28 Okt 2011

PANAS: Aktivis Pakatan, Wartawan Diserang Semasa Tinjauan 'Projek IC'

Sepang 28 OKT : Sekumpulan aktivis Pakatan Rakyat diserang beberapa lelaki semasa membuat tinjauan terhadap satu operasi yang disyaki percubaan memberikan kad pengenalan kepada warga asing di sebuah resort berhampiran Putrajaya di sini.

Turut diserang krew TvSelangor yang mengikuti tinjaun aktivis tersebut - gerakan 'Jingga 13'.

Kumpulan lelaki tersebut menyerang dengan menghentak dan menendang kenderaan aktivis dan wartawan TvSelangor dalam kejadian itu.

Namun tiada sesiapa yang tercedera dalam kejadian jam 6.20 petang semalam.

Sebelum itu, Pasukan Pemimpin PKR dari cabang Sepang berkata mereka menerima maklumat dari sumber yang dipercayai berhubung operasi itu dan bertindak membuat tinjauan kasar.

Ketua Cabang Keadilan Sepang, Borhan Aman Shah ketika ditemui TvSelangor berkata operasi tersebut ada kaitannya dengan pengundian pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.

"Hari ini ada empat buah bas yang dikenal pasti telah membawa warga Indonesia, saya telah menemu bual pemandu bas dimana beliau telah mengesahkan ada membawa kumpulan warga asing ini dari Greenwood, Gombak. Menurut pemandu bas tersebut, warga asing itu dibawa untuk satu kursus keusahawanan.

"Warga asing ini dikatakan dibawa masuk ke resort untuk mengikuti kursus keushawanan, persoalannya sekarang adakah golongan ini datang ke Malaysia untuk berniaga ataupun untuk bekerja, kalau benar mereka mengikuti kursus keushawanan, atas fakta apa mereka mengikutinya," katanya.

Borhan berkata sekiranya benar terdapat satu usaha untuk memberi IC kepada warga asing, mereka bukan sahaja menjadi warganegara malah akan layak mengundi pada pilihanraya umum akan datang.

"Ini kali kedua, sebelum ini tersebar luas di media dimana enam buah bas memuatkan warga asing masuk ke kawasan ini dan hari ini kita jelas ada empat buah bas.

"Saya tidak menuduh, tetapi perkara seumpama ini tidak seharusnya berlaku."

Ekoran daripada maklumat tersebut, Pasukan Jingga 13 bergerak ke resort itu bersama-sama krew TVSelangor untuk meninjau lokasi yang dimaksudkan.

Setiausaha Gerakan 'Jingga 13', Saifuddin Shafi Muhammad berkata tujuan mereka adalah untuk melihat sendiri sama ada dakwaan yang dimaksudkan itu benar.

"Waktu itu hujan renyai-renyai, kami berhenti seketika di dalam kawasan resort untuk membuat pusing 'u' (ekoran jalan terlalu sempit), kemudian kami diserang dan diancam oleh sekumpulan lelaki, saya menganggarkan lebih kurang lima orang lelaki.

"Tindakan mereka mengamcam kami dari awal membuatkan kami tidak selesa dan bertindak melarikan diri.

"Apa yang sempat kami rakam ialah imej seorang lelaki yang bertindak menyerang kami, saya juga percaya lelaki yang sama ini turut menendang kenderaan wartawan TvSelangor."

Akibat kejadian tersebut, Krew TvSelangor yang terlibat membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam. Manakal PKR Cabang Sepang telah membuat laporan di IPD Sepang. -tvsnet



Ulasan GB

Kalau tak ada apa-apa, masakan tempua bersarang rendah!

Jika ada tak apa-apa rahsia di resort berkenaan, takkan tiba-tiba nak serang orang.

Ini membuktikan bahawa "Projek IC" itu memang benar wujud.

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

biarkan saja umno yahudi nak buat projek ic kepada pendatang haram yang tersangat rugi adalah bangsa melayu sendiri terpaksa bersaing dgn mereka demi sesuap nasi. Jadi fikir fikirlah wahai bangsa melayu jangan jadi bodoh.Undilah pakatan rakyat kita sama sama selsaikan masaalah ini kita humban pengkhianat bangsa dan negara umno bn . Ok kan kan kan

Tanpa Nama berkata...

biarkan saja? kalau macam tu, baik x yah bertanding dlm p/raya kalau memang mengaku kalah dr awal, dah kita tau ada penipuan, takkan nak biar aja... kalau nak lawan biarlah dlm gelanggang yg sama, mana boleh main tipu2, for sure kalah, sia2 usaha selama ni.

lagipun projek ic ni bukan takat penipuan, ini jual negara namanya.

Tanpa Nama berkata...

Langkah serius pendokong/penyokong muslim Pakatan Rakyat:
1. Istiqamah solat hajat mohon Allah gagalkan usaha Projek IC - kita patut yakin idea Projek IC ini adalah idea syaitan manusia yg diilhamkan syaitan ori.
2. Pasang niat kerana menolong agama Allah utk cegah kemungkaran/jenayah mereka terhadap Allah - penentang hukum Allah
3. Pemimpin Pakatan Rakyat sepatutnya dah 'palu gendang perang' / arahan buka Bilik Gerakan dan buat kerja-kerja persiapan pilihanraya.
-mantan Ketua Penerangan MTD Kg Gajah, 1999.

Tanpa Nama berkata...

Kalau bukan UMNO siapa lagi yang nak gadaikan negara ini kepada PATI.UMNO dah hadiahkan pulau Singapura kepada Lee Kuan Yew,beberapa pulau diperairan Selat Johor sudah jadi milik Singapura.PATI sudah melebihi penduduk Sabah.Sekarang tinggal Semenanjung sahaja lagi belum digadaikan UMNO kepada PATI.Proses penggadaian sedang berjalan.

Neeza berkata...

Pengkhianatan kepada rakyat Malaysia yang tak boleh di maafkan.

Tanpa Nama berkata...

pemberikan IC kepada bukan warga mengundang kepada persaingan peluang hidup,ekonomi, pelajaran dan sosial dengan warga sebenar. janganlah mudahkan memberi kewarganegaraan tanpa menghalusi akibat di masa depan

Tanpa Nama berkata...

Sesiapa yang bertanggungjawab dalam Projek IC patut dihukum gantung sampai mati kerana mengkhianati negara.

Tanpa Nama berkata...

Maka kita mesti jatuhkan umnogok dlm PRU13...lepas tu kita cekuup semua yg terlibat dan pastikan penjara seumur iduup..jgn bg chan lg...xyah nak ampun2 lg humban jer dlm penjara

Tanpa Nama berkata...

Pegawai-pegawai kerajaan diJabatan Pendaftaran Negara pun terlibat.Takut sangat kepada Menteri.Mereka juga bertanggungjawab mengkhianati negara.Sudah hilang "rasa tanggungjawab" sebab nak naik pangkat dan dapat ganjaran dari UMNO.cu