19 Nov 2011

Isu ISA: SUHAKAM Perlu Adukan Kepada Agong Tentang "Kebiadaban" Menteri KDN & KPN

Suhakam gesa bebas 13, henti guna ISA hingga akta baru digubal

KUALA LUMPUR, 19 Nov — Suhakam melahirkan rasa amat kecewa dan terkejut dengan tindakan Putrajaya menahan 13 individu di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) berhubung dakwaan kegiatan gerakan militan di Sabah awal minggu ini ketika ia sedang dalam proses memansuhkan undang-undang tersebut.

Pengerusinya Tan Sri Hasmy Agam berkata, tindakan terbaru ini benar-benar mengejutkan dan sama sekali bertentangan dengan keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang berani dan bersejarah untuk memansuhkan ISA serta pengiktirafan dan penghormatan terhadap hak asasi manusia serta perseimbangan antara hak tersebut dengan peraturan undang-undang dalam sistem demokrasi berparlimen negara – yang telah lama dinanti-nantikan dan amat dialu-alukan dengan sepenuh hati oleh rakyat.

“Selaras dengan seruan yang telah dibuat sebelum ini agar undang-undang penahanan pencegahan dimansuhkan, suruhanjaya menggesa agar pihak berkuasa membebaskan kesemua mereka yang ditahan di bawah undang-undang tersebut dan memberikan hak mereka kepada perbicaraan terbuka dengan diwakili peguam,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan.

Katanya, Suhakam juga menyeru kerajaan supaya menghentikan penggubalan undang-undang yang membenarkan penahanan tanpa bicara dan agar menangani isu berkaitan keganasan di bawah undang-undang lain yang sedia ada dan sementara pemansuhan ISA dibuat, tiada sebarang penangkapan akan dijalankan di bawah akta berkaitan.

Dalam kenyataan semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein mempertahankan penahanan 13 anggota kumpulan militan di Sabah baru-baru ini menggunakan ISA atas alasan dibuat selepas polis mendapat maklumat risikan dari dalam dan luar negara.

Beberapa pihak menggesa agar kesemua 13 mereka dibebaskan.

Antaranya, Pesuruhjaya PAS Sabah, Mohd Aminuddin Aling menggesa polis supaya menjelaskan kedudukan sebenar penahanan itu supaya tidak disalah tafsir dan menimbulkan sangkaan buruk.

Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hasan juga mempertikaikan janji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menjanjikan mahu memansuhkan ISA tetapi mereka ditahan.

Ismail berkata, soal keselamatan tidak harus dipermainkan kerana keselamatan negara adalah tanggungjawab utama polis iaitu bagi membendung apa sahaja boleh mengancam dan menggugat keselamatan negara.

Kelmarin, Ismail mengesahkan tujuh rakyat Malaysia dan enam warganegara asing ditahan di Sabah sejak Isnin lalu mengikut Seksyen 73 (1) ISA kerana disyaki ada kaitan dengan usaha untuk menghidupkan kembali gerakan militan di Sabah.

Identiti dan nama kumpulan militan itu tidak dinyatakan namun sebuah akhbar berbahasa Inggeris melaporkan polis menahan anggota militan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan Abu Omar yang juga dikenali sebagai kumpulan Kaltim dan berpangkalan di Kalimantan.

Hishammuddin pula berkata kesemua enam warga Indonesia yang ditahan kerana terbabit dalam aktiviti militan akan diusir segera ke negara asal mereka.

Beliau berkata, tujuh warga tempatan yang turut ditahan bersama mereka akan didakwa di mahkamah sebaik siasatan selesai dan segala bukti dapat dikumpulkan.

Katanya, semua yang ditahan itu didapati mendapat latihan ketenteraan serta terbabit dalam penyeludupan senjata dan kegiatan mereka dikategorikan serius bukan saja oleh Malaysia tetapi juga pihak berkuasa Indonesia dan agensi lain di peringkat antarabangsa.

"Kita tidak gunakan sewenang-wenangnya ISA. Ia akan terhad kepada isu keganasan jadi pengesahan pihak Indonesia itu sedikit sebanyak membantu membuktikan kewajaran tindakan kita,” katanya.

September lalu, Najib mengumumkan ISA dimansuhkan dan memberi jaminan dua undang-undang baru yang akan digubal untuk mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang serta perbuatan jenayah tidak akan digunakan untuk menahan sebarang individu semata-mata kerana ideologi politik.

Bagaimanapun, dua akta baru bagi menggantikan ISA perlu dikuatkuasakan dahulu sebelum pemansuhan ISA boleh dilakukan. -TMI

Ulasan GB

SUHAKAM, yang dilantik oleh Yang Dipertuan Agong nampaknya tidak dihormati oleh Menteri KDN dan Ketua Polis Negara.

Ini bererti kedua-dua mereka tidak menghormati Yang Dipertua Agong.

SUHAKAM perlu lebih tegas dan pro-aktif bagi mempastikan kerajaan persekutuan menjunjung janji mereka untuk menghapuskan ISA.

Rakyat meminta SUHAKAM supaya mengadap ke bawah duli Yang Dipertuan Agong mengadukan "kebiadaban" menteri KDN dan juga KPN yang masih terus-terusan bertindak menggunakan ISA sedangkan mereka boleh menggunakan pelbagai akta lain. Langkah menggunakan semata-mata untuk kerja mudah tahan tanpa bicara.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SUHAKAM ni kerajaan yang ujudkan konon nak awasi soal hak asasi manusia.Kalau cakap SUHAKAM tak peduli,elok hapuskan aje badan ni.Begitu juga Juru Odit Negara,bertahun-tahun telah menunjukkan kelemahan dan kepincangan pengurusan belanjawan negara oleh pihak kerajaan.Jugak tak ambil kisah,tak ada tindakan yang ikhlas dan jujur untuk memperbaiki teguran Juru Odit Negara.Agaknya sudah sampailah masanya kerajaan UMNO/BN ni ditukar kerana sombong,angkoh dan degil.

Tanpa Nama berkata...

betulkah ISA nak mansuh?

Tanpa Nama berkata...

Siasatan SPRM hasil daripada pendedahan Jabatan Audit Negara (2009)juga dimasukkan ke dalam bakul sampah jabatan peguam negara.

Tanpa Nama berkata...

Gani Patail lebih berkuasa dari Agong.SUHAKAM patut pergi mengadu kepada Gani Patail.