7 Ogo 2011

Nak Dapatkan RM100-RM200 Pun Banyak Karenahnya Sedang Gaji Pegawai Agama Pun Begitu Tinggi...

Ke mana perginya wang zakat kita?'

ULASAN Saya belum ingin mengulas tentang serbuan JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya seperti yang disiarkan oleh berita beberapa hari ini di sudut tindakan serbuan' itu.

Cumanya, sepertimana yang kita ketahui bahawa tiada manusia yang bertamadun yang boleh menerima tindakan provokasi yang boleh mencetuskan permusuhan antara penganut agama tanpa alasan yang sah.

Saya ingin menyentuh tentang orang Islam yang hadir di majlis tersebut yang dikatakan oleh pihak media hadir mereka terpengaruh dengan agama Kristian disebabkan sikap baik penganut agama berkenaan membantu mereka.

Difahamkan bahawa orang Islam yang hadir, terutama ibu tunggal terdiri dari kalangan mereka yang amat daif dan miskin. Mereka telah berulang kali memohon bantuan dari masyarakat Islam, tetapi gagal.

Apabila ada pihak yang sudi menghulurkan bantuan dengan mudah, maka mereka rasa 'jatuh hati' dan 'terhutang budi'. Di sini beberapa persoalan patut ditimbulkan;

1. Ke mana perginya wang zakat kita? Ratusan juta hasil kutipan yang diumumkan saban tahun, apakah tidak mampu untuk membantu fakir miskin ini keluar dari kesusahan mereka sehingga tidak perlu meminta 'sedekah' kepada orang lain?

2. Mengapa kerenah biokrasi begitu tinggi untuk fakir miskin mendapatkan bantuan zakat? Semua orang yang pernah berurusan dengan hal ini, akan ada pengalaman mereka sendiri.

Untuk mendapatkan RM100-200 pun, begitu banyak kerenahnya. Sedangkan pejabat zakat kelihatan mewah, gaji pegawai dan bos begitu tinggi dan peralatan urusan juga begitu canggih.

Apakah belanja yang tinggi itu hanya untuk urusan mencari pembayar, tetapi tiada kesungguhan yang memadai untuk mencari penerima yang layak?

3. Tujuan zakat antaranya untuk mendekatkan hati manusia dengan Islam. Sebab itu, ada hak untuk golongan muallaf. Bagaimanakah mungkin pengurusan zakat gagal melakukan hal ini, sehingga yang sudah Muslim ingin meninggalkan Islam kerana gagal mendapat bantuan dari umat Islam khususnya zakat?!

4. Bukan sesuatu yang haram untuk seseorang Muslim menerima bantuan daripada bukan Muslim. Apatah lagi, jika mereka dalam kesusahan yang amat.

Tindakan mereka menerima bantuan tidak boleh dipersalahkan, sebaliknya perbuatan pihak muslim yang sepatutnya memberi bantuan kepada mereka tetapi tidak melakukannya itulah yang patut disalahkan.

5. Jika dibincangkan di sudut bantuan, pada asasnya, kita tidak boleh menyalahkan orang lain kerana memberikan bantuan. Adalah menjadi hak setiap untuk memberikan bantuan kepada sesiapa yang mereka mahu.

Selagi mengikut peraturan dan undang-undang, seseorang boleh memberikan bantuan kepada sesiapa sahaja tanpa terbatas dengan agama atau bangsa.

Janganlah jika kita gagal membantu – sedangkan kita mampu - kita menyalahkan orang lain yang membantu.

6. Setiap orang akan terpengaruh dengan pihak yang berbuat baik kepadanya. Itu fitrah manusia. Jika dia lemah iman, mungkin agamanya juga diserahkan.

Mereka yang terpengaruh dengan pihak gereja atas budi baik, itu sesuatu yang tidak pelik. Namun yang pelik, bagaimana dalam negara Islam, umat kita boleh menukar agama disebabkan layanan yang tidak memuaskan oleh masyarakat Muslim?

Sebaliknya mereka terpengaruh dengan sikap baik penganut agama lain. Apakah slogan-slogan agama kita selamat ini hanya kosmetik yang tidak berpijak kepada realiti kehidupan?

Maka, banyak persoalan perlu masyarakat Muslim tanya diri sendiri sebelum menyalahkan orang lain. Tabiat menuding jari kepada orang lain untuk menutup kelemahan sendiri tidak akan dapat menyelesaikan masalah kita! -mk


Ulasan GB

Baru sebentar tadi GB sudah ulas di SINI. Petikan:

Jika tuan-tuan dan puan-puan mengalami nasib serupanya dan tiada tempat lain untuk mengadu, di saat itu ada pihak yang prihatin menghulurkan bantuan mengapa tidak dibolehkan untuk menerimanya? Sementelah lagi TIADA AKAD menerima bantuan MESTI masuk Kristian.

Mungkin dikhuatiri TERHUTANG BUDI, itu mungkin, TETAPI, sekali lagi GB bertanya siapa yang berdosa? Mana umat Islam, mana gerakan dakwah, mana ISMA, mana ABIM, mana UMNO, mana Baitul-Mal, mana Jabatan Kebajikan Masyarakat, mana Berita Harian, mana Utusan, mana harakahdaily, mana UG, mana Hassan Ali, mana JAINS dan JAIS, mana sekalian yang berlagak hero nak pertahankan aqidah umat Islam? Apa yang kamu telah lakukan dan sumbangkan terhadap saudaramu yang menderita itu?

Apa yang nak dijawab di depan Tuhan nanti?

21 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Jika banyak kerenah untuk mendapat bantuan dari baitul mal disarankan umat islam yang ingin mengeluarkan zakat supaya terus bertemu asnaf yang memerlukan

Tanpa Nama berkata...

mana kontraktor UMNO yang dapat projek ratusan ribu, rumah mereka bertambah besar, kereta bertambah banyak, bukan calang2 pula tu bangsa mu yang menderita tidak mendapat perhatian .... cakap berdegar2 ekor gelumang tahi ....

Tanpa Nama berkata...

yg jadi masalahnya hassan ali tuh.... gaji dan elaun sebulan berpuluh ribu ringgit, ada tak sumbangan kepada golongan asnaf yang pergi ke gereja itu?

begitu juga kupulan yg menyokong hassan ali tuh

Abu Ameerah berkata...

Wang Zakat dipungut setiap tahun untuk apa? Sepatutnya 2/3 Wang Zakat itu di agihkan pada asnaf yang layak.
Adakan sistem bantuan bulanan. Daftar semua Asnaf yang layak dan agihkan dengan cara bersistem supaya asnaf dapat menerima secara bulanan.
1/3 di pendam dulu untuk kecemasan seperti di timpa bala bencana. Simpan duit zakat sampai berjuta buat apa. Islam tidak suruh macam itu, Tahun ini habis tahun depan pungut lagi. Ini tidak wang zakat di simpan macam simpan harta sendiri. Kalau dikatakan pegawai tak buat kerja melenting tapi memang kenyataannya begitu.
Kalau sistem zakat di laksan cara betul tiada lagi kemiskinan tegar.
Hei pegawai yang mentadbir zakat insaflah dan duk diam-diam tu bacalah hadis dan firman Allah mengenai tanggungjawab ente semua. Jangan jadi unta atau baghal.

Aku yang sangsi berkata...

Pada awal tahun ini. Satu tender rfq dikeluarkan oleh pihak zakat selangor untuk membina satu sistem pengurusan IT bagi menguruskan zakat. Projek tersebut berharga lebih rm9 juta. Aku pun hadir dlm tender brifing tersebut. Sangat hairan.. Mana yang penting.. Buat sistem it dulukah atau bantu asnaf dahulu? Gb apa email kau? Nanti aku emailkan maklumat tuuu...

Tanpa Nama berkata...

bagi saya , baitulmal atau siapa yang menguruskan zakat tu , patut beri sahaja duit itu setiap kali ada org yg meminta, kalau org yg dapat tu menipu ALLAH ada untuk menghukumnya, duit dapat dicari IMAN jangan digadaikan disebabkan dengan wang.. sebab itu lah pemimpin ISLAM di zaman silam tidak memandang harta yang melimpah ruah.. mereka bervisi luas ingin ISLAM dan ummah subur dan berjaya!!

serindit berkata...

yang lorek itu kendi
yang merah itu saga
yang baik itu budi
yang indah itu bahasa
ada x kita amalkan wahai melayu/islam yang tau hentam sesama sendiri kerana brbeza fikrah politik

Tanpa Nama berkata...

dimana2 pun kita dengar dan dari media pun ada menyebut tentang org yg fakir miskin..yg menagih simpati.cuba tinjau ditempat saudara2,bukankah ada org miskin yg sangat perlukan bantuan?? dimana pihak yg sepatutnya membantu?? ketua kampung atau JKKK buat apa? pihak zakat keluar cari lah fakir2 miskin ni jgn duk tunggu pembayar zakat kat ofis je.

Razyariff berkata...

Kepada aku yang sangsi
Pada saya sistem IT amat penting untuk memperkemaskan pengoperasian sama ada pungutan atau agihan. Saya rasa anda turut bersetuju dengan pendapat saya jika tidak masakan anda menghadiri tender briefing itu betul?

Tanpa Nama berkata...

Masaalah wang zakat dan Baitulmal ni memang sudah lama jadi masaalah kepada umat Islam.Keadaan sama juga diTabung Haji.Dana ini sepatutnya disalurkan kepada fakir miskin dan asnaf yang memerlukan tapi depa utamakan benda-benda yang tak penting seperti membina bangunan besar dan tinggi,alat perabut yang mahal-mahal,karpet ditukar saban tahun dan beli sistem IT yang canggih,tak tau nak buat apa.Tabung Haji pun sama,wang berjuta-juta simpanan bakal-bakal haji,langsung tidak memenafaatkan yang nak mengerjakan haji.Tambang haji makin naik hingga yang sudah menabung begitu lama tak mampu nak naik haji sebab tambang semakin melambung.Ini semua kerja-kerja syaitan.

kesatria_islam berkata...

SEBENARNYA PENYERBUAN JAIS ITU ADA HIKMAHNYA IAITU MENDEDAHKAN KELEMAHAN JAIS SENDIRI DI DALAM SISTEM AGIHAN ZAKATNYA SEPERTI YG DIUTARAKAN OLEH DR.ASRI.

KELEMAHAN HASSAN ALI JUGA TERDEDAH SEBAGAI EXCO AGAMA YANG SEPATUTNYA BOLEH MENGARAHKAN AGENSI NEGERI DI BAWAH TADBIRAN PORTFOLIONYA SUPAYA PASTIKAN TIADA GOLONGAN ASNAF YANG TERCICIR.

TINDAKAN MEREKA SEPERTI MELUDAH SEMULA KE LANGIT, TERPERCIK KE MUKA SENDIRI.

Tanpa Nama berkata...

Saya agak berjimat cermat utk hias2 pejabat dll secara lebih2, tapi disebabkan tu saya kurang popular.
Mana2 opis kerajaan skrg sang cantik, opis saya biasa2 aje. Ada staf saya kata saya kedekut, tapi saya x nak bazirkan duit rakyat.

Saya takut sbg ketua saya akan menjawab depan Allah nanti.

Tanpa Nama berkata...

Aku x faham kenapa org kita asyik nak bambu si jais, dia dah buat keje dia p raid gereja tu..tp lagak mcm ambiga, p konar topik, ckp jais x bg zakat.. Itu kata org yg kena tangkap tu, mana kita tahu btol ke tidak jais x bbg zakat kt dia... Jgn mudah pecaya apa yg pesalah ckp, depa akan ckp mcm2 utk justify tindakan depa.. Pikir lah logik, kalo ye jais x salurkan bhgn depa, kan ada byk lg sumber lain yg ada.. Jgn sempit akal..

Tanpa Nama berkata...

anon 1:17 - jika jais betul2 dah hulur bantuan dan jaga kebajikan umat Islam mcm zmn Umar Ab Aziz masakan mereka trgamak nk terima bantuan dari pihak lain. Kamu jgn sempit akal.

Tanpa Nama berkata...

Saya seorang muallaf memeluk ugama islam 2 tahun yang lalu di pejabat JAWI.
Ini kisah saya sedih nya say bantuan tidak di beri hanya cara cakap yang sombong kita dapat bila kita perlukan.Saya sebagai seorang cina yang bertukar ugama kerana saya percaya dan minat dalam ugama islam semenjak saya di bangku sekolah rendah lagi.
apa yang saya nak critakan ada lah kisah pilu saya lalui setelah memeluk ugama islam saya telah di buang oleh keluarga dan sedara mara saya itu tidak cukup dah jatuh di timpa tangga bila syarikat yang saya bekarja dapat tahu yang saya telah memeluk ugama islam mereka pun mencari kesalahan saya selagi yang boleh dapat tak kisah kecil atau besar tetap saya kena marah sampai saya letak jawatan baru mereka puas hati, selepas itu saya menggangur selama 6 bulan mencari kerja hingga lah saya bertukar balik ke nama asal saya iaitu nama cina saya baru lah saya dapat kerja tapi dalam masa yang sedih dan pilu itu rintangan dan laluan say ada juga insham hamba allah yang membantu saya seorang pegawai dari Syabas membantu saya menjalani krusus perpaipan dan dapat permit pemasagan paip, dalam masa itu juga seorang lagi inshan hamba allah juga membantu saya bekerja di anak syarikat kerajaan di bawa Bank negara, baru lah hidup saya menjadi terurus sedikit, alhamdulillah lah walau pun saya mengharungi waktu yang sush tampa bantuan dari sesiapa atau JAWI ( saya cuba cuba jugak minta tapi macam macam Documen mereka minta macam peminta sedekah kami di buatnya.)saya masih islam sehingga ke hari ini.
Ini saya nak cerita sedikit tentang kenkawan seagama yang di kenali Abdul aziz berkenalan semasa Krusus fardu ain di sebua hotel di chow kit selama 3 hari 2 malam kisah dia sungguh sedih saya pun tak dapat membantu dia cuba memdapatkan tempat tinggal dari Jawi pun susah lama nak dapat tu pun akhirnya dia pergi ke pajabat cawagan Jais untuk memeluk semula agama islam di pejabat daerah itu baru lah dapat bantuan tempat tinggal sedihkan.
( apa jadi ngan ZAKAT yang kita bayar setiap tahun ???? )
Semasa krusus ramai kawan saya berkenalan kami masih berhubung selepas krusus tapi sedih kami di tolak ke tepi oleh masyarakat seprti saya menguna nama islam minta kerja cina tak terima menguna nama yang sama minta kerja ngan kerjaan atau syarikat melayu kami bukan bumiputra nama tak boleh pakai untuk pendaftaran bumi putra status. jadi apa kami nak buat bantuan dari Jais atau Jawi jangan harap lah, dengan cara ini nampak gaya kami mualaf kena jadi peminta sedekah
saya yang menulis Low

Tanpa Nama berkata...

Cerita pasal wang baitulmal di kebanyakkan negeri , lebih kurang sama aje, banyak birokrasi , terlalu cerewet , kalau cerita pasal kutipan zakat , memang hebat . Di johor pernah wang baitulmal dilesapkan oleh pegawainya , apa tindakan ? Mana hasil siasatannya ? Saya nak cerita kisah benar yang berlaku kpd keluarga saya semasa banjir besar pada tahun 2006/2007 di johor bahru. Kepantasan j/kuasa Persatuan Budha memberi bantuan berupa wang tunai RM200.00 kpd wargaemas dan sedikit bantuan makanan telah mendahului pihak UMNO/BN dan JAIJ selang beberapa hari surut banjir besar tersebut. Kalau nak tunggu bantuan kerajaan , nak tunggu diadakan majlis besar2an , nak rasmi2 lah , nak tunjuk pada media kerajaan bahawa betapa perihatinnya kpd masalah rakyat ......sedih memikirkan rakyat diduhulukan derita, kemewahan terus kpd pemimpin.

Muallim Sedar berkata...

saya sendiri sudah bertahun bayar zakat terus kpd fakir miskin tanpa melalui pusat zakat.saya mmg dah lama tak yakin dgn mereka kerana setiap tahun pungutan zakat meningkat tp golongan fakir miskin ttp mcm tu jugak.saya sgt sedih dgn situasi malaysia skrg krn org tak takut Allah dgn mempermainkan duit zakat fakir miskin.

Razyariff berkata...

"Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan, jika kamu tidak mengetahui," an-Nahl: 43

Tanpa Nama berkata...

Orang umno yang banyak duit tu, depa bagi bantuan kepada bangsa asing di dalam dan luar negara...ibarat kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan.

Tanpa Nama berkata...

Memang betul, orang kaya umno hanya bagi bantuan kain pelikat / batik saja, itupun 5 tahun sekali...hanya rakyat yang kurang berfikir menerimanya sasaran mereka. sekarang ni ada le depa bagi kurma sikit, lebih kurang 200g itupun diletak cap kati yang pekedai dah tak gunakan.

Tanpa Nama berkata...

saya sokong kenyataan Dr. Asri, setiap tahun pusat zakat umum dapat berjuta-juta lemon dari pembayar zakat tapi orang miskin macam tu juga.

bagi saya, pusat zakat yang sepatutnya mencari orang untuk diberi zakat dan bukannya orang yang pergi ke pejabat pusat zakat. orang tu dah la miskin, terpaksa keluar duit untuk ke pusat zakat. dah pergi pusat zakat pun bukan boleh dapat terus duit, kena tunggu untuk diproses dulu borang permohonan zakat. kalau orang miskin samapai tidak ada duit langsung, jawabnya semua mati kebuluran baru dapat.