29 Ogo 2011

Mat Sabu Akan Teliti Video, Tindakan Undang-undang Diambil Jika Perlu

Rakaman video diserah pada Mohamad petang ini

PULAU PINANG, 28 Ogos: Rakaman video Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu ketika berucap di Pusat Pendidikan Islam Padang Menora, Tasek Gelugor baru-baru ini ada di tangan Harakah Pulau Pinang.

Video itu akan disampaikan terus kepadanya petang ini untuk diteliti semula ucapan kononnya beliau menyokong tindakan komunis menyerang Pondok Polis Bukit Kepng pada 23 Februari 1950.

Rakaman yang diperolehi daripada seorang peminat tokoh nombor dua PAS itu dan akan diberikan kepada Mohamad yang akan hadir pada majlis berbuka puasa di Surau Al Ghufron, Kuala Bekah, Penaga bersama Ketua Menteri, Lim Guan Eng petang ini.

Mohamad dalam kenyataanya semalam menegaskan akan meneliti terlebih dahulu ucapanya dalam rakaman berkenaan dan sekiranya didapati Utusan Malaysia sengaja menokoh tambah cerita yang bukan-bukan, maka tindakan undang-undang akan diambil.

Utusan Malaysia dalam laporan muka depannya semalam menyiarkan Mohamad Sabu sebagai mendakwa Muhammad Indera, lelaki yang bersekongkol dengan Goh Pen Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai tersebut.

Selain itu, Utusan melaporkan, timbalan presiden PAS itu, dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu, turut mendakwa Datuk Onn dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana menganggap mereka sebagai pegawai British.


"Saya perlu tengok rakaman" - Mohamad Sabu

KUALA LUMPUR, 28 Ogos: Timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar) berkata, beliau akan meneliti rakaman ceramahnya semula berhubung dakwaan akhbar Utusan Malaysia bahawa beliau mengatakan Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950 adalah wira negara.

Beliau yang dihubungi Harakahdaily berkata, beliau tidak ingat isi ceramahnya 23 Ogos lalu itu kerana sudah seminggu berlalu dan banyak ceramah-ceramah lain yang dihadirinya selepas itu.

Bagaimanapun menurutnya, beliau sedang berusaha mendapatkan semula rakaman ceramahnya itu untuk melihat adakah benar beliau berkata sedimikan seperti dilapor akhbar Umno itu.

"Saya sedang cari tape rakam itu balik, saya tak ingat adakah saya kata begitu.

"Lepas kita tengok baru saya akan ulas sama ada perlu bincang dengan peguam untuk tindakan seterusnya atau bagaimana," katanya.





Laporan GB sebelum ini
Klik untuk baca sepenuhnya
mat sabu



1 ulasan:

Hamdan Rukun berkata...

SUDAHLAH. KALAU DIA SANGGUP BERDUA DUAAN DENGAN BINI ORANG SAMPAI 3 JAM SEHINGGA BERCERAI BERAI ORANG TU, MAKA BOLEH BAYANGKANLAH 'MANUSIANYA'.

TAK PAYAH TELITI. KATA JER SEBENARNYA MASA TU YANG BERCAKAP IALAH PENYAMAR UPAHAN UMNO.

HE!HE!HE!