2 Sep 2011

Gagal Dengan Menu Babi Masa Ramadhan, TheStar Kini Cuba Huruharakan K'jaan Kedah Pula

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang mengatakan beliau dan pimpinan PAS Pusat menyuruh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak (gambar) meletakkan jawatannya.

Menurut beliau, tada desakan baik daripada beliau atau mana-mana pimpinan PAS Pusat supaya Azizan meletakkan jawatannya.

Ustaz Azizan terus kekal sebagai Menteri Besar. Namun buat masa ini beliau masih berehat disebabkan masih dalam rawatan," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris, The Star yang mengatakan beliau dan pimpinan PAS Pusat meminta Datuk Seri Azizan meletakkan jawatan atau berhenti berkhidmat sebagai Menteri Besar.

Selain The Star, dakwaan tersebut turut dilaporkan bebertapa portal berita, sehingga ia menjadi tanda tanya pelbagai pihak terutama mengenai kesahihannya.

Mengulas perkara itu dengan lebih lanjut, Setiausaha Akhbar Presiden PAS, Mohd Nasaie Ismail ketika menghubungi Harakahdaily, di sini, hari ini, berkata perkara itu telah dirujuk kepada Abdul Hadi dan Abdul Hadi menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu.

Sebaliknya, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang turut hairan bagaimana dakwaan itu muncul, sedangkan beliau dan pimpinan PAS Pusat tidak pun mendesak Azizan berbuat demikian.

"Jadi dengan itu ditegaskan, Presiden PAS menafikan perkara tersebut. Ustaz Azizan tidak pun didesak atau dinasihat pimpinan pusat khususnya Presiden PAS supaya meletakkan jawatan atau berhenti berkhidmat sebagai Menteri Besar.

"Tiada desakan baik daripada Presiden atau mana-mana pimpinan pusat supaya Ustaz Azizan meletakkan jawatan," tegasnya.

Sebaliknya, tegas beliau, Presiden PAS memaklumkan bahawa Ustaz Azizan terus kekal sebagai Menteri Besar Kedah, tetapi masih berehat buat masa ini disebabkan masih dalam rawatan.

Sehubungan itu, beliau berharap supaya orang ramai tidak terpengaruh dengan laporan tersebut kerana ia jelas tidak berasas. -HD


PAS tiada hasrat gugurkan Azizan sebagai MB

PAS menafikan kepimpinan parti itu berhasrat untuk menggurkan Datuk Seri Azizan Abdul Razak sebagai menteri besar Kedah, sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar The Star, hari ini.

“PAS tiada hasrat untuk menukarkan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak, dan dengan ini secara tegas menafikan berita sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar The Star, September 2 dalam satu berita bertajuk Azizan resists PAS leadership's moves to replace him tulisan Joceline Tan.

“Bahkan perkara ini tidak pernah dibincang dalam mana-mana mesyuarat di peringkat tertinggi parti, samada dalam mesyuarat Jawatankuasa Harian atau Mesyuarat Lujnah Politik parti,” kata Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (kiri) dalam satu kenyataan media.

Dalam laporan itu, akhbar milik MCA tersebut berkata presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang dijadualkan menghadap Sultan Kedah berhubung langkah bagi menggantikan Azizan yang dikatakan tidak sihat akibat serangan sakit jantung, bulan lalu.

Menurut akhbar itu lagi, di sebalik tekanan daripada kepemimpinan pusat PAS, Azizan dikatakan cuba membantah dan mendakwa beliau masih sihat untuk meneruskan tugasnya sebagai menteri besar.

Antara nama-nama yang disebut-sebut oleh The Star sebagai bakal menggantikan Azizan, termasuk tiga ADUN kanan iaitu Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi (Pengkalan Kundor), Datuk Amiruddin Hamzah (Anak Bukit) dan Datuk Mohamad Taulan Mat Rasul (Tokai). Semua mereka adalah juga ahli exco kerajaan negeri.

Mengulas isu berkenaan, Tuan Ibrahim berkata PAS melihat tindakan berkenaan sebagai usaha melaga-lagakan kepimpinan PAS oleh pihak-pihak tertentu kerana melihat perpaduan yang kukuh dalam PAS.

“Menjelang pilihan raya umum akan banyak isu yang sengaja ditimbulkan oleh musuh bahkan akan ada pula perisytiharan keluar parti beramai-ramai sebagai petanda pilihan raya umum bertambah hampir.

Presiden nafi dakwaan

“Sekiranya ada perkara penting sebagaimana yang dilaporkan, tentulah ia akan dibawa dalam mesyuarat penting parti,” katanya.

Sehubungan itu, Tuan Ibrahim menyeru seluruh ahli dan penyokong Pakatan Rakyat agar mendapatkan maklumat parti melalui saluran rasmi agar tidak terperangkap dengan mainan musuh.

Sementara itu di Kuala Terengganu, Harakahdaily melaporkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang mengatakan beliau dan pimpinan PAS Pusat menyuruh Azizan meletakkan jawatannya.

Menurut beliau, tiada desakan baik daripada beliau atau mana-mana pimpinan PAS Pusat supaya Azizan meletakkan jawatannya.

"Ustaz Azizan terus kekal sebagai Menteri Besar. Namun buat masa ini beliau masih berehat disebabkan masih dalam rawatan," katanya.

Azizan pada 1 Ogos lalu dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur untuk menjalani rawatan serta pemeriksaan jantung.

Beliau dilaporkan tidak menjalani sebarang pembedahan tetapi melakukan imbasan MRI (Pengimejan Resonans Magnetik) serta saringan kesihatan yang lain.

Bagaimanapun, pegawai khas beliau, Muzaini Azizan berkata Azizan dikehendaki berehat di IJN bagi menstabilkan tekanan darah tingginya di samping mengawal paras gula dalam kandungan air kencing. -mk



Ulasan GB

Petanda "niat busuk" THESTAR sudah terdedah semenjak siaran menu masakan babi untuk berbuka puasa beberapa minggu lalu.

Sekarang "menu babi" yang simbolik itu terzahir di alam realiti - berita palsu dan fitnah mengenai kerajaan PAS negeri Kedah, kononnya MB Kedah Datuk Seri Azizan diminta oleh pimpinan PAS Pusat untuk meletakkan jawatan.

THESTAR sebenarnya sudah terpukul hebat dengan isu penyiaran menu babi satu ketika dengan telah diberikan AMARAN KERAS oleh Kementerian Dalam Negeri, kini cuba untuk memperbaiki imejnya depan UMNO dengan melontarkan fitnah dan kontroversi untuk hancurkan kerajaan PAS Kedah.

But these idiots of THESTAR think that PAS members are all stupid like them. Nevertheless, they forget one thing: God is Ever-Watching whatever they do and whatever they write.

6 ulasan:

rakab berkata...

MB Kedah memang patut ditukarkan.

Us.Zizan tu sakit !..uzur !..lemah fizikal dan mental..!

Tanggungjawab sebagai MB tu..berat sungguh tekanannya.

Orang sihat pun boleh jatuh sakit !!!

Lebih-lebih lagi nak berdepan prU 13.

Us,Zizan berundur jer lah...

Bagi pada adun yang sihat dan agressif !!!

Tanpa Nama berkata...

Inilah projek BN diambang PRU ke 13. Bermacam-macam lagi akan muncul, kepimpinan perlu bersedia, bersatu hati dan bertindak dengan pantas bagi meredakan keadaan. Dicadangkan parti perlu mengadakan unit khusus dan bersedia menangani setiap isu yang ditimbulkan oleh BN.

Awan Network berkata...

Yang aku hairan, masa nak dekat PRI13 plak bercambah2 isu timbul..sebelum nie takde pun?

Entri Terhangat!! :
HOT!!Apa Kata Artis Kita Tentang Aurat!!
Identiti SebenarMakcik Hajjah Sitt Al-Wuzara Dibongkarkan !!

Tanpa Nama berkata...

oleh kerana akbar tersebut membaa isu itu hingga membabitkan Sultan Kedah..Kerajaan Kedah boleh mengambil tindakan undang-undang keatas akhbar tersebut tuntut kerugian dihadapi

Bukan sewenang-wenangnya boleh ditukar ganti MB macam ayam laga

Tanpa Nama berkata...

kalau tak ada angin masakan pokok bergoyang

ustaz azizan tak mahu jadi boneka dap

anak kedah

Tanpa Nama berkata...

tunggu apa lagi pihak PAS saman the star 1 bilion.