2 Dis 2011

Mana Shahrizat Mahu Lari?

PKR dakwa NFC sering bayar syarikat pelancongan

Selain dakwaan pembelian kereta mewah dan lot tanah, PKR hari ini turut mendakwa bahawa syarikat National Feedlot Corporation (NFC) sering membuat bayaran kepada sebuah syarikat pelancongan sehingga "dua tiga kali sebulan."

Pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa bayaran berjumlah RM455,423 itu dibuat sebanyak 15 kali semenjak Januari hingga Julai 2010 melalui akaun syarikat NFC.

Beliau mendedahkan perkara itu sebagai salah satu daripada senarai dakwaan "perbelanjaan boros dan bersifat peribadi" yang dibuat keluarga Shahrizat.

"Kita tak terkejut sebab bila kita semak tahun 2009 memang dia belanjakan hingga RM800,000 untuk ke luar negara.

"Alasan yang diberi adalah perbelanjaan ke luar negara untuk tengok lembu, lawat lembu, beli lembu dan sebagainya.

"Tapi yang ini lebih ajaib kerana ini adalah pakej percutian,"
katanya dalam sidang media di bangunan Parlimen hari ini.

Beliau mendakwa, siasatan yang dijalankan PKR menunjukkan syarikat yang menerima bayaran tersebut merupakan syarikat yang menawar pakej percutian ke lokasi popular sekita Asia Tenggara.

"Kalau nak melancong sekali sekala saya fahamlah tapi kalau dua tiga kali sebulan, pelik tu.

"Soalannya, macam mana syarikat yang patut urus ternakan lembu jadikan pakej percutian sebagai pembayaran rutin bulanan?


"Kalau benar pergi bercuti, siapa yang pergi bercuti?," soalnya dalam sidang media di bangunan parlimen hari ini.

Beliau membuat pendedahan terbaru itu ekoran tindakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Shahrizat Abdul Jalil yang menggunakan peluang berucap di perhimpunan agung Umno pagi ini untuk menyerang pemimpin PKR berhubung dakwaan skandal penyelewengan dana NFC. -mk

Shahrizat tak mahu jawab soalan projek lembu

Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini tidak mahu mengulas mengenai kemelut membabitkan (NFC) - sehari selepas beliau menyampaikan ucapan yang berapi-api mengecam pengkritiknya berhubung isu tersebut.

Dalam satu sidang akhbar hari ini selepas ucapan dasar Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak di perhimpunan agung parti itu, Shahrizat ditanya sama ada beliau turut terbabit dalam keputusan kabinet meluluskan projek NFC.

Shahrizat mengangkat keningnya, menggelengkan sedikit kepalanya serta menggerakkan tangan kanannya tanda beliau tidak mahu menjawab soalan itu.

Sebaliknya, Shahrizat bercakap menyentuh ucapan dasar Najib dan tergesa-gesa meninggalkan sidang akhbar, tanpa menjawab soalan seterusnya dari pihak media.

Semalam, Shahrizat mengecam mereka yang menyerangnya dan keluarganya berhubung projek NFC, yang dibangkitkan dalam Laporan 2010 Ketua Audit Negara.

Projek tersebut telah diberikan kepada syarikat milik keluarga Shahrizat pada tahun 2007 sewaktu pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika Shahrizat merupakan seorang menteri kabinet.

Dalam ucapannya di perhimpunan agung Wanita Umno semalam, Shahrizat berkata beliau tidak ada kaitan dengan projek NFC itu.

Pengkritiknya, terutamanya PKR, mendakwa NFC menyalahgunakan pinjaman RM250 juta, dengan membeli kondominium mewah dan membiayai perjalanan ke luar negara.

Hanya beberapa jam selepas itu, PKR membuat tuduhan terbaru terhadap NFC, dengan mendakwa syarikat itu menyalahgunakan dana untuk membeli tanah di pusat pentadbiran Putrajaya dan sebuah kereta mewah. -mk


Ulasan GB


Sekalipun TKPN semalam menyatakan setakat ini tidak ada unsur CBT di dalam projek NFC, namun kenyataan tersebut bukan bererti Shahrizat Jalil boleh terlepas begitu saja dan bukan bererti kes itu akan ditutup.

Ingat kes Teoh Beng Hock? Sekalipun polis tidak dapat mengenalpasti (atau cuba menutup?) pesalah sebenar tetapi Suruhanjaya Diraja akhirnya mendedahkan telah berlaku salahlaku dan salahguna kuasa oleh pegawai-pegawai SPRM.

Satu Siasatan Diraja perlu ditubuhkan untuk menyiasa NFC sepertimana yang di cadangkan oleh PAC.

Jika Najib enggan mendengar tuntutan penubuhan Suruhanjaya itu, ia bererti satu petanda bahawa Putrajaya akan bertukar tangan. Hukum "kebenaran dan keadilan" akan mengambil tempatnya dimana UMNO BN sudah tidak layak untuk menduduki Putrajaya dan akan digantikan dengan parti lain.

Kami peringatkan: Jangan main-main dengan Tuhan!

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Shahrizat Jalil,walau pon seorang peguam tapi bangang.Dalam UMNO memang ramai peguam-peguam bangang dan juga ulamak-ulamak terpesong.Budaya dalam UMNO menyebabkan mereka hilang "kuasa interlek" hingga jadi bangang.Mereka lupa zaman dah berubah,rakyat sudah lebih celek dan "well-informed".Tiada "dosa" dan penyelewengan dapat ditutup.Lihat sahaja cara perwakilan berucap dan berhujah,guna bahasa lucah dan kesat.Itulah standard "orang UMNO".

Tanpa Nama berkata...

Dia ingat berceramah sampai singsing baju org takut kat dia...pppppprah...kalau depan kita dah kena penerajang dah....mcm berani sgt...mai lah depan2 tengok....mamak

siTerubuk berkata...

apa lagi..lari balik india la mamak...pape pun jangan melampau sangat..tengok ni.. http://terubukbakar.blogspot.com/2011/12/artis-ni-di-stim-kan-oleh-seorang.html

Tanpa Nama berkata...

Tuhan nak tunjuk kepada kita semua bahawa semua pemimpin UMNO memang macam lembu bodoh tak boleh diajar. Kalau tidak kenapa Tuhan bagi idea bela lembu. Kerana mereka semua sama macam lembu. Kalau mereka bijak sudah tentu Shahrizat dan keluarganya diheret ke Mahkamah. Dah terang lagi bersuluh dana yang diperuntukkan adalah untuk projek lembu tapi beli kondo, kereta mewah, jalan makan angin dll bukan pecah amanah namanya tuh!....Memang bodoh bila ada org mengatakan itu pelaburan.