10 Nov 2011

Gobala Diberi Amaran Keras, Tidak Minta Maaf Bukti Beliau Bukan Lelaki Sejati

Ahli parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan semalam diberi amaran oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam supaya tidak memberi sebarang komen membabitkan perbicaraan kes yang sedang berjalan.

Gobalakrishnan diperintahkan hadir ke mahkamah untuk memberi penjelasan berhubung kenyataannya yang didakwa 'menyerang' peribadi Manjeet Singh Dhillon, peguam dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain.

Kenyataan ahli parlimen itu diterbitkan di dalam akhbar Utusan Malaysia di bawah tajuk 'Manjeet selalu burukkan kerajaan' pada 16 Ogos lepas dan kenyataannya itu turut disiarkan dalam Buletin Utama TV3 pada hari yang sama.

Hakim Datuk Akhtar Tahir berkata Gobalakrishnan tidak sepatutnya membuat komen yang tidak betul dan subjudis terhadap kes yang sedang berjalan apatah lagi beliau tidak pernah hadir ke mahkamah untuk mengikuti kes itu.

Beliau berkata apa yang membimbangkannya ialah ahli parlimen itu telah melibatkan mahkamah dan memanipulasikannya untuk tujuan politik.

"Biar saya beritahu anda, hakim-hakim di Malaysia lebih bebas daripada apa yang kamu fikirkan. Kami tidak bodoh dan hanya duduk di sini membenarkan timbalan pendakwa raya dan peguam lakukan apa yang mereka mahu.

"Kami berlandaskan undang-undang. Saya tidak bercadang untuk ambil tindakan kepada kamu hari ini kerana saya percaya untuk memberi peluang kedua. Saya akan memberi amaran kepada kamu dan ini adalah amaran terakhir, ada apa-apa kamu nak cakap," kata Akhtar.

Gobalakrishnan kemudian memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak mengingati komen yang diberikannya.

Akhtar berkata beliau telah memanggil wartawan Utusan Malaysia yang menemubual ahli Parlimen itu dan berdasarkan penjelasan wartawan berkenaan Gobalakrishnan didapati telah mengeluarkan komen tersebut.

"Jika anda lelaki sejati anda akan meminta maaf, jangan ulangi lagi. Saya tidak mahu membuang masa saya. Awak boleh pergi jika awak mahu," kata Akhtar.

Gobalakrishnan yang hadir memakai kemeja panjang biru, berseluar hitam dan berkasut sukan kemudian dilihat terus meninggalkan mahkamah.


Sebelum ini, Akhtar turut memberikan amaran yang sama kepada ketua pengarang dan wartawan Utusan Malaysia, Raja Syahrir Abu Bakar serta memerintahkan penerbit Buletin Utama TV3 untuk hadir ke mahkamah bagi memberi penjelasan berhubung penyiaran kenyataan anggota Parlimen Bebas itu.

Pada 18 Ogos lepas, Manjeet yang mewakili tertuduh pertama dalam kes berkenaan, N.Pathmanabhan, membangkitkan mengenai penerbitan artikel tersebut yang didakwa subjudis terhadap perbicaraan kes itu.

Dalam artikel dan berita tersebut, Gobalakrishnan dilaporkan memberi komen berhubung tindakan Manjeet yang didakwa beberapa kali meminta mahkamah mengenakan tindakan menghina mahkamah terhadap pihak pendakwaan dalam kes pembunuhan itu.

Manjeet kemudian memfailkan saman fitnah pada 26 September lepas bagi menuntut gantirugi am serta khas berjumlah RM2.5 juta dan beliau menamakan Gobalakrishnan, Raja Syahrir, Utusan Melayu (M) Berhad dan Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) sebagai defendan-defendan.

Dalam penyataan tuntutannya, peguam itu mendakwa tindakan kesemua defendan menyebabkan reputasi dan keperibadian termasuk profesionalisme beliau telah tercemar di mata rakyat Malaysia dan antarabangsa.

Sementara itu, saksi ke-65 pendakwaan, pegawai perubatan dari Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Amir Saad Abdul Rahim, 40, memberitahu prosiding perbicaraan bahawa sampel darah isteri dan tiga anak salah seorang mangsa, pegawai bank Noorhisham Mohamad, telah diambil pada 19 September tahun lepas untuk dibuat perbandingan asid deoksiribonukleik (DNA).

Turut memberi keterangan pada hari ini ialah jurutera utama DiGi Telecommunication Chong Chee Wah dan penolong pegawai penyiasat dari Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi Sarjan Syed Mohd Nazri Syed Darus, 51.

Pathmanabhan, bekas peguam, dan tiga pekerja ladang T.Thilaiyalagan, R.Matan dan R.Khatavarayan didakwa membunuh Sosilawati, 47, Noorhisham, 38, Ahmad Kamil, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44, di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat, Banting, antara 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010.

Pathmanabhan, 42, Thilaiyagan, 20, Matan, 21, dan Khatavarayan, 31, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan yang masuk hari ke-47 bersambung hari ini. - Bernama

Ulasan GB

Semakin menjadi-jadi kedajalan Gobala dan semakin banyak kehinaan menimpanya semenjak keluar dari PR.

Baru sahaja beliau dihalau keluar dari Dewan Rakyat lalu.

Dia menyangka dia kebal undang-undang untuk berbuat dan bercakap sesuka hatinya apabila telah menjadi ahli parlimen bebas. Dia berfikir, BN akan bantunya di dalam setiap tindakan.

Semalam diberi pula amaran keras oleh mahkamah. Hakim berkata "Jika anda lelaki sejati anda akan meminta maaf" tetapi apa yang dilakukan Gobala ialah "Gobalakrishnan yang hadir memakai kemeja panjang biru, berseluar hitam dan berkasut sukan kemudian dilihat terus meninggalkan mahkamah."

Rumusan: Gobala bukan lelaki sejati.

6 ulasan:

batu pelangi/BZ berkata...

MP yang sanggup jadi LEMBU bila keluar dari PR.Dalam PRU kelak semua
MP yang lompat parti dicadangkan
menggunakan parti lambang LEMBU
untuk bertanding.

Tanpa Nama berkata...

Kadang2 muak dgn perangai depa2 ni.. tapi aku baca juga le sekali lalu. Klu tak, kita tak tau hal2 semasa ni.

Yg penting bagiku? Allah & Rasul.
Cam ne tu? Tambah ilmu & amal.
Kontek sekarang? PAS mengatasi yg lain utk Islam.
Pemimpin2nya lebih komited utk Islam. Wlu tak sesempurna Nabi saw & para sahabat, sbb yg maksum di kalangan manusia ialah Nabi saw & para anbiaya.

Amuraria berkata...

INI LEMBU YANG TELAH DIKASI,DIPAWAHKAN DAN DICUCUK HIDUNG ITU LA PASAL DIA TAK TAHU UNDANG-UNDANG MAHKAMAH ! DIA INGAT MASIH DALAM KANDANG LEMBU ATAU KANDANG KANGAROO KAHKAHKAH !

Tanpa Nama berkata...

kalau dia nak ambil calun pru13 nanti suruh dia letak gambar katak sebagai lambang termasuk kawan2nya yang lain tu.

Tanpa Nama berkata...

Gopala ni seorang peguam.Dia ada masaalah peribadi dengan Manjit Singh sebab Manjit Singh lebih berjaya jadi seorang peguam dibandingkan Gopala.Sebab itu dia selalu serang Manjit.Itu sahaja - masaalah peribadi.Sekarang Gopala jadi lebih teruk kerana dah jadi katak.

cekli@abg chor berkata...

BUKAN LELAKI SEJATI......AYO YO YO MACHA.......APA SUDAH JADI MACHA