11 Ogo 2011

Sikap Ketua Pengarah JPN Yang Tidak Bertanggungjawab

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) terus mengambil sikap berdiam diri berhubung isu kad pengenalan Mismah yang bertukar status daripada penduduk tetap (PR) kepada warganegara yang didakwa pembangkang diperolehi dalam tempoh singkat.

Sinar Harian menghadapi kesukaran untuk mendapatkan maklumat terkini berhubung dakwaan itu kerana kakitangan JPN yang dihubungi memberitahu hanya Ketua Pengarah Datin Jariah Mohd Said boleh mengeluarkan kenyataan, tetapi beliau bercuti.

Sinar Harian juga ingin mendapatkan penjelasan beberapa perkara lain.

Ia termasuk mengenai laporan sebuah portal berita me-ngenai wujudnya nombor kad pengenalan lama 1479323 yang dimasukkan ke dalam sistem SPR yang menunjukkan dua kemasukan di bawah nama Sa’ad bin Samsudin tetapi dengan dua nombor MyKad yang berbeza iaitu 380913105681 dan 510913105553.

Juga terdapat nama Mohd Rashid bin Ismail (IC lama: 6397062) yang mempunyai dua pendaftaran di kawasan Parlimen Taiping (MyKad: 620108086991) dan kerusi Parlimen Bukit Gantang (MyKad: 620108086713).

Apabila kedua-dua nombor MyKad dimasukkan dalam sistem online JPN, keputusannya menunjukkan kad pertama telah diambil, manakala kad kedua sedia untuk diserahkan ke pejabat JPN Kuala Lumpur. -SH

Ulasan GB

Ini sikap tidak beretika dan tidak bertanggungjawab seorang Ketua Pengarah perkhidmatan awam yang senang-senang mengambil cuti untuk mengelak dari berhadapan dengan pertanyaan orang awam mengenai salah laku jabatannya.

Tidak mengapa. Pakatan Rakyat bila rampas Putrajaya akan cari beliau ke lubang cacing sekalipun.

12 ulasan:

Art Pokon berkata...

kalau salah mereka boleh didakwa...ini bukan perkara main-main...inilah UMNO takut kalau PR memerintah. ... insyaallah...

Tanpa Nama berkata...

ni bercuti semntara menunggu arahan drp pihak tertinggi cara2 menjawab soalan ni..tgk la nanti, da abis cuti, kuar la jwpn2 yg bdk tadika pn malu mendengarnye...

Tanpa Nama berkata...

Jangan marahkan dia, kesian dia baru bertugas di JPN. Yang salah yang di atas yang mengarah itulah patutu dikejar sehingga ke lubang cacing.

Tanpa Nama berkata...

oleh kerana keja haram...semua nya gaji haram..rezeki haram...anak pun haram..

Tanpa Nama berkata...

turun BERSIH 3 lagi cepat, lagi baik punya...

Tanpa Nama berkata...

Jelkan dia ni, penggadai negara, tiada maruah, penjilat. Rakyat sendiri susah, dah lah tu, gadai negara ke tangan asing pulak...BERSIHkan dia nih.

Tanpa Nama berkata...

Bleh plak si KP JPN ni bcuti???kita tgh mghadapi masalah negara ni,dia sedap2 plak g bcuti...sikap acuh x acuh seorg KP...x prihatin pd mslh jabatan..tuuuiiii!

Tanpa Nama berkata...

Kalau di Jepun atau Korea Pengarah depa letak jawatan atau silap2 bunuh diri sebab perasaan malu mereka tinggi dan sensitif....sini??

Tanpa Nama berkata...

Barua barua UMNO yang berkuasa itu, jika disuruh oleh UMNO tempek kulit babi di muka mereka,mereka akan lakukan kerana hendak kekal KUASA jadi big boss.
Itulah kebodohan pemimpin gulungan Elit yang ada sekarang. Kehancuran NEGARA dicipta oleh gulungan ini.

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya kaki tangan kerajaan ni tak bersalah kerana ikut arahan dari Menteri.Yang wajar dihadapkan kemahkamah atas tuduhan "treason"(pengkhianat negara) ialah Menteri KDN,Hishammudin dan PM Najib.Turut bersekongkol dengan Hishammudin ialah KSU dan Tim.KSU KDN.

Tanpa Nama berkata...

Wahai Ketua Pengarah JPN, sesungguhnya manusia itu sentiasa dalam kerugian, kecuali mereka yang sentiasa berpesan-pesan dengan kebenaran dan mereka yang berpasan-pesan dengan kesabaran.

Tanpa Nama berkata...

Apa lah nak jd dgn pegawai2 cm pompuan ni?tolong lah tolong jd org yg Tegas dan ada prinsip di hati dgn Kebenaran..Tolak semua hal yg nyusahkan Rakyat d malaysia.Berani kerana benar2 nak tegakkan yg benar..bukan bersengkongkol gan perkara2 yg Salah...Duit yg Haram xyah nak terima,Gaji jer dah cukup utk tampong hidup.FIKIR LAH FIKIR LAH SEBAGAI UMAT ISLAM...Dah ada pengajaran dari umat2 yg terdahulu..