11 Nov 2011

Lembu-Lembu NFC Yang Cuba Melembukan Orang Lain

Isunya RM250 juta untuk syarikat keluarga Shahrizat

KUALA LUMPUR, 10 Nov: Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin kecewa dengan tindakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil yang mencampuradukkan isu wang negara dengan peribadi.

Membidas kenyataan Shahrizat semalam bahawa Wanita PKR sengaja mahu memburukkan Wanita Umno dengan mendedahkan penyelewengan berhubung National Feedlot Corporation Sdn. Bhd (NFC). Zuraida mengingatkan Shahrizat agar tidak lari daripada isu sebenar.

Menurut Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang, isu yang harus diberi perhatian adalah soal pertanggungjawaban wang rakyat sebanyak RM250 juta yang diberikan kepada syarikat milik keluarga Shahrizat walaupun prestasinya tidak menepati sasaran.

Ini, katanya membabitkan nasib ribuan petani dan penternak yang lebih memerlukan bantuan dana oleh kerajaan berbanding syarikat keluarga Shahrizat dan skandal NFC menyentuh tata kelola kewangan negara yang lemah sehingga wang rakyat dibelanjakan sesuka hati.

"Adalah menjadi tanggungjawab saya sebagai wakil rakyat dan seorang pemimpin wanita untuk membawa isu ini supaya sebarang penyelewengan dapat dihentikan segera.

"Saya langsung tidak mempunyai motif peribadi, saya hanya melaksanakan amanah yang dipikul," kata beliau dalam satu kenyataan.

Justeru Zuraida menasihatkan Sharizat agar memikul amanah beliau dengan sebaik mungkin dan menjawab segala pendedahan mengenai NFC tanpa melibatkan soal peribadi.

"Pendedahan-pendedahan ini masih belum dijawab dengan baik oleh mana-mana pimpinan Barisan Nasional," katanya.

Shahrizat dilaporkan semalam sebagai berkata, keluarga beliau tidak sepatutnya dituduh menyeleweng wang rakyat sebaliknya keluarga beliau mendapat projek tersebut hasil kerja keras mereka. -HD

NFC: Shahrizat dakwa PKR mahu hancur Wanita Umno, Khairy kata liar

KUALA LUMPUR, 9 Nov – Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mendakwa serangan ke atas beliau berhubung Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) adalah satu agenda politik pembangkang yang mahu memusnahkan Pergerakan Wanita Umno.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu berkata, keluarga beliau, yang mengendalikan projek ternakan lembu tidak wajar menerima kritikan dan kecaman buruk yang dilemparkan oleh pembangkang sebab “mereka memang bekerja keras.”

“Ini adalah agenda politik oleh pembangkang untuk melemahkan Wanita Umno. Tetapi kami bukan begitu mudah untuk dimusnahkan,” kata Ketua Wanita Umno ini.

“Saya rasa malu ada seorang wanita rakyat Malaysia seperti Ketua Wanita PKR,” kata senator ini dengan merujuk kepada Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin yang sebelum ini mendakwa projek NFC gagal meskipun diberi pinjaman mudah RM250 juta dan tanah seluas 5,000 ekar.

“Mereka (pembangkang) bukan minat sangat dengan NFC. Itu memang diarahkan kepada saya, selaku ketua Wanita Umno, dan juga pengerusi Wanita BN,” kata Shahrizat lagi.

Shahrizat berkata keluarganya tidak sepatutnya dilayan sedemikian dengan apa yang dikatakan oleh pembangkang.

“Menteri sudah jawab dan saya gembira kerana kementerian akan pantau kejayaan projek itu. Saya dah lama dalam politik,” tambah beliau lagi.

Dalam pada itu, Pemuda Umno pula menyifatkan tuduhan pihak pembangkang berhubung NFC adalah liar demi menagih perhatian umum bagi menutup kepincangan pembangkang yang kini terumbang-ambing menghadapi pilihan raya umum.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata, dakwaan bahawa NFC telah menyalurkan wang sejumlah RM81.2 juta kepada National Livestock & Meat Corporation Sdn Bhd (NLMC), syarikat sekutu NFC dan memberi diskaun hampir RM3 juta kepada sebuah lagi syarikat sekutu Real Food Company Sdn Bhd (RFC) adalah tidak benar.

“Tuduhan yang dibuat ada banyak kelemahan dari segi fakta, hujah dan dasar kerana tidak membawa apa-apa kebenaran di mana saya sendiri telah membuat penyelidikan yang dibuat melalui laman web dan temu ramah dengan pihak berkaitan.

“RM81.2 juta itu bukan sahaja bertujuan menghasilkan daging mentah tetapi juga untuk membina kemampuan dari aspek pemasaran, perancangan operasi, kewangan, perancangan organisasi dan pengurusan sumber manusia,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, demikian menurut laporan Bernama Online.

Katanya, NLMC juga dipertanggungjawabkan untuk membina rangkaian penawaran, membina pasaran untuk produk fidlot serta membeli hasil dari ladang satelit.

“Ia juga berperanan untuk memajukan operasi sistem lojistik dan penghantaran serta membina pasaran bagi produk Pusat Fidlot Nasional sebagai pengeluar daging yang konsisten dan berkualiti tinggi di dalam proses persediaan untuk Program Pembangunan Usahawan,” katanya.

Manakala berhubung dengan dakwaaan tentang pemberian diskaun, anggota Parlimen Rembau itu berkata RFC berperanan sebagai pengedar daging keluaran NFC dan diskaun yang diberi itu kemudiannya disalurkan kepada kesemua pembeli-pembeli daging.

“Ini termasuklah hypermarket besar di negara ini seperti Jusco, Carrefour, Cold Storage dan Giant, pasar-pasar tani di seluruh negara dan juga pasaran ‘hotel-restaurant-catering’,” katanya lagi.

Semalam, Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar berbohong kepada Dewan Rakyat berhubung kenyataan mereka mengenai pinjaman mudah yang diberikan kepada NFC.

Katanya, keseluruhan pinjaman mudah dan pemberian geran berjumlah lebih RM256 juta telah dikeluarkan oleh syarikat penternakan lembu yang dimiliki oleh suami dan anak-anak seorang menteri Kabinet itu.

Kata beliau, keseluruhan jumlah dana tersebut sebenarnya telah disalurkan sepenuhnya ke dalam akaun NFC menjelang 31 Mac 2009.

Rekod kewangan NFC menunjukkan pinjaman pertama sejumlah RM130 juta telah diambil dalam 2008.

Katanya, pada 31 Mac 2009, NFC telah mengambil pinjaman kedua berjumlah RM220 juta yang terus dimasukkan ke akaun Maybank milik NFC dan 6 Mei 2009 NFC memindahkan wang dari pinjaman ini berjumlah RM116 juta ke dalam akaun deposit tetap milik NFC di Public Bank Berhad. -TMI


Ulasan GB

Apa kena mengena projek lembu tersebut dengan Wanita & Pemuda UMNO sehingga Shahrizat mengaitkan dan menuduh pendedahan penyelewengan itu sebagai agenda politik pembangkang yang mahu memusnahkan Pergerakan Wanita Umno disamping keterlibatan Ketua Pemuda UMNO yang beriya-iya mempertahankan isu NFC tersebut?

...Itu memang diarahkan kepada saya, selaku ketua Wanita Umno, dan juga pengerusi Wanita BN,” kata Shahrizat lagi.


Apakah kerana Wanita & Pemuda UMNO/BN ada menerima persennya di dalam projek yang pincang berkenaan?

Atau itu cara Sharizat untuk mendapat sokongan dan simpati dari Wanita UMNO dan BN membelanya di dalam siu Projek Feedlot tersebut?

Lembah Pantai, pastikan kisah penyelewengan Feedlot ini sampai ke setiap pengundi sekalipun SPR telah merancang penambahan undi pos di Lembah Pantai untuk kemenangan wanita projek lembu ini.

Perancangan Jahat SPR: Pengundi Pos Lembah Pantai Naik Mendadak

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

biasala geng BN kalau tak sapu duit mmg tak sah...barua najib {BN}.

Tanpa Nama berkata...

ini lembu 2 jantan 1 betina tara tanduk apasal?

zax berkata...

senator lembu..biasa la penyangak wang negara

AMENO CARCA MARBA berkata...

JUST in case pembaca & Blogger2 tak perasan,masa 1st round dana Feedlot ni disalurkan(Rm 100juta),
si-Shahrizat ni dah gunakan peluang kewangan untuk MENJATUHKAN Rafidah Aziz,waktu tu incumbent Ketua Wanita UMNO...

Macam mana??POLITIK WANG lah,yg dulu,masa kini dan.... masih menular didalam UMNO..!!!!

Jadi,tak mustahil lah kali ni,WANG digunakan untuk PLANTkn pengundi2 tambahan di-Lembah Pantai,pak!! FORWARD-PLANNING...!!!BIJAk2 si-Shahrizat nak meLEMBUkan pengundi2 Lembah Pantai..!!

PerLEMBUAN keDUA;Ketua Pemuda UMNO:
-----------------------------------
Projek LEMBU FeedLot,ni kat Gemae, Negeri Sembilan (GEMAS lah!kata org KL).Tak jauh dari Rombau,dan Khairi mungkin ada sikit2lah..masa nak lobi2 Pak Lah dulu...GET IT???

so,skrg Khairi pun di-PERLEMBUkan juga..!!! Itu sebab ada Blogger2 pro-UMNO (Parpu Kari,GOMO,GAP,etc)
MENYAMPAH betul kat si-Kitol Khairi ni...!!! U GET IT TAK????

Lagipun dengan rm 250Juta,tarok bank,ROLL-OVER,berapa byk mashuk lagi pak???BERJUTA JUTA LEMON,pak..

Kalau bagi Rm 1Juta kat satu pak Menteri,satu Kabinet boleh beli... termasuk ROSMAH dan jabatan FLOM sekali...hehehee,GET IT???

PERLEMBUAN ke3 : Syarikat Keluarga Shahrizat,MEMANG TAK ADA PENGALAMAN langsung dalam bisnis Lembu lembu ni,kerana sykt ni dikendalikan olih Suami Shahrizat, yang hanya experience dalam bidang IT saja....!!!!

PerLEMBUAN ke4;Seluroh KABINET telah di-perLEMBUkan olih Shahrizat,apabila bersetuju meluluskan projek National Feedlot ni kpd Sykt keluarga Shahrizat..

Memang ngeri dengar cerita2 ni, tapi ini lah PENDERHAKAAN dan RAKUSnya segelintir PEMIMPIN2 UMNO (mcm tak ingat DOSA langsung!!)

Dan kalau MENANG PRU 13(2012), maknanya BN-UMNO menang cara TIPU TIPU MALAYSIA....!!

Tanpa Nama berkata...

Lembu-lembu Feedlot jantan & betina mana ada tanduk...hehehe