far, dihalau dari kolej serta merta berkuat kuasa malam ini atas arahan “orang atas” yang berkepentingan atau pun “membalas dendam atas kederhakaan.”

“Bagi saya, ianya satu pencabulan dan sebagai isyarat satu revolusi besat bakal berlaku.”

UPSI sekat youtube, facebook


Sementara itu, dalam isu berasingan, satu maklumat diperoleh menyatakan pihak pentadbiran UPSI telah menyekat laman sosial facebook dan youtube daripada diakses warga kampus berkenaan.

Kejadian yang dilaporkan berlaku sejak petang semalam itu dinyatakan Pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional, Mohd Taufiq yang menerima beberapa aduan dan laporan daripada penuntut UPSI.

“Saya terima laporan mengatakan sejak petang semalam, warga UPSI tidak dapat buka facebook dan youtube.

“Saya yakin semua itu ada kaitan dengan kejadian yang berlaku di perkarangan pintu masuk UPSI pagi semalam.”

“Dan saya gesa pihak pentadbiran universiti memberi penjelasan terperinci atas tindakan yang dilakukan.”, ujarnya dalam satu kenyataan. - GZDaily

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ini lagi satu tindakan gawat dan celaka menteri BN. Dahlaa graduate UPSI takdak tempat dlm Kem Pelajaran nak jadi Che'gu. Nak masuk belajaq kena pinjam PTPTN. Wajib bayag bila sampai tempoh. Ijazah layak jadi guru saja.
Depa ingat mahasiswa ni saja suka2 masuk UPSI kutt..Bila tak puieh hati, perasaan mesti merodak dan bangkit berdemo.

Malangnya kerajaan celaka yg zalim ni... Pecat dan pukoi terajang macam mahasiswa takdak nilai apa2.. macam banduan penagih dadah.... Oii Mahasiswa tunggu apa lagii.....

Tanpa Nama berkata...

Bila mahasiswa menentang dikatakan pro-pembangkang.

Tapi,
Bila yang menyokong mereka tak dikatakanpun pro-Umno. Langsung tak nak komen.

Tapi yang dahsyatnya di luar negara...siap tubuhkan "Kelab Penyokong UMNO" utk pelajar2 di sana.

Tu bukan bermotifkan POLITIK ka?

Hai....
Sampai bila la UMNO nak bodohkan rakyat hah???? Dah hujung2 nyawapun masih nak berbohong.

pak din tua berkata...

Aku heran la dengan depa ni. Budak tu belum kena becara lagi, so belum jatuh hukum lagi, tak tau lagi salah ka dak ka. Yang Si Junaidi ni dah set budak ni keluag, undang2 apa yang depa pakai ni ? Takkan mandatori.... tak bagi bela diri ?

Tanpa Nama berkata...

Jangan jadikan universiti setaraf dengan sekolah berasrama penuh. Cukuplah dengan Universiti Umno Malaysia (UUM) yang saling tak tumpah macam sekolah asrama penuh....

ajimie69 berkata...

Dah tiba masanya semua mahasiswa bangkit dan menentang pemerintah yg maha zalim dan perompak harta rakyat... dan kita bergabong berdepan dgn TNC-TNC yg menjadi barua anjing2 firaun moden... AYOHHH...

Tanpa Nama berkata...

dah terang lagi bersuluh kerajaan UMNO/BN gagal memberi kesejahtraan kepada rakyat keculi ugtan.

Unknown berkata...

apa ni siswi-siswa upsi ....!!! asyik main tunjuk perasaan je ....!!! asyik sokong pembangkang je ...!!! ..... cuba buat macam amelina kat England sana tu .... kalau buat macam tu, tentu umno dan polisnya tak marah ....tentu tak kena buang asrama ......!!!!!!!!!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

umno yg sedang nazar dgan sakit tua nya di tambahkan lg dengan penyakit yag baru di hidapi nya ya itu gila babi akan buat apa saja untok trus hidup prinsip nya mudah aja SIAPA MENENTANG AKAN TELENTANG

Tanpa Nama berkata...

Junaidi Abu Bakar ni ada otak untuk berfikir ka? Apalaa orang BODOH macam ni dapat datuk & dijadikan Timbalan Canselor. Jadi lembu cucuk hidung...

Tanpa Nama berkata...

bengong! apa si junaidi sedar ka kalau kerajaan bn tumbang dia mungkin akan hilang jawatan? pelajar sendiri ko tak bole protect macamana ko jadi tnc ni? ke ko nak semua jadi cam pelajar "genius" kita di uk tu baru ko kata bagus?

Mohamad berkata...

jangan fitnah Amelina la, dia nak jadi DR dah.

Boleh rujuk sini.

http://greenboc.blogspot.com/2012/01/ibu-nur-amalina-sangkal-pendedahan-blog.html

Islam melarang keras fitnah. Unless you are a kafir, I expect you publish this.