15 Jan 2012

Artis Malaysia Berpakaian Seksi & Dilindungi

Artis Malaysia Seksi Semakin Berani & Terus Diberikan “Perlindungan”?

Seperti biasa, kalau setiap hujung minggu kebanyakan akhbar akan menyisipkan sekali naskhah hiburan untuk pembaca. Ada kandungan yang ok, ada kandungan yang tidak senang untuk dilihat. Yang kadang-kadang kami terfikir sejenak, mereka nak jual akhbar atau nak mempertaruhkan tubuh badan artis Malaysia seksi atas nama untuk menarik perhatian pembaca seterusnya meraih keutnungan yang berlipat kali ganda?


  • Kenapa semacam tiada tindakan yang serius daripada pihak berkuasa ke atas gejala ini? Kenapa?

  • Gejala seperti ini masih belum serius lagikah?

  • Adakah kita mahu terus menunggu dan menunggu sehingga artis Malaysia sudah berani berbogel barulah kita akan mula melatah? Adakah sampai begitu sekali tahap “timbang rasa” yang perlu”dibayar” oleh masyarakat Malaysia hari ini?

Kami sebenarnya sudah pernah mengeluarkan berita ini sekitar setahun yang lepas, bertajuk Artis Malaysia di Anugerah Skrin 2010 Berpakaian Tidak Senonoh?

Walaubagaimanapun, sejak akhir-akhir ini artis Malaysia seksi semakin berleluasa, pakai pakaian yang tak cukup kain ibarat seperti berada di “zaman batu”. Akhirnya penampilan kelompok artis Malaysia seperti ini dipertontonkan kepada semua lapisan masyarakat tidak kira tua atau muda, kaya atau miskin, tinggal di bandar atau luar bandar. Semuanya dapat “merasa”.

Artis Malaysia Seksi : Kenapa Mereka Menjadi Semakin Berani?

Undang-undang & penguatkuasaannya sahaja, dah boleh kami katakan agak canggung. Manakan tidak, kalau artis lelaki buka baju contohnya terus sahaja dihukum. Tetapi apabila artis Malaysia (wanita) buka atas, buka belakang, buka bawah, memakai pakaian separuh bogel, “orang-orang atas” buat-buat tak nampak pula apa yang sedang berlaku dalam dunia hiburan ketika ini

Tentang hukuman artis Malaysia lelaki dihukum begitu, kami tidak pertikaikan. Yang menjadi percanggahan di sini adalah di mana letaknya keadilan & undang-undang yang ada sekarang ini berbeza-beza?

Artis Malaysia wanita tahu mereka jarang diberikan perhatian walaupun mereka memakai pakaian yang menjolok mata kerana merasakan mereka “cukup kebal” untuk dihukum. Betulkah begitu?

Artis Malaysia Seksi : Wartawan, Akhbar & Majalah Hiburan Mengagung-agungkan Mereka ?

Yang tidak tahannya, contohnya pada minggu ini mereka menghentam artis Malaysia seksi yang bertindak memakai pakaian yang menjolok mata di naskhah-naskhah keluaran mereka, tetapi pada minggu hadapannya kita sudah boleh melihat semula aksi gambar-gambar artis Malaysia seksi di kolam renang, memakai pakaian yang singkat atas, singkat bawah, dedah belakang dan terus menerus tayang badan tidak tentu hala. Mereka bebas untuk berbuat begitu berpakaian ala-ala fesyen di “zaman batu”

Hakikatnya, banyak lagi akhbar, majalah yang ada di Malaysia terus “memperjudikan” & merosakkan pemikiran pembacanya tanpa sebarang kawalan daripada pihak berkuasa & terus diberikan “imuniti”…



Jiwa muda & sikap nak cepat glamor yang sentiasa mahu mengikut peredaran fesyen memang tidak boleh dipisahkan, itu realiti hari ini. Tetapi biarlah berpada-pada. Ini tidak, pemahaman seksi pada sesetengah individu cukup menyedihkan, sampai sanggup tayang semua. Bahagian penting saja yang ditutup olehnya, barulah dikirakan sebagai seksi mengikut permahaman mereka.

Berpakaian seksi ini boleh diumpamakan seperti ini :

Makanan. Ya….diumpamakan seperti makanan. Kalau dihidang terlampau lama tanpa ditutup, ia akan jadi tumpuan lalat seterusnya basi dan berulat ataupun menjadi lemau.

Yang paling kami kesalkan beberapa respon & kenyataan artis Malaysia seksi kenapa “sanggup” berpakaian seperti itu. Ini antara jawapan artis Malaysia seksi yang cukup popular :

  • “Selesa berpakaian begitu

  • “Jangan nilai seseorang melihatkan pada pakaian”

  • “Keluarga lebih mengenali saya”

  • “Saya tidak mahu hipokrit, inilah diri saya yang sebenarnya”

  • "Maaf, saya mengikut kehendak pereka fesyen”

  • “Jangan menilai kita daripada pakaian sahaja”

  • “Seksi itu subjektif”

  • ”Saya masih tinggal dengan keluarga, jadi keluarga saya lebih mengenali saya”

  • “Saya pakai ikut kesesuaian majlis”

  • “Itu urusan antara saya dengan tuhan”

  • “Saya berpakaian seksi tapi saye bukannya pelacur, saya tahu jaga nama baik keluarga saya”

  • “Apa yang saya pakai, itu hak saya”

  • "Ada VIP offer saya jadi teman ranjang, tapi saya masih tahu nilai nilai sebagai wanita ISLAM…Jangan ingat kerana saya berpakaian seksi saya tak tahu halal haram..!”




Kepada artis Malaysia yang berkenaan, anda sememangnya berbeza dengan orang biasa. Artis atau personaliti popular sentiasa menjadi perhatian & tumpuan, malahan ikutan kepada generasi muda sekarang ini. Jadi, sedikit sebanyak imej perlulah dijaga.

Artis Malaysia Seksi : Semua Kena Lebih Prihatin!!

Sebenarnya wartawan hiburan kena lebih prihatin dalam soal ini sebenarnya. Mereka kelompok yang boleh sedikit sebanyak mengawal gejala artis Malaysia “zaman batu” ini. Contohnya, kalau dah tahu ada sesi fotografi, anda boleh memberikan sedikit teguran supaya memakai pakaian yang elok mata memandangnya. Ini tidak, artis Malaysia memakai pakaian tak cukup kain, kalangan wartawan jugalah yang menangkapnya. Akhirnya “agen-agen penyampai” akan menyebarkan gambar-gambar ini untuk dipertontonkan kepada orang ramai. Sebab apa, fulus……Sebab artis Malaysia seksi seperti inilah yang melariskan naskhah-naskhah keluaran mereka. Kalau begitulah pendekatannya, sampai bila-bila pun masalah ini tidak akan selesai.

Tidak lupa juga kepada pereka fesyen yang perlu mengambil serius dalam mereka pakaian & memebrikan kepada kalangan artis Malaysia, umpama:

“Seperti arak juga, yang menyediakan pun salah, yang minum pun salah juga”

Yang sedihnya artis Malaysia yang berpakaian seksi itu orang Islam tetapi pakaiannya berjaya mengalahkan & menewaskan orang bukan Islam. Kadang-kadang dilihat sesetengah bukan Islam sendiri tahu sentiviti atau batas mereka apabila berada di khalayak ramai.



Jawapan kami mudah sahaja jika kita nak membanterasnya:

Undang-undang & penguatkuasaan kena lebih adil & tidak mengikut bulu
Artis Malaysia seksi melampau ini “digam” terus daripada keluar di TV untuk beri pengajaran kepada yang lain. SKMM, nak tunggu berapa tahun lagi untuk bertindak?

Sekarang ini berlambak gambar-gambar artis Malaysia seksi yang tidak tahu malu dijaja di media. Apa lagi yang boleh dilakukan & diharapkan kalau empunya diri pun tidak tahu malu dan tidak makan nasihat, jadi undang-undang yang lebih tegaslah adalah “cara mengubati gejala ini”

Sebab apa kami timbulkan isu ini? Sebab makin teruk gejala artis Malaysia seksi ini. Kami menegur bukanlah menyibuk ataupun cemburu dengan kepopularan artis Malaysia, jauh sama sekali :

“Tetapi azab Allah tidak mengenal siapa”

Akhirnya, apa yang kami nak katakan di sini, sebagai seorang muslimah, artis Malaysia tak patut berpakaian menjolok mata. Memang berpakaian adalah hak individu, tapi fesyen berpakaian yang menyentuh sensitiviti ummah tetap menjadi hak orang ramai untuk bersuara. Jika artis Malaysia ingin menjadi seorang publik figure maka hak artis Malaysia sudah direlakan untuk dikongsi ramai, maka jagalah hak tersebut agar tidak menimbulkan umpatan dan fitnah.

Cara bercakap, berpakaian dan bersosial juga menjadi sorotan mata dan penilaian ramai. Hal beginilah yang sepatutnya difahami dan disedari oleh kalangan artis-artis Malaysia yang mahu disanjung, dipuja dan dihormati ramai. Itulah sebabnya kami mengambil berat dan mengambil konsep ingat-memperingatkan antara satu sama lain.

P/S : Apa pendapat yang dapat anda kongsikan berdasarkan pemerhatian dengan trend artis Malaysia sekarang ini? -beritasemasa

‘Cuma ikut tema’

SEKSI... gambar kontroversi Rozita tersebar di Internet.


KUALA LUMPUR: “Saya mohon maaf jika ada yang tersinggung dengan cara pemakaian saya. Saya hanya mengikut tema pada majlis berkenaan dan tidak berniat ‘mengganggu’ sesiapa,” kata aktres jelita, Rozita Che Wan mengulas tindakannya memakai skirt pendek paras lutut ketika menghadiri majlis hari jadi seorang pelakon di restoran The Ship, Bukit Bintang, baru-baru ini.

Pemakaian skirt yang dikatakan seksi hingga menampakkan paha pelakon ini turut diperdebatkan di beberapa ruangan hiburan media cetak dan laman blog hiburan.

Malah, beberapa keping gambar yang dipaparkan di laman blog itu turut mencetuskan reaksi kurang senang peminatnya.

Sebelum ini, beberapa keping gambarnya berpakaian seksi yang turut menampakkan paha pernah tersebar di Internet. Antaranya, ketika menyaksikan Konsert Akhir Akademi Fantasia Kelapan (AF8).

Menurut Rozita, bukan dia seorang berpakaian ‘seksi’ pada malam itu. Katanya, dia hanya mengikut tema K-Pop diberikan penganjur majlis, malah semua tetamu dan beberapa pelakon lain, sama ada lelaki dan wanita, turut hadir dengan tema sama.

“Saya hanya mengikut trend dan tema diberikan. Janggal pula jika saya hadir di majlis itu dengan berpakaian berbaju kurung. Lagipun, ia majlis hari jadi, bukan kenduri kahwin.

“Yang peliknya, kenapa mesti saya yang menjadi sasaran pada hal ramai lagi yang berpakaian sama?” katanya.

“Memang sukar mahu puaskan hati semua orang. Lagipun, ia hak masing-masing. Saya juga tidak kisah dengan komen dan penerimaan mereka yang tidak puas hati dengan saya,” katanya.

Rozita berkata, dia “tidak pernah bermusuh dengan sesiapa tetapi kenapa ada yang mahu bermusuh dan tidak boleh melihatnya senang.

“Saya terima dengan hati terbuka jika mereka mahu memberi nasihat. Namun bila menggelar saya tidak sedar diri, tidak takut tuhan, perasan remaja, ia bukan lagi nasihat.

“Tidak ada yang sempurna di muka bumi ini. Lebih baik jaga hal sendiri dan cermin diri dulu sebelum mahu menghukum orang lain. Cukup-cukuplah mengaibkan orang lain. Lagipun, pakaian saya itu bukan untuk disebarkan di Internet,” katanya.

Ibu kepada dua anak, Ammar Effendy, 14, dan Aniq Ezzra, 12, ini turut berharap perkara itu tidak diperbesarkan atau disensasikan. -metro



13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Yg nak tutup aurat pilih PAS, yg tak nak..pilih UMNOuuuuu... Mudah aje.
(realiti di Msia). Tapi biasanya menjelang PR, pemimpin2 depa yg pompuan & isteri2 pemimpin depa bila masuk kg depa akan pakai tudung/selengang ke.. Org kg mana kesah, janji masukkkkk...

Tanpa Nama berkata...

Gelagat artis wanita di Malaysia hanya untuk meraih glamour tanpa merujuk kepada agama. Hanya untuk tarik perhatian pengarah, penerbit filem dan orang-orang kaya. Namun mutu lakonan tidaklah hebat sebagaimana pelakon Melayu dulu-dulu.

Ingatlah suka atau tidak aurat wajib ditutup, jangan ikut hukum logik semata-mata kononnya tak tutup aurat tak semestinya perangai jahat.

Tanpa Nama berkata...

Semoga Allah membuka pintu hati mereka untuk bertaubat.amin..islam-d way of life..

Tanpa Nama berkata...

pihak akhbar sengaja mencari artis2 yg seksi untuk meraih keuntungan. manakala artis pula sengaja mencari akhbar untuk meraih publisiti. kedua2 pihak ini akan dilaknati Allah diakhirat kelak, malah pemimpin serta ulama' yg mempunyai kuasa untuk bersuara atau menegur kemungkaran ini tetap akan dipertanggungjawabkan di muka pengadilan kelak. maka kita sebagai rakyat yg mempunyai kuasa untuk memilih kerajaan yg memerintah perlulah melakukan tanggungjawab yg sepatutnya dilakukan di PRU nanti. Semoga kerajaan yg kita pilih nanti akan mencegah sekeras2nya kemungkaran yg menular ditanah air kita yg tercinta ini. Insyaallah.. TAKBIR 3x.....

Askar Hijau

1 Malaysia berkata...

"Menurut Rozita, bukan dia seorang berpakaian ‘seksi’ pada malam itu." Sindrom penafian, ayik depa depa, kita bila? tunggul kayu kah kita ni?
Katanya Lagi ...
"Saya hanya mengikut trend dan tema diberikan. Janggal pula jika saya hadir di majlis itu dengan berpakaian berbaju kurung. Lagipun, ia majlis hari jadi, bukan kenduri kahwin." Dia ni kafirkah? Islamkah? Bukankah Islam suruh kita berpakaian sopan sepanjang masa bersesuaian dengan agama kita. Cakap macam orang tak ada agama. Utamakah kemungkaran. Otal bebal.
Jadi tidak hairanlah semakin hari semakin perkara sumbang berlaku. Begitu dengan anak luar nikah, rogol, sumbang mahram, ... akibat disajikan "makanan" yang HARAM setiap hari.
Teringat AKU akan hujah pemimpin "AGUNG" UMNO, Che Det, kita buat semua ni untuk menguji keimanan orang Islam. Masalahnya, kenapakah kita sebagai Muslim, membenarkan perkara ini berleluasa sedangkan kita ni beriman kepada Allah swt? Mana perginya ketaqwaan kita kepada Allah swt? Bolehkah sepasangan kekasih yang menyatakan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi antara satu sama lain tiba-tiba berlaku curang? Inilah padahnya bila Islam itu diwarisi dan bukan diamati / diamal?

Tanpa Nama berkata...

aiseh! mau pikat pak menteri mah. tak seksi mana boleh dapat. ingat senangkah mau dapat hadiah cincin 20 juta satu bijik.

Tanpa Nama berkata...

Apa komen si JAmil dan si Masitah..?

Kedudukan dalam jawatan kamu sekarang menyebabkan 'juhalak-juhalak' dalam hal bersyariat itu Akan Allah tanye terhadap kefungsian kamu di PAdang Mahsyar nanti.

Tinggalkanlah UMNGOK tuh bro... Kamu perlu penasihat tetapi siapakah dalam UMNGOK itu yang akan menasihati kamu...?

abu berkata...

itu adalah kayu ukur bahawa akhlak artis malaysia sama level dengan artis barat...

tapi.....
iq,populariti dan kekayaan, antara artis malaysia dan barat macam langit dengan bumi.

Tanpa Nama berkata...

Didik ada mcm, mula2 diajar, kemudian didenda (mcm kat Klantan).
Aku kalau anak cucu & keturunan aku kena denda pun aku ucap syukur, selama ni aku kenen2 tak jalan juga.

Walau mereka mungkin terbuku dihati & protes, bila meningkat umur sikit kbnyakan mereka akan bersyukur.

Cuba imbas semula mcmnana Nabi saw saran ttg ajar anak2 solat, umur 7thn mula diajar, 10 thn dipukul. Ni klu umur lebih?

Patut le tolak UMNO, sbb bnyak sangat hiburan laro kat media & tv.
UMNO bnyak menyumbang ..

Tanpa Nama berkata...

Biasalah 'Bintang Filem ....'. Takkan nak pakai jubah pulak. Dah tua nanti boleh buat umrah dan taubat. Mak Datin yang menyinga tu pun bukan kerana apa !.

Aku ingat ada terbaca di akhbar dulu ala-ala artis Melayu status J.. yang ngaku dia ada dua tiga pilihan untuk dijadikan jodoh. Yang masuk baris tu bukan calang2 orang, Pak Men pun ada. Tak apalah asalkan mereka bahagia.

Tanpa Nama berkata...

bila dah keluar berita macam ni,minta maaf cis...dasar murahan piiirahh...mabok.rozita chewan.publisiti murahan.dah tak berapa laku buat konteravesi laa.

GenX 3 berkata...

Menutup aurat bukan bermakna tidak buat salah atau dosa..tujuan perintah untuk menutup aurat ialah menutup aib diri dan menjaga keselamatan diri..

menutup aib ni maksudnya menutup kemaluan..menjaga keselamatan diri ni pulak menghalang orang lelaki cepat teransang bila tengok orang perempuan sebab tubuh badan perempuan ni menjadi kegilaan lelaki..korang paham la kalau lelaki dah teransang tengok korang..tu yang jadi kes rogol, cabul dan lain-lain tu..mungkin tak kena kat korang, tapi efek dia akan terkena pada saudara perempuan korang yang lain..yang lemah macam budak2..remaja..pemangsa selalunya mencari mangsa yang 'lemah' dan tidak berupaya..

Muhammad Amin Shafiq berkata...

uuhhh plik dengan artis malaysia....kita sbgai org islm dh ttulis dlm i/c muslim kne ttup aurat spnjang masa..klu depan suami ko ikt ko ar nk bgel kew,ape ke...dah ar statement gila artis ni dlm vdeo....nk tggu tua ke bru nk hijrah....nabi ada bpesan,klau esk kiamat,ada benih baik,tanam terus benih tu...kiamat dtg pun xapa...alahai,teruk btul ar artis malaysia ni...