29 Okt 2011

Aiseh, Lelaki Tumbuk Sepupu Wanitanya Hingga Patah Hidung

Kuantan - Seorang lelaki menumbuk sepupu wanitanya sehingga patah hidung kerana geram dengan wanita itu yang mengambil dompetnya sebagai satu gurauan. Gambar fail.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Supritendan Mohd Haris Daud berkata, sebelum kejadian, lelaki berusia 22 tahun itu pergi berjumpa sepupunya yang bekerja sebagai jurujual di sebuah kedai perabot di Raub, pagi semalam.

Beliau berkata, sebelum beredar, dompet lelaki terbabit telah diambil oleh sepupunya berusia 24 tahun tanpa disedari sebagai satu gurauan.

"Kira-kira 12 tengah hari itu, wanita tersebut ke rumah sepupu lelakinya di Taman Raub Jaya untuk memulangkan semula dompetnya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya, selepas memulangkan dompet berkenaan, mangsa yang hendak pulang telah dihalang oleh sepupu lelakinya itu, yang melepaskan tumbukan ke bahagian muka sepupunya selain menyepak dan menghantuk mangsa ke dinding, kerana dipercayai geram dengan gurauan itu.

Beliau berkata, lelaki itu dipercayai terlalu marah kerana memerlukan kad pengenalannya untuk belajar memandu. - Bernama

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Gurau tak kena tempat, sia2 ..tak dapat pahala --> menyusahkan org & akhirnya dapat penumbuk.
Klu nak bergurau, ikut Nabi saw.. mengembirakan hati org lain & dapat pahala.

Pengajaran utk kita semua .. quran & hadis/sunnnah kena dipelajari, fahami, amalkan & sebarkan...

Tanpa Nama berkata...

Kira nasib baik lah tuh. Jika dia buat laporan polis tuduh mencuri, tak ke naya. Bala berganda. Hudung cacat ke mahkamah lah pulak. Tak kena gaya dapat gelaran banduan.

Peringatan kita:
Tidak Allah jadikan sesuatu itu sia-sia. Pasti ada hikmah disebaliknya untuk kebaikan kita jugak. Pelajarilah ia.