7 Sep 2011

Jika Bukti Dari "Pengukir Nama Johor" Itu Lemah, Bakar Atau Haramkan Saja Buku Tersebut

Mat Sabu kemuka bukti lemah

SENAI – Buku Pengukir Nama Johor tidak layak dijadikan bukti bagi mengangkat nama Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan seperti yang dibangkitkan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.

Pensyarah Fakulti Sains Teknologi dan Pembangunan Insan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Mohd Akbal Abdullah (gambar kecil) berkata, buku tersebut bukan bukti dalam ilmu sejarah kerana ia hanya pendapat penulis, Ismail Adnan.

Beliau yang juga ahli panel penulis buku Siri Tokoh Johor berkata, Mat Sabu tidak boleh menggunakan tulisan itu sebagai hujah kerana tidak mampu meletakkan Mat Indera sebagai pejuang.

“Tidak memadai dengan tulisan 10 halaman saja untuk kita anggap Mat Indera pejuang kerana dia (Mat Sabu) sepatutnya baca tesis dan buat penyelidikan sendiri.

“Jika tulisan sebanyak itu dijadikan rujukan, ia terlalu lemah dari segi ilmiah. Saya tak kata lemah hingga perlu kita tolak tapi perlu dibuktikan. Apa lagi menggunakan artikel Mat Indera sebagai hujah adalah kurang tepat dan tidak sempurna dari segi ilmu sejarah,” katanya, semalam.

Mohd Akbal berkata, beliau mengenali penulis buku itu, Ismail dan menyifatkannya sebagai seorang yang sangat rajin menulis.

“Apa yang saya tahu, Ismail hanya merujuk kepada Internet tanpa membuka dokumen rasmi kerajaan dan ia dilahirkan daripada pandangan beberapa pihak serta bukan pandangan majoriti,” katanya.

Menurutnya, Ismail berkhidmat dengan Yayasan Warisan Johor (YWJ) dengan jawatan timbalan pengarah.

Mohd Akbal mempersoalkan, jika benar Mat Sabu mahu mengangkat hero kemerdekaan, mengapa pula beliau menolak perjuangan Datuk Onn Jaafar yang turut ditulis dalam buku tersebut.

“Saya mohon Mat Sabu jangan politikkan buku ini dan kaitkan siapa-siapa (penulis) atau Kerajaan Johor, kerana beliau perlu bertanggungjawab atas kenyataannya mengangkat komunis,” katanya.

Buku Pengukir Nama Johor merupakan buku siri ketiga yang diterbitkan iaitu dua siri sebelum ini iaitu Pejuang Terbilang Johor dan Tokoh Ternama Johor yang dimasukkan dalam Siri Tokoh Johor yang mula diterbitkan pada 2002.

Penulis yang dilantik menyumbang karya dalam buku tersebut terdiri daripada Ahli Persatuan Sejarah, Persatuan Penulis, peminat sejarah Johor yang mempunyai kemampuan menulis.

Mohd Akbal berkata, dakwaan Kerajaan Negeri mengiktiraf Mat Indera selaku pejuang menerusi terbitan YWJ yang dinaungi Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman adalah tidak benar.

“Buku tersebut merupakan pendapat penulis tentang Mat Indera di mana kami kumpulan penulis dan Ismail dipilih YWJ.

“Projek ini dibiayai oleh Kerajaan Negeri dan idea serta segala apa yang ditulis hanya pendapat penulis, bukannya pendapat Kerajaan Negeri dan pasukan penulis Pewaris. Dengan jelasnya, tidak semestinya pendapat penulis dan pendapat Kerajaan Negeri adalah sama,” katanya.

Mohd Akbal berkata, kumpulan penulis yang terdiri daripada 20 orang itu telah dibentuk enam tahun sebelum percetakannya yang dipilih dari segi kemahiran dan pengetahuan. -SH

Ulasan GB

Jika hujjah Mohd Sabu lemah kerana bersandarkan kepada buku yang diterbitkan oleh sebuah anak syarikat kerajaan negeri Johor sendiri, Yayasan Warisan Johor (YWJ), maka sewajarnya buku itu diharamkan atau dibakar saja.

Ini kerana penerbitan buku tesebut dibiayai oleh Kerajaan Negeri dan sebelum ianya diterbitkan sepastinyalah ia telah disemak dan diedit berali-kali untuk menentukan kesahihannya kerana ia akan menetapkan kredibiliti penerbitnya sendiri.

Mengapa kini baru dipersoalkan isi kandungannya dan merendah-rendahkan penulis rencana itu?

Apa hebatnya orang yang mengkritik penulis yang telah membuat kajiannya sendiri? Apa bukti yang Ismail Adnan hanya menulis bersandarkan fakta di Internet semata-mata? Apa sandaran untuk menyatakan kajian Ismail itu tidak sahih?

Sesebuah "kajian" tidak boleh dihukum benar atau salah. Itu disiplin di dalam dunia akademis. Tidak boleh menyalahkan hasil dari seseorang pengkaji sekalipun sesuatu kajian itu menyimpang dari penemuan-penemuan majoriti. Tak pernahkah pensyarah yang bernama Mohd Akbal yang menganggap hujjah Mohd Sabu lemah itu ada mempelajari 'RESEARCH METHODOLOGY'?

Sekarang buktikan pula hasil kajian kamu untuk menuduh Mohd Indera itu seorang penjenayah, bukan pejuang. Begitulah sepatutnya cara di dalam dunia akademis untuk menolak hujjah akademis yang lain. Bukan dengan menempelak hasil kajian orang lain melalui kenyataan akhbar semata-mata.

20 ulasan:

shuhada berkata...

Itu prof pun buat thesis masternya dgn cedok sana-sini dpd buku ilmiah orang lain. Cuba tanya dia adakah dia buat thesis tu dulu dgn cara detail penilaian dia ie bertemu dgn seseorang yang diyakini ceritanya dan latarbelakangnya?

Orangmelayu ada kata..:paku dulang paku serpih....dia mau kata orang dia rupanya lagi lebih.

Tanpa Nama berkata...

Mohd Akbal Abdullah (gambar kecil) berkata, buku tersebut bukan bukti dalam ilmu sejarah kerana ia hanya pendapat penulis, Ismail Adnan...


Pendapat penulis pun tetapi apabila ianya telah diterbitkan oleh sebuah yayasan kepunyaan kerajaan Johor, bererti pengiktirafan telah pun diberikan terhadap kajian dan isi kajian berkenaan.

Atau kini kerajaan UMNO Johor akan mengambil langkah mahu haramkan buku tersebut seperti GB syorkan?

Awan Network berkata...

cuba tanya depa bukti kukuh tue mcmana....

Entri Terhangat!! :
Peminat Bola Sepak Pasti Hidung Berdarah Selepas Baca Ini!!
HOT!! - Rakan Ajak Onani?

UM berkata...

..just another 'kang kung'

Tanpa Nama berkata...

Kalau Mohd.Akbal Abdullah kata buku tu bukan buku yang bersandarkan kepada sejarah,bermakna Yayasan Warisan Johor adalah sebuah badan yang tidak boleh diguna-pakai dan kerajaan Johor,yang membiayai yayasan ini juga dikira tak teliti kerana mengeluarkan banyak dana untuk yayasan ini.
Ada baiknya Mohd.Akbal Abdullah menulis sebuah buku yang punya fakta sejarah betul,kita nak tengok sejauh mana betulnya.Tenaga pengajar universiri wajar ada kebolehan untuk buat research dan menulis.

Tanpa Nama berkata...

Mohd Akbal, tolong berikan judul buku ilmiah yang saudara tulis berdasarkan kepada rujukan dokumen rasmi sahaja tanpa mendapat pandangan atau rujukan sumber lain.

zairil berkata...

Eikk?? Tak kan tak tau kat Malaysia ni banyak Academician yang bebal, pemalas dan makan gaji buta? Bagi kuliah pun ala kadar.....kuliah cari makan. Kaki bodek nombor SATU!

Universiti pun entah tempat ke berapa dalam dunia. Paper main cedok-cedok thesis student.

Janganlah sebagai academician dah terasa kebal dengan ilmu, dah ada kredibiliti. Setiap sejarah setiap cerita, setiap peristiwa boleh dilihat dari perspektif yang berbeza-beza.

Jangan kerana kemalasan sendiri - merendah-rendahkan pula penulis lain yang lebih rajin.

Tanpa Nama berkata...

Salam.
Hari ini kita kenal seorang lagi Prof Chap Ayam. Cakap tak ada rujukan dan bukti. Tapi ia kashaf kot... macam wali-wali. Insaflah, jangan turunkan taraf akademik.

Unknown berkata...

ada banyak kaedah dalam penulisan sejarah atau berunsur sejarah. tak kan prof tak tahu? ada banyak teori dalam penulisan sejarah. hormatlah karya orang lain jika prof itu ingin dihormati oleh kalangan akademik yang lain. orang macam prof ni ada perasaan dia sahaja yang hebat, dan dia sahaja yang layak menulis sejarah, tapi dia bukan dari jabatan sejarah, apa nak gaduhnya? bahayakah menulis sejarah Mat Indera sampai nak gaduh sangat ni? Sejarah Johor pun boleh ditulis semula dalam versi baru, termasuk sejarah Melaka, apa nak gaduhnya? Sejarah tu bagaimana, faham tak? Terpulang kepada sesiapa nak tulis sejarah. Tun Sri Lanang dulu pun bukan pakar sejarah, dia main hantam aje, merapu sampai Bukit Siguntang Mahamiru semua, Raja Suran dan kisah masuk laut, kenapa tak gaduh? Ni hal kecil, hanya lembaran sejarah. Lupakanlah, sebab kita ni tak faham sejarah, tu yang jadi gaduh. Baik kita kaji sejarah timbulnya parti pembangkang di Malaysia di zaman era Dr.M, sejarah rasuah di Malaysia, sejarah penghakisan sistem kedalautan dan undang-undang Malaysia: satu kajian kes; atau sejarah timbulnya konflik di zaman blogger sekarang, bukankah menarik ada banyak kajian akademik, kalau nak tulis balik kisah Bukit Kepong apa salahnya, tapi jangan ajak Jin Shamsuddin, dia tak tahu apa, filem Pasir Salak pun tak siap, tanya Ramli Ngah Thalib, kemana peruntukan buat filem tu, asyik kaji, kaji dan kaji, tak siap-siap juga... macam tulah Bukit Kepong pun...buat apa kita nak gaduh? Marilah kita belajar sejarah bermula dari zaman tahun 1874. Betulkah Inggeris campur tangan dalam pentadbiran Neg.Melayu? Atau sikap tamak pemimpin Melayu yang tak suka Inggeris ajar sistem moden pencukaian?

Tanpa Nama berkata...

Aku semakin yakin bahawa sesiapa sahaja yang terpalit dengan 'najis UMNGOK', akan menjadi bingong. Tak kira apa tahap ilmunya. Tok lebai mufti pun boleh bingong apa lagi ahli akdemik sekular.... Kerana itu jauhilah UMNGOK. Wajib alahkan mereka dalam semua cara termasuk PRU/PRK demi menyelamatkan bangsa malaysia ini daripada terus rabun dalam siang.

zax berkata...

Ini prof kangkung makan suap..mana dia tau pasal sejarah.. Thesis dia pun jenis ciplak org lain punya..sedar la diri dulu, sebelum mengata kat orang.. sia2 saja ada janggut , tapi menampilkan diri sebagai spesis seekor kambing

Tanpa Nama berkata...

... dulu, kini dan selamanya memang mentaliti penjilat penjajah. Salah satu kumpulan ajaran sesat.

Tanpa Nama berkata...

jangan.
jangan bakar buku pengukir nama johor tu.
tunggu saja, apa kerajaan johor nak buat dengan buku tersebut.
apa patut & perlu dibuat.
kumpulkan semua buku sejarah khoo kay kim, ramlah adam & lain2 kangkong yang menyelewengkan fakta.
kemudian bakar.
ini lebih baik.
tubuh ajk bakar.
lantik mat sabu sebagai pengerusi.

- bakar ben ladin.

Tanpa Nama berkata...

oh, ya.
nak tanya.
berapa juta ramli ngah talib
bagi jins shamsudin buat filem pasir salak.
sampai la ni tak siap2.
dengar cerita, duit tu duit yayasan perak.
betul ke?
bukan apa, nak tau aje.

- pasir berbisik.

1 Malaysia berkata...

Pernahkah kita bertanya kepada diri kita, "Kenapa British memberi kemerdekaan kepada puak UMNO tapi bukan Melayu yang lain?" Tidak dapat dinafikan bahawa kita yang Melayu ni, kalau boleh, tak sanggup dilabel sebagai pengkhianat bangsa sendiri.
Pendapat pengampu UMNO ialah kemerdekaan Malaysia dilakukan melalui perbincangan. Perbincangan yang macamana? Perbincangan yang membolehkan British menguasai ekonomi negara walaupun selepas merdeka? Ladang-ladang, lombong-lombong, ... masih lagi milik British selepas depa keluar dari Malaya. Inikah yang dikatakan merdeka? AKU tak tahulah secara detail tapi AKU pasti sebab waktu AKU kecil-kecil dulu, pemilik ladang pada tahun 60an masih milik orang putih. Fikir-fikirlah wahai Melayu KU. Jangan kerana sentimen. kita lupakan fakta (seperti kata-kata dalam forum dalam Tv AlHijrah).

Tanpa Nama berkata...

akbal ni kalau tak makan gaji dia boleh mati kering itu pasallah nak ampu kerajaan umporno lebih2, orang spesis ni cuma layak untuk umpan buaya saja ada ilmupun salah guna.

Khairi berkata...

Masalahnya, di Malaysia ni org politik yg memerentah terlampau berkuasa. Dgn kuasa inilah mereka tekan org lain utk sealiran dgn mereka. Yg menentang arus biasanya akan disisih, tak naik pangkat dsbnya. Jadi ramailah kakitangan kerajaan atau GLC yg bersifat kangkung, nak cari makan katakan. Sebab itu orang politik ni sepatutnya mereka ini pembuat undang-undang, dasar, polisi dan halal tuju negara. Badan-badan kerajaan yg ada sepatutnya menjalankan keputusan yg dibuat tersebut. Tapi perkara ini sukar dibetulkan sebab dinegara kita, masuk politik pemerentah boleh dapat 2 perkara, kekayaan dan kuasa. Apa yg kita katakan ini hanyalah luaran, niat kat dalam tu kita tak mahu bincang sebab ada juga yg benar-benar ikhlas dalam memberi pendapat berdasarkan ilmu mereka yg banyak itu, Pensyarah & Prof katakan.

Tanpa Nama berkata...

kalau tidak boleh dijadikan bukti, kenapa diterbitkan oleh peneritan rasmi kerajaan johor iaitu yayasan warisan johor. jadi, kalau pelajar-plajar di kolej dn universiti nak buat kajian, tak bolehlah gunakan buku terbitan kerajaan negeri dan Dewan bahasa dan pustaka kerana buku-buku ini tidak boleh dijadikan bukti ilmiah.

Tanpa Nama berkata...

Bagus juga pandangan u all. Lepas ini boleh baca tak tulisan Memoir Abdullah C.D, bahagian pertama. Beliau ini penggerak utama PKM dan terlibat secara langsung dengan gerakan PKM di negeri Johor semasa Jepun dan zaman darurat. Mohon ulas tulisan itu. Salam eidul fitri. Maaf zahir dan batin.

Tanpa Nama berkata...

anon 2:43

hanya itulah satu tulisan yang dijadikan modal oleh UMNO untuk membuktikan Mat Indera sebagai ahli komunis.

Sdangkan "fakta"nya ialah Mat Indera ialah seorang "al-hafiz", kuat berpegang kepada ugama dan tidak mungkin sama sekali beliau menyetai gerakan komunis.

Abdullah CD cuba untuk memerangkap beberapa orang melayu/Islam lain kononnya ada menyokong dan menjadi ahli gerakan komunis sedangkan ia adalah tidak benar sama sekali.

Malah, menurut satu kertas kajian dari UM, Mat Indera adalah peladang yang berbaik dengan tentera Jepun (sedangkan Jepun adalah musuh ketat komunis).

Dan banyak lagi kajian-kajian lain yang membuktikan bahawa Mat Indera bukan komunis terlebih-lebih lagi pengakuan2 ahli keluarga terdekatnya yang masih hidup.