9 Nov 2011

Hanya Tahi Lembu Yang Tinggal, Itu Yang Nak Ditawarkan Kepada PR

Noh Omar tawar projek NFC kontroversi kepada Pakatan

KUALA LUMPUR, 8 Nov ― Datuk Seri Noh Omar menyatakan kesediaan untuk menawarkan wakil rakyat pembangkang mengendalikan sendiri pusat ternakan lembu ― projek ternakan berkandang kebangsaan (NFC) yang berkontroversi. ― pendirian dibuat ketika bertikam lidah di Parlimen berhubung projek tersebut.

NFC dimiliki oleh suami Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Jali, Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail dan anak-anaknya Izran and Izmir.

“OK, saya tawar pusat ternakan satelit ini kepada anda,” kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ini ketika menggulung perbahasan peringkat jawatankuasa rang undang-undang perbekalan di Dewan Rakyat.

“Saya sedia tawar projek ini kepada mana-mana anggota pembangkang. Saya akan beri kepada sesiapa sahaja yang berupaya untuk mengendalikan projek NFC,” katanya.

Noh menjawab soalan Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin yang bertanya mengapa hanya 20 daripada 71 pusat ternakan satelit yang dirancang untuk NFC beroperasi.

Omar juga berjata NFC tidak boleh mengeluarkan kesemua pinjaman RM250 juta yang diperuntukkan untuk projek berkenaan.

Katanya, ada syarat-syarat yang dikenakan untuk dipenuhi sebelum boleh mengeluarkan wang daripada dana tersebut.

Katanya, pengeluaran daripada dana tersebut untuk projek itu perlu diluluskan oleh jawatankuasa teknikal, yang diketuai oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

Noh menjawab dakwaan PKR bahawa penyata-penyata kewangan yang difailkan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia menunjukkan NFC telah mengeluarkan kesemua RM250 juta sehingga 31 Mac 2009. -TMI

MSTAR: Sabtu Oktober 29, 2011
Projek Feedlot Nasional Gagal Kerana Pengusaha Tiada Pengetahuan Asas

Kegagalan projek National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) yang dilaporkan oleh Jabatan Audit Negara baru-baru ini disebabkan kegagalan pengusaha tempatan melaksanakan projek tersebut dengan baik.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd Johari Baharum berkata, kegagalan projek ternakan lembu feedlot tersebut disebabkan rata-rata pengusaha tidak mempunyai ilmu pengetahuan yang luas dalam bidang pertanian.

Justeru itu, beliau meminta graduan yang memiliki diploma dan ijazah dalam bidang pertanian menceburkan diri dalam industri pertanian bagi membolehkan projek tersebut dapat dilaksanakan dengan baik.

"Kita lihat ramai graduan tidak mahu bekerja di sektor pertanian kerana beranggapan pertanian ini miskin, kerja teruk dan kotor tetapi mereka tidak tahu sebenarnya bidang tersebut mempunyai hasil pulangan yang banyak.

"Mereka perlu ubah gaya pemikiran mereka agar dapat menceburi bidang pertanian bagi membolehkan ilmu yang dipelajari semasa di universiti dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam bidang tersebut," katanya pada sidang media selepas "Program Konvoi Bersamamu Datuk Jo" di Kampung Palas, Tobiar, dekat sini.

Mohd Johari berkata, beliau melihat projek ikan talapia diusahakan oleh sebuah syarikat di China yang dibangunkan selama 10 tahun berjaya mengeksport produk mereka ke luar negara sehingga mencecah RM1 bilion setahun.

Katanya, kejayaan mereka disebabkan mereka memiliki pekerja daripada graduan dalam bidang akuakultur, dan mereka juga turut mempunyai pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) sendiri.

"Mereka juga boleh tentukan harga pasaran produk mereka kepada negara luar yang berminat untuk membelinya," katanya.

Beliau menyarankan Universiti Putra Malaysia (UPM) supaya bekerjasama dengan agensi pertanian di negara ini bagi membolehkan pelajarnya banyak melakukan latihan praktikal bersama petani.

Terdahulu itu, Mohd Johari, yang Ketua Umno Bahagian Kubang Pasu, bersama kira-kira 500 Pemuda Umno Kubang Pasu berkonvoi dengan motosikal dari pekan Jitra ke Kampung Palas, Tobiar sejauh 40 kilometer bagi mengeratkan lagi hubungan antara Pemuda Umno Bahagian Kubang Pasu dan Pendang.

Katanya, melalui program ini juga kepimpinan Umno juga dapat menyelami isi hati dan apa yang diperlukan agar mereka agar tidak tersasar dengan matlamat yang dibawa oleh pemimpin negara terutama menjelang 2020. -mstar



Ulasan GB

Timbalannya sendiri sudah mengakui projek itu gagal. Gagal kerana pengusahanya tidak mempunyai ilmu pengetahuan yang luas dalam bidang pertanian (penternakan).

Setelah gagal, setelah kebanyakan pusat ternakan satelit itu sudah ketiadaan lembu lagi dan yang tinggal cuma najis-najisnya, baru kini hendak ditawarkan ke PR.

Ini macam punya dembu pun ala....

7 ulasan:

Amuraria berkata...

NOH NI PUN MACAM TAIK LEMBU JUGA BILA SEKALI BUKA MULUT HAHAHA !

Tanpa Nama berkata...

tengok muka noh sebiji macam taik lembu.

Tanpa Nama berkata...

Assalam..mohon kpd GB untuk highlight lg kes NFC neh..kasi sumer org buka mata..dah la projek nih diberikan kepada kroni..then tak capai KPI plak...ape la nk jadi nih...GB highlight lg kes NFC nih yer..

Tanpa Nama berkata...

"Ini macam punya dembu pun ala...."

hehehe

sebenarnya noh omar tu lembu yang cuba nak jadikan orang lain lembu sepertinya jugak. huhu.

Tanpa Nama berkata...

Noh ni dah tak larat nak jawab. Udah le tu yop, tak tido mlm dia tu...tembak le org lain pulak. Teman rasa jap lg dia ni bercakap sorang-sorang kat lampu trafik. Budak Noh ni sebenonya baik cuma bodoh alang sikit.
Cuba mika cari sapa yg kebas duit loan tu dan sapa kasi lulu itu loan

kembara putih berkata...

Kerja apalah yang menteri ni tau buat, projek makan durian boleh la

Tanpa Nama berkata...

Memanglah ada tiga empat menteri yang tak capai standard menteri. Banyak polisi selalu berubah-ubah seperti pelajaran, pertanian, kawalan harga barang, projek2 dan sebagainya.